Jumaat, Julai 31, 2009

fakta menarik

Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.


p/s - aku seorang kidal...

Khamis, Julai 30, 2009

cenderahati kahwin/tunang












- cenderahati untuk majlis perkahwinan/pertunangan
- diperbuat daripada span
- aksesori bunga/daun dan kaler span boleh ditukar mengikut permintaan
- boleh isi sabun telur / potpuri
- saiz diameter mengikut permintaan
- harga sebiji RM2.50
- diskaun akan diberi sekiranya mendapat pesanan dalam kuantiti yg banyak.
- boleh dijadikan hiasan di dalam kereta

Jumaat, Julai 24, 2009

hamster




































































antara beberapa ekor hamster yg aku bela...yg putih & kelabu ni kedua-duanya dari spesis winter pearl & winter gold...pengalaman yg best skali bila hamster ni melahirkan anak...aku la yg paling cuak...hidup ke mati baby dia...sebenarnya selepas hamster melehirkan anak, dia x boleh diganggu & perlukan persekitaran yg gelap..si jantan pun kena asingkn..tp aku ni suka intai nak tengok dia susukan anak ke x...then yg jantan pun aku x asingkn..elok juga sebab si jantan pun tolong jaga anak2 sekali...hehe....bagi yg 1st time, memang akan makan anak sendiri & buat xtau je...memang geram & kesian la kalau tengok..

makanan 'diaekor' just kuaci, pallet & carrot...kadang2 aku bagi cheese..tp kuantiti sikit je..kacang panjang pun boleh...kalau lapar sangat 'diaekor' belasah je apa yg ada...serbuk MILO, oat pun boleh...hamtam saja lah...













Khamis, Julai 23, 2009

pokpok story


POKPOK ni pulak aku jumpa kat bus stop masa nak hantar cik ros...punya la comot, banyak kutu & mata bengkak..yg kelakarnye masa aku panggil terus dia datang n lompat masuk dalam kete.. umur dia masa tu sekitar 3 bulan..ni pun kes macam anak terbuang..huhu..perangai dia pun sama macam bubu...aktif & lincah..habis satu rumah macam tongkang pecah kalau dia kerjakan..lebih kurang 2 bulan aku bela dia...datang la si BUBU yang jmpe kt R&R Bkt Gantang tu..so lepas tu pokpok pun ada kawan baru..bila aku selalu bagi perhatiaan kat bubu, pokpok pun mula rasa tersisih..pokpok suka buli bubu...bubu pulak pandai melawan balik..x padan dengan kecik..'diaekor' ni xleh tido sama-sama...kang tangan masing-masing boleh naik..tp bila makan blh plak sama-sama...

Bila aku pegi keje, aku akan tinggalkan pokpok kt luar rumah..bubu aku letak dlm rumah sebab kecik lagi..kang aku balik keje,nampak kelibat aku je dia terus lari tunggu kt pintu..atau pun bila dengar aku buka pintu grill dia datang kt aku..1 hari tu, lepas 2 bulan aku bela dia..aku balik keje dia dh xde tunggu kt pintu lagi..aku panggil pun dia x balik..puas aku cari..x jumpa jugak..aku tau dh, mesti pokpok merajuk...apa yg aku pikir, mungkin pokpok lari atau ada org lain yg ambil sebab bulu pokpok bersih..putih tompok hitam..sebab bulunya bertompok2, so aku namakan dia pokpok....harap-harap org yg ambil pokpok dapat jaga pokpok baik-baik..

POKPOK..MISS U SO MUCH...JGN NAKAL2 LAGI YE...



kalau tido tu x kira tempat dh..bwh board iron pun jadi...sama cam tuannya kuat tido...hihi...








bodyguard for my hamster. *bodyguard ke ambik peluang nak ngap si kenit tu*










pokpok : aku backhand jugak si bubu ni kang !! (dlm hati)
bubu : aku pasrah....










pesen tido pokpok mcm ni je...










