Khamis, Disember 15, 2011

Yang Berganti Asyik Hilang

Assalamualaikum...

Minggu lepas baru update pasal LoqLaq. Baru nak seronok ceita pasal keletah dia, pasal kenakalan dia, pasal kebaikan dia. Tup-tup sekarang ni, dah dekat seminggu tak nampak batang hidung dia. Kita ni belikan la makanan sedap-sedap untuk dia. Tapi dia takde pulak. Huuu....sedihnya...mana la dia pegi.

Balik keje saje goncang kunci, ketuk pintu grill kuat-kuat, dengan harapan si kecik tu dengar dari jauh. Tapi hampa...mak gendut ni pulak yang datang dengan lenggang lenggok mak limah.

Betul kata orang, kalau sayang tak boleh terlalu sayang. Mungkin sebab terlalu sayang, Senget, Kecik Kepochi, LoqLaq dan yang lain-lain tak balik-balik sampai sekarang.

Sekarang ni sayang berpada-pada jelah pada mana yang tinggal. Mak gendut, si mulut rabit, mak itam & anak-anak. Maaf sebab takde nama yang spesifik untuk mereka. Biasa panggil "meaww.." je, datang lah dorang...

Isnin, Disember 05, 2011

Yang Hilang Pasti Akan Berganti

Assalamualaikum....

Dah lama tak bersiaran. Sejak Senget hilang blog ni pun terbiar sepi. Apa boleh buat, yang pergi tetap akan pergi. Yang tinggal dan baru datang akan sentiasa dialu-alukan. Sejak Senget hilang, ada la beberapa ekor kucing lain yang tinggal. Tapi beri makan kat luar rumah aje.

Ni la antara yang masih ada kat sini. Macam biasa, pagi-pagi sebelum pegi keje,bagi makan kat dorang ni dulu.



Ni kucing jantan. Mulut dia kat bahagian bawah macam rabit skit. Selalu jumpa kat rumah sampah cari makan. Selalu nampak kucing lain datang makan kat rumah aku, dia pun tumpang sekaki. Tak tau nak bagi nama apa...Makan nak,bila nak dipegang taknak. Terus lari....sombong...


Ni kucing betina. Pun taktau nak bagi nama apa. Tengok perut dia, makin bulat. Tapi bukan sebab bunting. Sebab makan banyak...sama la macam aku ni..hehehe...kat badan dia dulu ada luka macam kena air panas, nak letak ubat tak boleh, nak pegang je dia lari...


Dulu Senget suka kat minah ni. Tapi tak dilayan...hampa perasaan Senget..huhuhu

Ni pulak kucing jantan. Jumpa dia sehari tu je...manja,bila panggil terus datang. Tu yang ambik gambar. Bagi makan, dia makan sikit je..agaknya kucing orang bela. Esoknya langsung tak nampak kelibat dia lagi..Muka macam kucing Jepun kan...hehe,perasan je..

Si minah gendut ni memang jadi buruan ramai kucing jantan yang lain.


Lipan yang baru dibunuh.


Inilah dia penyelamat aku. Buah hati pengarang jantung aku. Datang tak diundang. Pagi nak keluar pegi keje. Buka pintu nampak dia. Terus dia menyerbu masuk rumah. Kelaparan....rasanya budak ni muncul sebelum raya haji lepas. Tengok muka dia, muka suka menyakat orang...kakak aku suh letak nama dia LoqLaq sebab dia suka menyakat...ok ke....

Tengok tu, suka benor nyakat mak itam...mak itam nak makan pun tak senang. nasib baik la mak itam cool masa ni. Kadang tu kena sembur jugak budak kecik ni dengan mak itam.




Kuss semangat...taktau la lipan ni datang dari mana. Tengok budak kecik ni celah kotak duk terkuis-kuis..aku ingatkan lipas ke cicak ke...tup-tup lipan yang keluar. Budak kecik ni boleh buat main lagi. ..Ishh...terima kasih la budak kecik sebab selamatkan penghuni dalam rumah ni. Kalau tak mesti ada yang kena sengat lipan. Esoknya bagi dia makan sedap-sedap....



