Rabu, Julai 07, 2010

Misi menyelamat ibu hamster



Tarikh kejadian : Mei 2010
Tempat kejadian : Apt Sri Bintang, Sek U5



Cerita bermula....

Tengahari tu seperti biasa rutin hujung minggu kena bersihan sangkar hamster. Ada 3 sangkar semuanya. Salah satu sangkar tu ada ibu hamster bersama 5 ekor anak. Ku keluarkan dorang semua untuk tukar habuk kayu yang baru. Si ibu macam biasa bersiar-siar seketika. Anak-anaknya merah dan belum tumbuh bulu lagi. Tergolek-golek di situ.Lepas sabun, dan keringkan bekas tu, nak masukkan balik dorang dlm sangkar. Ehhh...!! mana si ibu? cari punya cari tak jumpa..Ah sudah...mana pulak pegi ni. Sebelum ni yang jantan pernah hilang tapi boleh balik sendiri.

Tetiba terdengar bunyi sesuatu yang pelik di yard (ruang sidai kain di sebelah dapur rumah apt). si ibu hamster berada DI DALAM LUBANG.. lubang tersebut mengalirkan air dari singki terus ke main hole...Ya Allah...macam mana ni..Ku kuis-kuis dengan batang penyapu dengan harapan si ibu hamster dapat panjat batang penyapu tu. Tapi hampa...aku dah nak menangis ni. ku panggil-panggil suruh jugak dia panjat (macam dia paham je cakap aku) tapi dia tak reti..bulunya dah lenjun & kotor gila babun kena air limbah.

Lepas tu si ibu dah tak nampak bayangnya lagi...dia dah masuk ke dalam lagi...inilah rupa lubang yard tu...tak tercapai dek tanganku..dalam gila..


Cuba bayangkan macam mana keadaan dia kat dalam lubang ni...busuk pulak tu.

Dan aku mula pasrah. Memang tak akan selamat dia dalam tu. Macam mana nak survive??
Kesian kat anak-anak yang masih merah sebesar jari kelingking dan belum tahu makan sendiri. Tergolek-golek kelaparan mencari susu ibu. Sedih giler beb...boleh ke budak-budak ni survive?
Jawapannya tak boleh.

Malam tu tak boleh tido terkenangkan si ibu tadi dan anak-anaknya yang kelaparan. Ku intai-intai juga dalam lubang tu kot-kot si ibu masih ada..tapi takde pun..si anak makin lemah...

Esok pagi, sebelum pegi keje, sekor mati....tinggal 4. itu pun belum tau sampai bila hayat dorang. Ku intai lagi lubang tu, takde bayang si sibu....hampa..... :'(

Tengahari aku balik rumah kejap untuk lunch. Hati tergerak nak intai lubang tu....Subhanallah..si ibu masih ada di situ. Ku panggil-panggil dia supaya dia tak masuk ke dalam..sambil tu kepala aku ligat berfikir camne nak naikkan si ibu ni???? aduhhh...masalah betul...itu la, suka sangat jalan merata-rata..kan dah masuk lubang..tapi salah aku jugak la kan sebab biarkan dia terlepas.

Yess..idea dah datang....ku ambil kayu, tali, senduk, lampu suluh....dan ini yang aku buat....


Ikat senduk kat batang mop.....hihihi..bergeliga tak otak den ???




Apa ni ?? macam momok pulak.....itulah...tak reti duk diam-diam (kesian kat hang )



Baru lepas mandi dan syampo...menggigil sejukkkkk...memang kesiannnn...




Akhirnya...ibu dan anak bersatu kembali...fuhh lega dan gembira sungguh hati ini :D



Berakhir sudah misi menyelamat ibu hamster...alhamdulillah...masih berpeluang lagi si anak untuk membesar....

Aku happy :D

5 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah selamat...sian kat anak dia yg mati tu :(

    kene lebih berhati-hati lepas ni yerk ;)

    BalasPadam
  2. ok..lepas ni tak biar dia merayap jauh2 dah :)

    now anak-anak ibu dh besar. si ibu garang sungguh sejak kejadian tu.. bila campur balik ngan laki dia, habis diterajang, digigit sampai luka berdarah. kesian betul lakinya...

    dan sekarang dibiarkan sorang2 dlm sangkar tu jadi kera sumbang. hihi

    BalasPadam
  3. lega sgt mak die slamat..tp still rase sedih ckit sbb anak die mati...xpela,yg penting da berusahe kan...

    BalasPadam
  4. itulah..keadaan dh lemah sgt sebab dekat 1hari tak menyusu...ada sekor anaknya sebelah kaki terputus masa lahir.mungkin ibunya tertarik kuat sangat.sekarang masih hidup dan sihat :)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama5/6/12 2:34 PTG

    kalaulah saya punya hamster jatoh dlm lubang tu bukan menangis melalak

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~