Selasa, Julai 06, 2010

Masalah lutut berbunyi

Semakin usia menginjak dewasa, semakin banyak penyakit datang. Jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik pasti bertambah teruk. Tak seperti zaman sekolah dulu. Bersukan,beriadah semua tu satu aktiviti wajib setiap minggu.

Tapi sekarang bila dah kerja, makin kurang bersukan dan bersenam. Nak buat sebulan sekali pun susah. Apalah kau ni malas sangat. Stamina pun makin kurang. Joging sekejap dah letih macam buat 14 pusingan. Lepas joging bantai pulak nasi lemak dan roti canai. Baik kau bersenam atas tilam di rumah (tidur) je.

Ini antara satu masalah yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Masalah lutut berbunyi. Korang pernah rasa macam ni tak? contohnya bila duduk, lepas tu bangun. Ada rasa lutut berbunyi tak?
Selalu terasa bila solat, bangun dari tidur. Tapi tidak lah terasa sakit. Cuma rasa nyilu bila dengar bunyinya (krek). Apakah puncanya...mungkin pelincir antara 2 tulang rawan tu semakin nipis. Atau penyakit reput tulang (osteoporosis)

SUSU........aku bukan penggemar susu tepung & susu segar. Kena paksa baru nak minum. Itu pun kadang-kadang mengelat juga dan susu itu MESTI dicampur dengan perasa coklat ke, strawberi ke, kopi ke..tak kisah la, janji bukan susu pure kaler putih tu...mau muntah kalau terbau..kenapa la ye...kecik-kecik dulu boleh je minum susu. Jawapannya aku sendiri pun tak tau. Bukan susu je, air soya fresh pun tak dapat diterima oleh tekak ku. Kalau campur dengan perisa jagung, cincau tu boleh lah gagah. Teruk kan...kalau tak minum susu dari mana kau nak dapat zat KALSIUM ??? jawapanku....ikan bilis kan ada...tempe pun sama...hi hi hi...

Berbalik dengan masalah lutut berbunyi ni tadi. Ku dapat 1 artikel dari halaqah.net . banyak info berkaitan masalah lutut ni. Antaranya seperti di bawah :

Ummi Munaliza:
Penjagaan Kaki dan Lutut Sebagai Anggota Pergerakan
19 July 2004
Susunan ZURAINI YUSOFF

Kaki, terutama bahagian lutut adalah antara anggota yang sering ´didera´ tanpa disedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia ´berehat´.

Kita sering terlupa, seperti anggota lain, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.

Dikatakan terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua.

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut.

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.

Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki sebagai bahagian paling bawah akan menerima bebanan paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki rata atau tidak berlekuk.

Ummi Munaliza:
Antara tips untuk menghindari sakit lutut ialah:

1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.
2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut anda sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.


Dan juga ini dipetik dari http://sakitsendi2u.blogspot.com :


KECEDERAAN SUKAN LUTUT BERBUNYI ‘POP’!


Oleh : SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang- gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.

Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu.

Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.

Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati?

"Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

"ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting).

"Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut," ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?

Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact.

"Mekanismenya adalah – berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain.

"Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula – sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak," katanya.

Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.

Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.

Lelaki atau perempuan?

Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini.

Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas berbanding dengan jenis sukan atlet wanita.

Tanda-tanda kecederaan ACL

"Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak.

"Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut," jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.

Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?

Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan kecederaan yang dialami.

Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-kecederaan sampingan.

Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga kecederaan ligamen-ligamen lain.

Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan

Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: ‘‘Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan.

"Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.

"Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain."

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL.

BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?

ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-sebab tersebut di bawah:

1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL

2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut

3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.

Perlukah saya menjalani sinar-X atau MRI?

Ujian sinar-X adalah perlu untuk memastikan tiada keretakan atau kepatahan kepada tulang di sekitar lutut. Ia juga berupaya memberikan gambaran tentang kemungkinan kecederaan rawan.

Selalunya bagi kecederaan ACL, sinar-X akan kelihatan normal selain terdapat gambaran pembengkakan pada lutut. Bagi ujian MRI (pengimejan resonans magnetik) pula, adalah tidak mandatori dilakukan kerana diagnosis kecederaan ACL boleh diperoleh secara pemeriksaan klinikal.

Hanya bagi kes-kes yang kurang pasti kerana kesukaran pemeriksaan (kesakitan amat sangat) atau terdapat kecederaan-kecederaan lain seperti kecederaan meniskus akan dapat dilihat dengan jelas melalui pemeriksaan MRI.

Rawatan

* Peringkat awal : Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan : Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan : Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.


Banyak penyebabnya. Haa kau dulu bersukan tak ingat dunia. Sekarang....baru dapat akibatnya...tapi harapnya tidaklah serius. Hanya mati dan tua tiada ubat.