Ini la mak itam yang pandai masuk ikut dapur. Mula-mula datang curi-curi makan. Pastu dah jadi manja. Dia ada anak kecik sebab tengok nenen dia basah macam anak baru lepas menyusu. Masih maintain jelita mak itam ni...

Selasa, September 27, 2011

Ibu Singa Yang Hebat!

Petikan berita dari Harian Metro 27/9/11













Tak salah kalau aku katakan binatang lebih mulia dari manusia.


Khamis, September 08, 2011

Hari Sedih & Duka

Sedih dengan tragedi hotel neraka petknode
Simpati dengan tuan empunya kucing yang mati & kebuluran

Rindu dengan Si Senget..hanya dia yang aku harap akan muncul menyambut aku pulang dari kampung hari Isnin lepas. Tapi hampa...hingga hari ini Senget tak muncul-muncul.

Aku cuba cari sekitar rumah, bayang pun tak jumpa....apalah agaknya nasib Senget.


Sedih sangat...takde mood nak taip panjang-panjang....

Isnin, Ogos 22, 2011

Biskut Raya & Abg Oyen



Kechik : Kak! hari ni kita nak buat apa ek. Kechik bosan la..asyik makan tido makan tido je...
Kakak citi : Yeke...kalau macam tu meh tolong kakak buat biskut raya nak?

Kechik : Ok, set....!


Kakak citi : Mula-mula kita kacau gula sama mentega sampai kembang...

Kechik : Oooooo...lepas tu??


Kakak citi : Kita kacau dan kacau lagi...

Kechik : Aduh..pening pale Kechik tengok kakak putar-putar...


Kakak citi : Lepas dah campur semua bahan-bahan..kita sudukan atas dulang camni...

Kechik : Abg Oyen salin resepi ni ek...

Oyen : Apa pulak....aku tau makan je...


Pakcik Senget : Lambat lagi ke nak siap kak oi...


Kechik : Huuu...ngantuk dah tunggu kakak buat biskut ni..


Kakak citi : Tadaaa...dah nak siap ni..jom kita bakor...



Lepas bakor boleh la susun dalam balang.


Haaa....abg Oyen dah terbungkang tidor.

Oyen ni pendatang baru. Selang berapa hari Kechik datang. Muncul pulak si Oyen ni. Jumpa dia kat tempat parking motor kat rumah. Panggil sekali je terus dia datang. Manja pulak tu. Selamba terus masuk rumah. Senget & Kechik pelik je tengok mamat ni. Oyen ni memang selamba, alhamdulillah tak gaduh dengan yang lain-lain. Dia buat hal sendiri je. Telinga berkurap sikit, tapi dah letak minyak gamat, kurap dah tertanggal.

Selain Senget, Gebu, Kechik, Oyen..ada banyak lagi kucing terbiar kat luar rumah. Yang peliknya, sejak akhir-akhir ni makin bertambah pulak kucing kat sini. Lepas sekor-sekor yang muncul. Cuma yang lain-lain tu agak liar dan takut bila kita nak pegang. Ada juga ambik gambar diaekor. Tu pun curi-curi amik dari celah pintu masa diaekor tengah makan. Haha..penakot...tapi makanan kat luar tu cepat je habis. Alhamdulillah ada lagi rezeki untuk diaekor. Mudah-mudahan rezeki ku juga takkan putus sampai bila-bila...alhamdulillah...





Rabu, Ogos 17, 2011

Siapa Ayah Kechik?



Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran kepada semua kawan-kawan kakak. Hari ni kakak bz buat kuih raya.
Sementara kakak tengah bz tu Kechik teringat sesuatu la....

Ermm...siapa la agaknya bapak sebenar Kechik??? Pening Kechik pikir..


Takkan pakcik Senget kot...



Pakcik Senget hitam berkilat....


