Sabtu, Jun 25, 2011

Laksa - Resepi ikut suka...



Hari ni projek buat laksa la pulak. Tekak teman ni teringin benor ngan laksa. Malam tadi dah siap plan, esok pagi bangun awei nak pegi kedai beli ikan. Kalau lambat nanti ikan habis. So pukul 8.20 dah terpacak kat kedai.

Sampai je rumah terus sinsing lengan untuk sesi mengecah dapur. Tengah siang ikan..tup-tup teringat...Allah!!! Asam keping & bunga kantan tak beli. Ape keheyy nye teman ni. Lupe bebenor...Udah nak buat laksa kene le ade bunga kantannye yong!!... nak taknak teman pun keluor le balik ke kedai....


Ni ha udoh nak siap...tunggu laksa tengah rebus. Kuah tengah menggelegak.


Udoh siap potong-potong sayur-sayur semua ni. Moh le kite makang....



Pukul 11.30pagi dah siap..Pakej ni...bfast + lunch + dinner...
Makan sampai lebam la kamu yong~~

Publish Post











Ahad, Jun 19, 2011

Baking Membaking

Assalamualaikum...
Hallu..hallu..selamat pagi..

Kali ni taknak cerita pasal Senget & Gebu. Masing-masing dah besar panjang & buat hal sendiri. Lepas makan je terus menghilang pergi merambu/merewang dan sebagainya. Maklum la, anak jantan kan.....~~




Awal bulan hari tu beli oven. So, semangat nak guna oven baru mestilah berkobar-kobar kan. Dalam kepala duk fikir nak masak itu, nak masak ini. Yang paling teruja mesti la nak buat kek. Yelah..sebelum ni buka internet asyik tengok resepi kek je. Memang teringin sangat nak buat kek. Tapi nak bakar atas apa. Takkan nak bakar atas dapur gas pulak kan. So sambar la sebiji oven ni...~~


Resepi pertama yang merasmikan oven baru ni ialah KEK COKLAT.
Tadaaa.....ni la ghopenye bila dah siap untuk dimakan. Yang menariknya kek ini tidak memerlukan marjerin/mentega. Hanya guna minyak je =) so, takde la lenguh sangat tangan aku nak pukul marjerin/mentega sampai kembang. Ok la kan untuk percubaan yang pertama. Boleh dimakan, perut pun tak sakit. Ini membuktikan tiada keracunan makanan berlaku selepas itu =)



Link untuk resepinya ada di sini. Selamat mencuba =)




Resepi yang kedua pulak ialah Ciskek (cheese kek). Resepinya pun mudah tapi agak sukar bagi aku yang pakai mixer manual (tangan)sampai naik muscle mak kat lengan ni tau.. Sebab, apabila cheese & krim tidak cukup kembang maka hasilnya juga kurang memuaskan seperti gambar di bawah. Walaupun rupa amat kurang sempurna tetapi rasanya ok juga. Tiada tanda-tanda sakit perut selepas memakan kek ini. Ini membuktikan tiada keracunan makanan berlaku di situ. Dan akibat membakar sambil leka menonton tv, anda perlu terima kenyataan bahawa kek anda telah hangus sedikit. Kuang..kuang..kuang..


Link untuk resepinya ada di sini. Selamat mencuba =)


Akhir sekali, inilah kek yang baru keluar dari oven malam tadi. Selak-selak buku resepi zaman sekolah dulu. Jumpa la resepi kek marble ni. Yang ni memang sangat mudah & ringkas. Teksturnya gebu & lembab. Tapi belangnya tak berapa nak menjadi la pulak. Aiyakk....potong markah!


Resepinya ada lah seperti berikut :

150gm tepung bluekey/tpg naik sendiri
150gm gula kastor
150gm mentega/marjerin
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
pewarna -coklat, merah/hijau/oren (terpulang pada belang kaler apa yang anda suka.nak corak kuda belang pun boleh juga)


Cara-caranya :

*Panaskan oven suhu 170'

1. Putar mentega & gula hingga kembang - i pakai tangan je..lenguh tangan mak...
2. Masukkan telur satu persatu - pukul lagi sampai sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit -kacau sebati
4. Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan dicampurkan dengan pewarna ikut citarasa memasing.
5. Tuang dalam loyang yang telah disapu mentega.
6. Kacau dengan hujung sudu dengan gerakan memutar untuk mendapatkan belang yang cantik.
7. Bakar dengan suhu 170' dalam masa 40 - 45 min.

Selamat mencuba =)



Inilah 2 ekor model oven yang baru dibeli tu.
Model tak berbayar...camne nak bayor..asyik membuto yo...~~~