Ahad, Oktober 17, 2010

......^_^ v ......



Assalamualaikum, selamat berhujung minggu..

Orang lain seronok bercuti di rumah. Aku seronok bekerja pula. Mesti la seronok sebab ada peluang untuk update belog :D

Entri simple je hari ini. Kita mula dengan gambar telinga senget yang koyak. Koyak ke? Aku pun tak tahu sebab memang dari dulu telinga dia cenggitu....


Senget menjamu selera dengan sate. Sate yang ditapau oleh jiranku sewaktu open house yang lalu. Korang ingat lagi tak entri tu?


Putih pun join 4kaki. Ni pun duk bercekau lagi ngan senget. Pantang duk dekat-dekat.


Ini anjing kurap kurus kering yang aku pernah citer kat entri sebelum ini. Dia memang selalu ada kat depan ofis aku. Pagi-pagi mesti akan terserempak dengan dia.


Kat dahi dia ada bekas luka yang dah berkuping. Mungkin kesan eksiden dulu (guard ofis aku yang cakap camtu). Kalau la ini kucing dah lama aku kopek kuping luka tu. Ermm...



Ya Allah, murahkanlah rezeki kami...amin...

Selasa, Oktober 12, 2010

R.I.P atok..



Atok dah tiada. Pergi meninggalkan kami 2 minggu yang lepas.
Bersemadilah dengan aman di sana. Kami akan sentiasa mengingati kamu. Hanya gambar yang tinggal sebagai ingatan kami terhadap kamu. Maafkan kami jika terkurang layanan. Maafkan kami jika pernah terpukul kamu. Bukan kami benci, tetapi kami amat sayang bukan hanya terhadap kamu tetapi juga terhadap ibu, adik-beradik dan juga saudara tiri dan saudara angkat kamu.


Kamu kucing yang encem.


Kamu kucing yang macho


Atok, kiri sekali bersama adik beradik.


Zaman remaja kamu


Zaman kanak-kanak kamu


Yang paling sedih tentunya kakak aku. Atok pergi tanpa ada sesiapa di sisi.


Semoga dapat berjumpa lagi di 'sana'.


REST IN PEACE




Ahad, Oktober 10, 2010

Selamat hari Ahad !

Assalamualaikum, selamat pagi.

Hari ini belum tahu apa mahu dibuat. Masih bermalas-malasan di atas tilam. Merajinkan diri update blog melalui telefon tangan. Ho..ho..ho..horlicks!,aku sangat rajin bukan? Tapi aku geram dengan diri sendiri. Hari cuti seusai subuh mata sentiasa celik. Berbeza bila hari bekerja,mata sentiasa mahu pejam.

Aktiviti semalam. Tiada yang istimewa. Pagi, ada jiran beritahu tayar kereta ku pancit. Jiran-jiranku sangat prihatin bukan? Hubungi tyre-man untuk datang tampal. Aku tidak tahu tukar tayar ganti. Bayar rm20 pada tyre-man itu. Aku sangat ego. Tidak fikir boleh saja minta tolong dari pak guard atau jiran-jiran. Padahnya rm20 melayang. Sila contohi aku. (baik jangan!)

Tengahari, keluar jemput kawan. Pergi makan, round the world. Subang-puncak alam-kundang-rawang-serendah-subang. Beli lemang kat tepi jalan. Makan di air terjun templer park. Gile membazir minyak kete.

Malam, sampai di rumah. Mandi,siap-siap nak ke rumah jiran di tingkat atas. Dia sudah menjemput aku tengahari tadi 'datanglah nanti ke rumah akak, dah siap tempah kek untuk budak-budak ni' Majlis rumah terbuka,tahlil dan hari jadi anaknya. Bagus, 3 dalam 1. Banyak juadah yang dia sediakan. Ada sate,mehun tomyam,spageti,nasi impit,rendang,dessert dan lain-lain. Bila mahu balik, tuan rumah tapaukan aku sate. Terpaksa buat muka tebal. Serius aku sudah terlalu kenyang.

Sampai ke pintu syurga (rumah). Senget dan putih sedia menanti. Nah, memang rezeki budak-budak ini. Hari ini mereka dapat makan sate. Tiada pembaziran berlaku pada hari ini.

Ya Allah,terima kasih di atas rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan aku bersyukur kerana masih dapat bernafas sehingga hari ini.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Anjing kurap itu, security guard, ofis baru....



