Rabu, Julai 21, 2010

Hujan lebat, wet food syedap


Tepat 5.30 petang semalam. Jam punchcard pun berbunyi. Disertakan hujan lebat,angin, petir dan kilat. Seram betul. Air hujan tempias hingga ke kaki lima bangunan ofis. Duk berkira-kira nak lari masuk kete atau naik lepak dulu kt ofis..malas pulak nak naik, lari2 anak masuk dalam kete..abisss, basah...

Jalan dah kelabu asap dengan hujan lebat..semua driver pasang lampu terang.termasuk cik siti..ditambah dengan masalah kerabunan tahap tak berapa serius. Sejak beberapa hari lalu, dh berjanji dengan diri sendiri nak belanja wet food kat anak2 angkat di rumah. Tapi time hujan2 lebat ni la kau teringat nak beli. time cuaca cerah sempurna kau tak teringat pulak nak beli. tapi cik siti selalu ikut kata hati...DEGIL,kena sambar petir tau la...singgah pasar mini SAVE MORE...(takde la save sgt pun, harga biasa2 je)... masuk kete dan abissss..lenjun dah (takpe,dh nk balik umh pun,nampak selekeh xde hal).....di luar petir dan kilat saling bersahutan.

Sampai di rumah, si senget menyambut. Ya Rabbi, tengah hujan lebat tu dia boleh duduk bawah kete, nape tak lari berteduh bawah apt ni?? Bila nampak cik siti baru dia lari kuar dari bawah kete tu. Hujan lebat pun diredah...kamu memang setia la senget.. ku geleng2 kepala...cik siti terharu nih..sob..sob..dah berapa lama kamu duduk berteduh bawah kete tu ye...dengan hujan,angin,tempias...kesian kt kamu ye senget...xpe, cik siti bagi makan sedap2 malam karang ek..

Malamnya....mari kita makan....yang ni untuk senget dan adik2 ye...

Sedap betul bau..mcm sardin cap ayam je....

sangat teruja dengan bauan ikan sampai paket kosong dalam bakul sampah ditarik keluar.

Baca doa makan dulu ....

OK....bon appetite (dlm bhs perancis)...dalam bahasa melayu (selamat melantak) muhehehe...

Menu cik siti pulak pada malam tu ialah sandwich telur + baked bean aje.... pun sedap juga...

Burp..alhamdulillah......

Pagi tadi, pinggan tersebut licin berkilat...

4 ulasan:

  1. murahnya rezeki depa nih...murah juga rejeki tuannya

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan..aminn..

    BalasPadam
  3. amin gak.

    senget tu jatuh cinta kat cik siti kot. hujan sanggup ku harungi

    BalasPadam
  4. smoga murah rezeki cik siti yer, dpt la anak-anak bulus makan shedap hari2 ;)

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~