Selasa, Julai 06, 2010

2 makhluk kecil yang sesat

Pagi ini....rutin biasa sebelum pegi kerja mesti bagi makan kat si kepala senget.
Dari dalam rumah dah dengar suara nyaring dia yang 1 blok boleh dengar. Hishh..slow-slow la sikit. Sekarang makan priskis je. Roti,kuih,biskut ke apa dah tak pandang..unless kalau dah lapar tahap gaban kau belasah jua.

Macam biasa..si kepala senget ni sebelum makan akan geselkan badan kat kaki aku. Malu-malu kucing pulak...ecececehh..makan je la...dan macam tak cukup nafas,priskis telah dibedal oleh si kepala senget. Ok, dah ready nak pegi kerja. Cek peti surat, ada invoice maintenance & bil cukai taksiran. Itu tuan rumah punya. Biarkan dalam tu nanti tuan rumah datang ambil sendiri.

Tiba-tiba....apa benda yang bergerak-gerak bawah motor tu? Warnanya hitam legam...kenit pulak tu..mana datang nya ni???? bila didekat dia tak lari..jinak pulak tu..Waa..siapa yang buang ni..bila didukung manja pulak...mengiau-ngiau mintak makan...tup-tup datang lagi sekor. kembar si hitam agaknya sebab saiz serupa cuma warna tak sama. putih + belang2.
Aduhh....muka korang berdua ni memang tau...saja je buat-buat kesian. Tapi memang aku kesian kat korang pun....meh jemput makan sekali dengan si kepala senget.






Inilah 2 makhluk yang sesat tu. Dari mana la datang nya ni. Malam tadi tak nampak pulak korang kat kawasan ni. Makan la kenyang-kenyang.




Si kepala senget tak marah pun dengan 2 kenit tu. Malah dia bagi ruang untuk 2 kenit tu makan pulak. Di cium-cium jugak..mungkin si kepala senget pun berfikiran seperti aku. Sebelum ni tak pernah nampak pun. Dari mana datang nya?



Si kepala senget hanya memerhati. Mengalah pada 2 kenit. Oh, depa ni lebih lapar dari aku agaknya...



Si kenit 1



Si kenit 2


Usia sekitar 2-3 bulan. Macam-macam kemungkinan dan persoalan dalam kepala aku ni.

  1. Mungkin sebelum ni hidupnya dalam longkang. Bila dah besar,ibunya tak hiraukan lagi,jadi kena cari makan sendiri.
  2. Mungkin orang sengaja buang si kenit tu kat umah aku suruh aku bela.
  3. Mungkin si kenit tu dilahirkan di blok lain. Bila dah pandai jalan,merayau-rayau sampai ke rumah aku bau makanan sedap pulak.
  4. Mungkin ditinggalkan oleh ibunya sendiri (kes buang anak la ni)
  5. Mungkin dah ditakdirkan untuk aku terjumpa dengan si kenit ni. (ini tak boleh disangkal lagi)

Tak apa lah, selagi termampu ku buat la apa yang patut. Rasa seronoknya dapat bagi makan kat kucing-kucing ni. Mungkin si kepala senget akan tolong tengok-tengokkan 2 kenit tu nanti.

Start kereta, tengok jam kat dashboard dah 8.31am..Ya Rabbi..aku dah lambat. Tapi kenapa jam tangan ku masih 8.25. Masih sempat untuk ke ofis sejauh 5km. Bateri kaput kot....takmau buang masa...ku tekan minyak kuat-kuat. Sampai simpang 2km selepas tu. Ini pemandangan yang biasa ku lihat pada waktu pagi atau petang...sempat snap 1 je.





Kali ni tak sempat nak kira berapa ekor. Biasanya tak kurang 10ekor dibawanya. Siap ada pakai lesen kat lengan dia. Aku tak pasti baka apa tapi jenis kaki panjang-panjang. Bulu bersih...dan kuat berlari. Pemiliknya cina. Rumahnya besar (teres 2 tingkat corner lot, renovate sekali) sekali tengok macam pusat pemeliharaan haiwan tak berlesen sebab dibuat tembok tinggi tak kasi orang tengok agaknya. Dari luar dengar bunyi anjing menyalak.....orang cakap anjing-anjing tu memang dilatih untuk dijadikan anjing pengawal.

Sampai ofis...punch card tim 8.39am. tengok bos belum sampai...keh keh keh...
SELAMAT AKU !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~~mari mengomel ramai-ramai~~