Hari pertama aku masuk ofis baru ialah pada 4/10/2010. Jam 8.50 pagi aku hampir tiba ke ofis tersebut untuk mendaftar. Kelihatan anjing 2 beranak ( seekor ibu dan seekor anak) sedang melepak di tengah jalan. Kereta yang lalu di jalan tersebut semuanya terpaksa mengelak dari terlanggar 2 beranak tersebut. Termasuk aku, sambil perlahankan kereta sempat aku melihat keadaan mereka. Kurus, berkurap, kulit/bulu mereka berwarna pink. Macam sopak je aku tengok. Si ibu melayan anaknya bermain. Aku tersenyum simpul melihat keletah mereka. Di depan ofis terjumpa seekor lagi anjing. Yang ini amat daif. Kurus kering,pinggang ramping sekali bak kerengga. Dan berkurap. Aku sempat menatap matanya. dan dia membalasnya dengan pandangan yang sayu. Hmmm..kesiannya kamu...aku tak boleh tunggu lama, harus segera masuk ke ofis.

Hari kedua, senario yang sama berlaku di waktu pagi. Terhibur dengan keletah anak dan ibu anjing tersebut. Waktu petang, aku lihat si ibu memberi anaknya makan dari sisa tong sampah.

Hari ketiga.. aku bawa baki kuih raya 3 bekas. Kalau di rumah takde siapa yang nak sentuh. Masih bergam selotape lagi. Sampai di ofis tak sampai sehari dah habis separuh. Alhamdulillah, tak membazir. Petang itu, habis waktu kerja,terserempak si anjing kurap di guard house. Aku pandang dia, dia pandang aku. Sayu pandangannya, bagai mengharap sesuatu dari aku.Bersyukur kerana aku dianugerahkan perasaan belas terhadap binatang seperti itu, aku berpatah balik ke ofis untuk mengambil sedikit baki kuih raya tadi. Aku mencari port sesuai dulu, segan jugak kot staf lain nampak. Yelah aku ni kan staf baru...aku panggil dia..cit..cit..cit..(macam bunyi kita panggil kucing tu,sebenarnya aku tak tau nak panggil anjing macam mana)dalam jarak lebih kurang 3 meter, aku campak 3 ketul kuih raya. Aku bagi lagi beberapa ketul..habis juga. Boleh dengar bunyi lahap dia. Selang 2 bangunan ofis, terserempak pula si ibu anjing sedang tidur bawah kereta. Anaknya tak tahu ke mana. Aku berhenti dan campak beberapa ketul pada dia. Dia makan, aku senang hati.

Hari keempat. Pagi itu aku beri separuh bekas kuih raya lagi kepada guard india di guard house. Aku cakap tolong bagi pada anjing kurap itu.

aku : u tolong kasi ini kuih kat anjing tu ye. kesian tengok dia kurus kering.

guard : ok2..nanti saya kasi sama itu anjing.

aku : ini penutup bekas u letak la sikit air. nanti dia tercekik.

guard : ok2..terima kasih kakak.

Hari kelima (hari ini) petang tadi, ada baki kuih sarapan pagi tadi belum habis. Aku keluar ke guard house. Minta guard india semalam bagi pada anjing kurap itu. Kelihatan anjing kurap itu sedang baring di tengah jalan. Aku pun taktau la kenapa dia suka lepak tengah jalan. Guard india panggil anjing kurap itu (bunyi macam bersiul,dalam hati..ooo,macam tu ke kalau panggil anjing. Anjing kurap ni aku tengok lain macam sikit. Dia tak garang, tak kejar orang. Aku sempat bertanya kepada guard india tadi kenapa anjing tu jadi macam tu. Dia jawab dulu anjing itu ada orang terlanggar. Mungkin kesan perlanggaran tersebut membuatkan si anjing 'short', pergerakan jadi slow, pandang orang dengan pandangan sayu, kepalanya ada bekas luka. Selesai bagi makan..

guard : terima kasih banyak-banyak la kakak bagi makan sama dia. kakak buat saya mau nangis (sambil dia mengesat air mata.aku tengok mata dia merah)

aku : (eh, biar betul macha ni nangis) kenapa u mau nangis pulak. saya cuma kesian kt anjing tu kurus kering tada makan.

guard : yela..dalam lebih 70 orang staf kat sini kakak sorang saja yang kasi makan sama itu anjing. saya betul-betul bangga la kakak.

aku : tak ada la, saya kesian saja. cuba kalau kita tada makan 1 hari mesti lapar kan. tengok dia entah berapa hari tada makan. mesti la kesian. badan pun kurus kering.

guard : lagi pun kakak baru saja kerja sini. kenapa dulu awal-awal kakak tada kerja di sini?

aku : saya pun baru tau ada kerja kosong kat sini.

guard : ye la kakak. terima kasih la sekali lagi.

aku : ok, nanti ada makanan lebih lagi saya bawa lah.