19 ulasan:

  1. Sebenarnya, masalah lutut yang dihadapi bukan sahaja disebakan kurang senanam. Tetapi masalah yang berhubung kait dengan kekerapan lutut bergesel dengan permukaan lantai yang menyebabkan kehausaan atau permukaan yang tidak bersih membolehkan jangkitan kuman pada lutut. Dan menjuruskan masalah lutut sakit dan bernanah yang teramat sakit yang dapat dirasai. Jesteru itu, bagi mengelakan perkara terjadi adalah menjaga lutut daripada bergesel dengan kurangkan melutut terlalu lama, menjaga kebersihan lutut daripada sebarang kotoran dan menjaga berat badan dan pemakanan bagi mengelakkan berat badan yang berlebihan. Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. salam.. hari ni lepas solat zohor & asar saya dikejutkan dgn bunyi mcm kain koyak/ bunyi seakan telur retak..krek, krek. Ingatkan kain koyak. Bunyinya sgt halus tp jelas kedengaran. bila dicheck semula apa yg bunyi, sahlah kedua2 lututni berbunyi mcm retak.. sblm ni dah sethn setengah sakit lutut,tiba2 ja. nih mgkn bahana main badminton..2x sminggu main badminton dgn geng. memg main sungguh2la..

    mula tu sakitnya tak kuat sgt, kdg ada, 3,4 hari ok semula. kemudian muncul balik. Sakit nih mcm dah tak boleh baik2 dah. Tapi badminton tetap main. nih mula thn ni makin kuat sakitnya. Naik tangga tak berapa rasa, tapi kalau turun siksa tahan sakit. Tip hari kena panjat tingkat 3. jalan tak sakit, solat tak jugak..Tapi kalu nak warming up bgkokkan lutut sgt sakit. Kasut tumit tinggi tak boleh pakai laa skrg ni.. dan hari ni terkini muncul pulak la.. krek..krekkk.

    Bulan puasa dah stop bandminton..mybe kena pencen selamanya..Tensinnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas2 ade pergi cek ngn doktor x?

      Padam
    2. Pas2 ade pergi cek ngn doktor x?

      Padam
  3. tapak kaki saya rata,,,tu kot y menyebabkan lutut berbunyi

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/5/13 9:45 PG

    Saya mulanya daripada latihan sepak takraw.saya seorang perejam di dalam gelanggang.setiap perejam harus melakukan lompatan untuk membuat libasan
    .dengan Latihan yang keras kemungkinan punca lutut berbunyi Dan tak boleh membuat libasan.rest 1 thn.selepas rest, training semula Dan lutut terasa skit lagi...sedang mencari ubat yang sesuai

    BalasPadam
  5. Kita juga boleh berikhtiar dengan menggunakan supplemen tambahan untuk membantu mengatasi masalah-masalah seperti diatas.

    *Jom kunjungi blog saya
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/08/promosi-ogos-2013-shaklee-advance-joint.html

    BalasPadam
  6. lutut saya masih lagi terdengar bunyi pop di bawah lutut walaupun saya telah melakukan pembedahan acl hampir 1 tahun.apakah yang patut saya lakukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon dah bedah tp masih rasa longgar.. so apa yang saudara lakukan sekarang?

      Padam
  7. rawatan doktor dan rawatan alternatif penting untuk kesihatan lutut kita. tak salah cuba dedua

    BalasPadam
  8. Lutut sy akan berderap bila mencangkuk Skali dia meletup suma org boleh dgar . Apa masalahnya ye? Perit bila time buang air besar & solat duduk tahyat awal/akhir lutut brlipat confirm meletup lepas tu mesti rasa kebas/ lenguh . Puas dah ihktiar pergi mengurut tp tak jalan

    BalasPadam
  9. LUTUT SAYA KADANG KALA BERBUNYI SELEPAS SAYA KERAP ONANI... ADA KAITAN KE?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA PUN... KENAPA YE?

      Padam
    2. Tanpa Nama2/3/16 2:24 PTG

      Kwkwkwkwkwkwkwkkwkwkwkwkkkwkwkqkwkwk xD

      Padam
  10. Salam... Sy sekarang dah setahun genap mengalami masalah PCL lutut kiri, sebabnya sy bermain badmintn ketika landing dari jumping, terus bunyi meletop yg kuat.. Sy tak ada buat apa2 treatment pmbedahan wlupun itu antara option yg pakar ortopedik suggest disbabkan usia sy masih muda (26 thun),option ke2 yg pakar suggest dgn treatment senaman, sy cuma prgi mengurut apabila rasa lenguh, bila bangun brdiri dari sujud ktika solat, lutut brbunyi meletop n terasa ngilu,, bila sy senaman sndiri dgn mmbegkokkan lutut, bunyi sperti pasir bergesel,, lutut sebelah kanan pun sama. Mohon suggestion apa yg sy perlu buat skrg utk dptkan kmbali lutut mcm dulu.. :(

    BalasPadam
  11. Mohon pencerahan.....
    Selepas duduk mencangkung dlm masa 3 ke 4 minit lutut sebelah kanan sya sukar untuk diluruskan....bila dipaksa ia terasa sakit di belakang lutut. ...sila terangkan apa punca2 dan apa yg perlu sya lakukan

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570


    BalasPadam
  13. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~