Khamis, Julai 15, 2010

Si kepala senget dan adik2 angkat sudah hilang dan luka dia makin besar

Updated : 16/7/2010

Baru tahu apa penyebab luka pada badan kucing ni . Dari info member ofis, badan kucing tu di simbah air panas oleh tuan kedai makan sebelah ofis ku kerana kucing tu melarikan SEEKOR AYAM...seekor ayam je pun !! bukan dia gigit semua ayam tu. Kau potong la mana yg dia dh gigit tu bagi dia makan. Tak payah nak simbah dia dengan air panas pulak..goblok !!

Assalamualaikum..selamat pagi,

Kembali bersiaran :)

Kali ni entri berkaitan si kepala senget dan adik2 angkatnya. Malam tadi aku balik umah rasa sunyi je.. biasanya si kepala senget akan menyambut ketibaanku dengan ngiauannya yang lantang. Adik2 angkatnya pulak suka main-main bawah tangga tepi rumah aku. Sunyi je..mana si kepala senget, mana adik2 ?? ku cari jugak sekitar blok,bawah kereta, tempat buang sampah. semua takde..kotak untuk adik2 pun kosong dan melepek je..Ishh..mana la dorang ni pegi. Ku tanya housemate, masa balik keje tadi ada nampak tak budak2 tu? dia pun cakap tak nampak. Heran betul...dan standby sepaket priskis baru beli.

Pagi ini, buka kunci grill..bunyi pintu grill pun biasanya akan buat si kepala senget berlari-lari anak dari jauh datang ke rumah aku untuk mintak makan. Tapi...takde jugak..adik2 angkat dia pun takde..Hati rasa semacam dah..Macam2 yang aku fikir..kena langgar ke,tapi xde bangkai pun. orang ambik ke, tapi sapa nak ambik si kepala senget yang comot dan kotor tu..kalau adik2 angkatnya mungkin la kot. Sedih la pulak. dah berbulan2 ku bagi makan, kecuali adik2 angkat tu baru 2 minggu berkenalan..dia pun dah kenal aku, tup2 hilang macam tu je. Mintak2 la dorang selamat walau di mana pun mereka berada. Mintak2 la dorang berjumpa dengan manusia yang penyayang terhadap binatang. Amin...

Entri berkaitan si kepala senget di sini.

Entri berkaitan adik angkat si kepala senget di sini.

Gambar2 kenangan si kepala senget bersama adik2 angkatnya :



Bawah tangga tepi rumahku. Ada orang buang budak2 kecik ni. Pandai pulak letak kotak untuk budak2 tu tido. Jiranku cakap ibunya kucing siam.Mesti cantik..tapi budak2 ni macam kucing biasa je. Mungkin anak2 nya tak cantik.. Si tuan takmau bela...apalah nasib korang..bulu tak cantik kene buang. Nampak si kepala senget tu. Tak puas ati aku bg makan kt budak2 kecik tu dulu..hehe..pandai beralah ye...


"cepat la skit makan, abg pun dh lapar ni.."



sepatutnya ada 4 beradik. yg lagi sekor mana dia pegi ntah.. mula2 jumpe 2 ekor je..dorang ni suka main2 bawah kete. kecut perut aku tengok kete lalu lalang. dah la badan tu kenit...

Malam tadi hingga ke pagi ni, tak jumpe batang hidung dorang....
Hanya gambar kenangan yang tinggal....

Kami tumpang berteduh sebentar ye....


Aikk...ni spesis apa dik?
Ntah la abg, adik pun taktau...


Hamster ku bela...spesis winter pearl..tapi ini bukan yg jatuh lubang itu hari.


Lepas main mata mula lah layu.......hmmm...


Dan terus terlelap.....zzzzzzz......*____*


Cerita di ofis pulak......entri sebelumnya.....

2 hari lepas tak jumpe budak2 ni...pagi ni jumpe balik..tengah main2 kt pokok mangga dengan riangnya. ku panggil2 mencicit lari datang kt aku...eh,kali ni ada kawan baru..hitam warnanya, jantan..badan mokmok...

Mesra alam nampaknya dia ni...


Amboii..selumber betoi hang naik kat seat kete aku na...
x bleh2...makan kat luar sudah...


Yg ni jinak2 merpati...bila dipanggil dia datang..bila nak dipegang dia lari..
xpe..makan2..hari ni cik siti belanja priskis...tengok badan dia..mokmok kann..

Ni yang masalah...hari tu lukanya kecik je. Ni macam dh melarat. Tapi nampak kering dah luka tu..ku tuang minyak gamat panas..kesian dia, pedih lagiii...sampai terbehenti makan sekejap. Dia merengek2 kat aku..pedih la tu..aku gosok2 badan dia..pujuk2 supaya dia sambung makan..ku dukung dia menggelupur pulak, sakit ke takut ntah la...tapi makan laju je.

Tengoklah luka dia..malang betul nasib kamu..kamu jangan la merayap merata2 ,nanti pagi2 cik siti datang boleh sapu ubat hari2 then luka kamu boleh cepat baik oke...


5 ulasan:

  1. alahai kesiannya dia.
    luka tue..aduhai...sedeyla
    syukur dia jumpa kamu
    semoga rezeki kamu murah.
    amin

    BalasPadam
  2. harap-harap org penyayang yg menjumpai kepala senget dan adik-adiknya amin..

    makin besar lukanya tu, minyak gamat panas tu mcm minyak panas ke? atau minyak gamat hitam yg biasa tu?

    BalasPadam
  3. misz pinkie : terima kasih..harap kamu jg akan sentiasa murah rezeki

    meowwmania..minyak gamat tu mmg rasa pedih/panas skit klu kene luka...lepas makan dia main/bergurau pulak dgn si putih tu. mcm takde sakit je..mungkin kulit dia yg rosak tu dh tertanggal..ni nak tumbuh sel baru agaknya.

    BalasPadam
  4. kamu tinggal di mana ciksiti?
    kalau ada jaatan haiwan erdekatan oleh awa ke sana. kesian yg luka tu. jaatan haiwan kos rawat murah. dalam rm 5 jek

    * maaf, huruf selepas A, papan kekunci rosak. :))

    Terima kasih!

    BalasPadam
  5. tedi..

    saya tinggal di subang 2, dekat ngn kpg melayu subang. Jabatan haiwan yg terdekat rasanya di Jalan Utas Shah Alam. belum berkesempatan nak pegi sana.

    buat masa skrg saya sapu minyak dulu.lepas ni bawa minyak gamat yg x pedih plk. budak2 ni pun nampak aktif & suka bergurau.mcm tak sakit je..ishh...

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~