Tak putus-putus guard india tu bagi ucapan terima kasih kat aku. Aku juga berterima kasih pada dia sebab dia beritahu kadang-kadang ada bawa nasi,tulang ayam,tulang ikan untuk diberi pada anjing kurap itu. Moga dia dimurahkan rezeki.

Hati aku tersenyum riang. Dapat memberi kesenangan kepada makhluk Tuhan walaupun ianya sekecil kuman.

Aku menceritakan kisah ini bukan untuk riak dan bangga diri. Tetapi atas sifat belas terhadap makhluk Tuhan. Walaupun hanya seekor haiwan yang kotor dan berkurap. Bagi sesetengah manusia, dia dipandang hina. Tapi aku pandang mulia terhadap dia. Kerana dia tidak ada dosa dengan manusia dan Tuhan berbanding aku, berbanding kita semua yang bergelar manusia.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Tidur yang terganggu: si kurapkah itu?

2 Oct 2010
3.05am
Sabtu

Terdengar bunyi pelik. Macam bunyi ayam belanda pun ada.Aku ingatkan mimpi. Aku terjaga dari tidur. Dengar lagi bunyi itu. Ku fikirkan kucing-kucing di luar sedang berkelahi, tapi ini lain. Hati berdebar. Pagi2 buta dengar bunyi pelik,mau tak cuak. Teringat cerita2 momok kat tv. Dah besar begini pun mahu berimaginasi begitu. Ohh.. Mau intai atau tidak. Bunyi lagi, anjingkah itu?

Oleh kerana perasaan ingin tahu melebihi segalanya. Aku beranikan diri pergi ke dapur untuk mengintai. Sebab bunyi tersebut datangnya dari situ. Bunyi pelik terus kedengaran. Dan aku nampak 2 ekor anjing sedang melolong. Yang seekor sedang membaham dan menggonggong sesuatu. Hati aku berdebar-debar tatkala melihat sesuatu itu. (hati kuat mengatakan itu adalah kucing.hati tiba2 teringat pada si kurap,senget dan putih)

Aku menjerit..hanya dalam hati. Berdoa dalam hati,semoga yg digonggong itu bukan kucing. Kemudian 2 ekor anjing tsebut pergi,terlindung di sebalik blok. Aku tergamam ..dalam beberapa minit, pak guard datang menghalau anjing2 itu. Dah jauh baru nak halau. Pak guard pun penakut jugak. Tapi mana mungkin anjing boleh masuk dalam kawasan apartment ini. Ini kejadian pertama berlaku sepanjang aku tinggal di sini.

Timbul perasaan benci dengan anjing. Ku harap perasaan itu tidak akan berpanjangan. Mungkin terkesan dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Aku sambung tidur semula. Tapi mata tak mahu lelap. Asyik terfikir nasib si kurap. Harap2 itu bukan dia. Hati aku sebak, sakit dan terkilan tak dapat merawat dia siang tadi.

Lantas ku ambil wuduk dan sujud kepadaNya. Aku tak mahu sia-siakan kesempatan ini kerana mungkin ini peluang yg Dia beri lantaran diri yang selalu alpa. Aku berdoa agar apa yang aku lihat tadi bukan seperti apa yang aku bayangkan.

Hati sedikit tenang. Mahu lupakan kejadian tadi.
4.20am sambung tidur.

Jumaat, Oktober 01, 2010

2 kisah berbeza, 1 makhluk yang sama

Cerita 1...

