Kadang-kadang perasaan belas terhadap binatang lebih mengatasi perasaan belas terhadap manusia. Salahkah aku berfikiran sebegitu?? kerana manusia sudah tiada nilai kemanusiaan lagi dalam dirinya . Kes buang anak, penderaan kanak-kanak secara seksual, fizikal dan mental..aku tak pernah tengok binatang buang anak sendiri, dera anak sendiri. Semuanya disayang-sayang, dibela sampai besar.
Pagi tadi sampai je ofis, buka pintu kete, budak-budak ni memang akan serbu kat aku mintak makan. Yang ada stok roti je...cubit kecik-kecik bagi depa makan. Terperasan ada luka macam kulit tersiat kat budak ni :
Rasanya luka ni baru lagi. Kulitnya macam dihiris...pedih owh..Tak mungkin sebab bergaduh. Mungkin kena langgar...entah la. Ku sapu minyak gamat panas..mungkin dia rasa pedih skit. Jalan pun senget-senget. Sorry la ye, minyak tu je yang ada dalam kete. Tak kan nak sapu minyak cap kapak pulak kan...
Bagi roti je...tengahari ni nak kuar beli priskis...
Kesian..muka sedih tahan pedih kat luka tu.
Makan banyak-banyak supaya luka cepat sembuh tau.
Dah berani masuk ke ofis...tak boleh la yang..nanti kamu berak bos marah pulak. Lain lah kalau 'baja' kamu tu harum seperti ambi pure.
Sepatutnya 3 beradik...ibunya dan lagi sekor hilang ntah ke mana.
Yang putih ni aku syak tengah bunting. Dulu masa kecik-kecik yang belang ni kurus kering. Bila nak dipegang/dibelai semua lari kecuali ibunya. Bila letak makanan baru la jinak-jinak merpati datang nak makan. Kelakar....
salam cik siti,
BalasPadamx de masalah bubuh minyak gamat. okey. tapi kalau dapa krim luka pun ok.
cik siti, kalau rasa2 kucing ini mmg tak merayap, bolehlah iklankan di petfinder.com
mesti ada yg mahu.
kesian mereka
:))
terima kasih
Salam, betul kata tedi tu, kesian tengok keadaan dia macamtu. Rasa macam mahu diambil. Tapi itulah...memang x cukup masa nak tambah n jaga yang baru lagi. Sedih betul ...
BalasPadamaloooo kesiannye dia. nasib baik ade cik siti tolong jaga bagi makan, bagi ubat. Dah la cute-cute...
BalasPadamtu lah masalahnya kan?? kalau difikirkan sangat tak boleh buat kerja gamaknya...
BalasPadamcubalah yang terbaik yer, mudah2an awak diberi pertolongan
besarnya luka tu, camana leh jadik luka camtu ekk
BalasPadamtima kasih kat cik siti yg prihatin pd si comel nih, smoga cik siti sntiasa dilindungi Allah dan murah rezeki amin..
salam..
BalasPadamtime kasih pada kawan2 yg mendoakan. sebenarnya tak tahu mcm mana boleh jadi luka tu..kawan ckp mcm kn langgar.mujur lah xde darah kuar. kucing2 ni pun macam chipsmore..kadang2 ada, kadang2 xde.kalau jumpe tu memang dorang akn serbu kt kete mintak makan. hari ni x jumpe pun kucing yg luka tu. mana la dia lepak....
tedi,
BalasPadamakan cuba untuk iklankan di petfinder. timekasih bg cadangan :)
salam ziarah.
BalasPadamcomelnya bebudak tue.
terima kasih pada kamu menghargai mereka.
hope luka dia cepat sembuh.
amin
salam.
BalasPadamciannya budak tu. kalau bertuan mesti cantik
pape pun semoga kucing tu cepat sembuh n selamat
korang ade blog rupenye....uish..menarik..
BalasPadamsaya tade blog....tukang baca & komen je takpe erk....=)
Annisa..takde blog pun xpe..meh join kami memeriahkan majlis... :)
BalasPadambesar betul luka dia...nape la agaknya jd mcm tu...tak apa la...skrg2nya dh mencuba bantu...
BalasPadam