Isnin, Julai 05, 2010

Andai aku tidak kuat



jika aku tidak kuat
mungkin aku telah rebah
memang aku hampir rebah
rebah menyembah tanah

jika aku tidak kuat
mungkin hilang akal kewarasan
hilang juga pertimbangan
mujur masih ada akal yang sejengkal

jika aku tidak kuat
bisikan jahat pasti menyelinap
merosakkan semua saraf
semua nya pasti musnah

andai aku mahu kuat
kuat seperti apa?
bagaimana ?

maka itu, hanya padaMu Ya Rabb
aku memohon, jadikan aku kuat
kuat untuk segalanya
segala ujian yang Kau berikan
lapangkanlah hati ini untuk menerima ketentuanMu
menerima Qada' dan QadarMu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~~mari mengomel ramai-ramai~~