1 Oct 2010
Jumaat
1.30pm

Aku sampai ke rumah selepas keluar makan tengahari. Hujan yang lebat sebelum itu kembali reda. Senget dan putih mengiaw sakan, ku kira bukan kerana lapar tetapi ingin meminta perhatian barangkali. Ku biarkan senget dan putih masuk ke dalam rumah. Sempat berborak dengan diaekor. Miaww..miawww bunyinya..Terdetik di hati tingkap bilik tidak ditutup. Risau kena tempias hujan. Setelah diperiksa alhamdulillah tak basah. Eh, macam ada sesuatu yang pelik atas tilam. Rupa-rupanya seekor kucing kurap sedang tidur di situ dalam keadaan yang amat daif sekali. Tersentuh hati aku. Mendengar suara senget yang nyaring, si kurap tersentak dan tersedar dari tidur. Tapi tidak pula cuba untuk melarikan diri. Aku keluarkan putih dari rumah. Maklum lah, putih tu 'garing' sikit kalau nampak kucing asing. senget tak apa, dia cooool.

Aku cuba dekati si kurap. Dia kelihatan tenang dan nyaman di atas sejadah di atas tilam.


si kurap

Normalnya bila terjumpa kucing kita sering kali berbual dengan mereka dalam bahasa kucing.
Meawww..meawww. aku menyapa si kurap. Kurap tenang sahaja, hampir langsung tidak kedengaran suaranya bila dia membalas sapaanku.

Kelihatan tubuhnya yang kurus kering. Kurap tebal di telinga dan yang paling menyayat hati, anda boleh perhatikan ekornya. KUDUNG. Ya, ekornya kudung..

Disyaki kurap masuk ke bilik aku dari tingkap yang terbuka ini.


p/s : anda boleh abaikan suara senget yang nyaring itu.

Kurap tak takut, dia manja. Bila aku usap kepalanya, dia makin manja. Terharu,kesian,sedih,marah..semua perasaan tu ada dalam diri aku.

Ku beri makan pada kurap. Dia makan sedikit sahaja. Waktu yang selebihnya dia melese-lese di tangan dan kaki aku. Mengharap perhatian dan kasih sayang mungkin..Kelihatan darah cair menitik dari luka di ekornya. Kurap langsung tidak mengiaw. Sayu....

Ku capai minyak gamat panas. Hanya itu yang aku ada pada masa itu. Minyak gamat biasa sudah habis. Ku titik di ekor si kurap. Dalam hati berharap si kurap tahan pedih. Kurap nampak tenang, masih lagi melese di kaki ku.

Aku biarkan si kurap di dalam rumah sementara aku ke kedai untuk membeli minyak gamat yang biasa. Balik ke rumah, malangnya...si kurap telah pergi. Dia keluar ikut pintu dapur yang terbuka. Aku marah pada diri sendiri atas kealpaan itu. Terkilan.....anda boleh tahu kenapa aku terkilan...

Kuping dan darah dari ekor si kurap terlekat di sejadah, juga di atas cadar. Sikit pun aku tak marah. Sekurang-kurangnya si kurap dapat merasai nikmat tidur di atas tilam daripada berpanas,berhujan dan dianiaya oleh manusia di luar sana.

Aku berharap dapat menemui si kurap lagi.


CERITA 2...

29 Sept 2010
Rabu
8.15pm

Hujan renyai-renyai di luar kedai. Kedengaran suara anak kucing tak berhenti mengiaw. Hati aku dah tak keruan. Tekad..keluar cari anak kucing itu.

Jumpa....dia kebasahan ,kelaparan, kebingungan dan ketakutan dan rupanya agak comot...ku pujuk-pujuk lantas ku bawa masuk ke kedai. Ku beri makanan basah...dia makan dengan lahap. Kesian....


Puas makan, dia tidur dengan nyenyak sekali. Damai...

Terlepas dari basah air hujan dan kelaparan...mana ibunya?? aku pun tak tahu..

Bangun dari tidur, dia sudah ceria, sudah mahu bermain. Tapi masih mengiaw-ngiaw mencari ibu barangkali. Terhibur melihat keletahnya.


10.00pm...

Aku tak boleh terus menjaganya. Tidak boleh di bawa balik. Ku lepaskan dia keluar kedai. Dia mengiaw-ngiaw kebingungan. Menyorok di bawah rimbun pokok bunga. Hati aku sakit....

11.00pm...di rumah..

Aku bertanya pekerja pasar mini keadaan anak kucing tadi. Dia beritahu anak kucing tersebut pergi ke kedai makan berhampiran, ada kucing besar di sana. Ibunya barangkali..Hati aku sedikit lega....

Berharap supaya semua kucing di luar sana sentiasa dilindungi olehNya...