Dengan kotak kasut pun boleh buat mainan



Rabu, Julai 22, 2009

kisah si comel bubu

Dulu.....tahun lepas...

BUBU...nama seekor kucing yg aku pelihara sejak usianya sekitar sebulan..masih kecil dan perlu menyusu..malangnya bubu ditinggalkan oleh ibunya sendiri (mcm kes buang anak pulak).. Bubu dijumpai oleh seorang kenalan
ku yg juga amat penyayang pada kucing sewaktu berhenti di R&R Bkt Gantang..tengah berlindung bawah pokok sebab hujan..kurus kering.. Sampai je rumah, aku terus bagi frieskies yg dlm tin tu..Ya ampun, kelaparan tahap gaban punya..sampai aku sentuh badan dia pun dia marah macam aku ni nak curi makanan dia...bila dah kenyang, tertidur la dia..mungkin penat & lapar kot...malamnya aku bawa tidur skali dalam bilik sebab takut 'pokpok' kacau dia pulak.


seusai sampai di rumah setelah mengharungi perjalanan yg jauh


lapar giler..nyum..nyum...








rileks-rileks jap....








meaooowww !!! gigit kang !!









oh! ibu....kenapa ibu tinggalkan bubu..
isk...isk....







sekarang ni usia bubu dh hampir 4 bulan..amat-amat aktif & lincah..suka gigit tangan & kaki aku...kalau aku tengah berjalan boleh pulak dia kejar kaki aku pastu dia gigit..kalau x sakit xpe...ni sampai calar-balar...tengah lepak tengok tv, dia pun menyibuk gak baring2 kt kaki aku..pastu gigit...sekali aku cepuk..bukannya tau sakit..lagi dia buat...kalau aku x tahan sangat,kene kurung la dia dlm stor..amek kau....

hnss..hnss...pose skit...


































Sekarang..bubu sudah besar




Dan sudah ada 3 ekor anak...





Selasa, Julai 21, 2009

Kelahiran baru

Awal pagi tadi, tengah aku bersiap nak g keje, sempat lagi aku jenguk sangkar-sangkar hamster aku. Tetiba aku tengok ada baby hamster yg masih merah (baru lahir la tu) tergolek-golek dalam sangkar tu. Cuak gak aku sebab ni 1st time ibunya melahirkan anak. Biasanya bila kelahiran yg pertama, si ibu x berapa pandai jaga babynya lagi. Dia akan makan atau x peduli & x susukan babynya. Then aku pun asingkan si bapa ke sangkar lain. Masa tu aku tengok ada 3 ekor masih hidup, sekor lagi dh mati mungkin kena makan dengan ibunya. Aku letak makanan banyak-banyak,pastu aku terus g keje.Lunch tengahari aku pun balik ke rumah sekejap nak tengok perkembangan 'diaekor'. Paling aku x tahan gelihati tengok si ibu hamster tadi letak anak-anaknya kat roller yg dia selalu main tu. Aduh,peel ape pulak la hamster aku ni. Habis la anak-anaknya pun ikut terpusing & terpelanting bila si ibu lari kt dalam roller tu. Kesian pulak aku tengok anak-anaknya tu.Aku perhati je gelagat si sibu tadi. Takde langsung dia nak susukan anak-anaknya tu. Hopefully pandai la si ibu tu jaga anak2 dia.

Pagi ni 22/7/09, semua anak2 hamster dah mati...maybe kelaparan..ibunya x pandai nak susukan anaknya kot...kesian...

xpelh mummy hamster...u should try again and learn how to feed your baby..huhu..


















saya budak baru belajar

Assalamualaikum...

Blog ini dicipta untuk berkongsi cerita-cerita menarik yang berlaku di sekeliling aku dan berkongsi cerita mengenai kucing dan hamster peliharaanku. Keletah mereka yang mencuit hati sedikit sebanyak telah menceriakan hidup aku...

Layankan aje lah ye....;)