Haa...Pakcik Gebu kot.....



Psstt...Pakcik Gebu..ooo Pakcik Gebu..Pakcik ni bapak saya ke??


Eksekius me! Pakcik teruna lagi tau!......



*&%$#@&^(*^%((*(@#$%^&*.........



Rabu, Ogos 10, 2011

Kechik Kepochi




Assalamualaikum....

Memperkenalkan pendatang baru kat rumah saya....

KECHIK KEPOCHI!!!!

Tadaaaaa.....!!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Si Kechik ni pun sama nasib dengan Pakcik Senget & Pakcik Gebu.
Hidup bergelandangan kat luar.

Pakcik berdua ekor pun tak kisah Kechik join da club dalam rumah ni.
Takkan dengan budak kecik pun nak gadoh kan...




Sabtu, Julai 16, 2011

Entry Tidak bertajuk

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya taktau nak letak tajuk apa untuk entry ni. Tengok koleksi gambar budak 2 ekor ni terus upload jelah.


Dulu Gebu memerap je dalam rumah.
Makan tido makan tido.
Kalau nak tengok dia keluar pun semata-mata nak poo/pee je.
Lepas poo/pee cepat-cepat dia masuk balik dalam rumah.
Kadang-kadang sesaje lepas dia kat luar pun kejap je, tak sampai 5minit terus lari masuk rumah.
Macam kat luar tu ada momok nak makan dia.
Bulu pun bersih cantik & gebu.


Tapi itu dulu, sekarang ni sangat banyak bezanya.
Entah apa lah anasir-anasir luar yang dah berjaya menggugat kejantanan Gebu tu.
Langsung tak lekat di rumah. Kadang-kadang sampai 2hari tak balik.
Kita ni yang risau, entah sihat ke tak. Entah dah makan ke belum.
Takut kena pukul dengan orang ke apa.
Kalau balik pun semata-mata untuk makan/minum je.
Lepas makan dalam 5min terus menonong keluar balik.
Kadang tu saje tutup semua pintu taknak bagi dia keluar.
Mula la menjerit mintak keluar. Kejap ke pintu depan, kejap ke pintu dapur.
Suara dah la halus macam kucing pompuan. Bulu pun dah kusut,gugur,comot.
Ish..ish...ish...anak sapa la ni.


Ni baru lepas makan. Pujuk-pujuk dia jangan kuar. Pok pok dia kejap pastu tertido. Memula tido atas tikar. Tak perasan bila masa dia naik atas bantal ni. Bertuah sungguh, lawan tokey nampak.




Sian Abg Senget tido kat bawah.
"Senget tak kisah, janji ada tempat berteduh"




Nyenyak nya dorang ni tido.


"Ya Allah..lindungilah mereka walau di mana mereka berada. Jauhi mereka dari sebarang bahaya. Murahkan lah rezeki mereka. Juga untuk kucing-kucing terbiar di luar sana."


Rabu, Julai 13, 2011

Senget Kembali



Assalamualaikum..

Senget in da house!!


Syhhh...budak senget tengah tido...sambil mulut ternganga, sampai terkeluar taring tumpulnya..



Syhhhh...budak senget tengah tido...tido nya mesti beralas. Alas pakai beg pun boleh.




Syhhh....budak senget tengah tido...lepas makan perut kenyang..mimpi apa la agaknya tu..lena sungguh...



Aikkkk.....ingatkan tengah tido...tapi mata sebelah terbuka...Pandai senget cengkelat ye...



Ohoooo....dah, bangun senget! Kamu tak boleh tido dalam rumah sampai esok pagi. Tido kejap-kejap je boleh. Esok pagi bagi salam,tunggu depan pintu macam biasa ya...Nunite~~




Selasa, Julai 12, 2011

Ada Apa Di Belakang Gebu



Assalamualaikum..

Gebu in da house!!!

Ce tengok......ce tengok..... corak kat belakang Gebu ni. Bentuk apa ya?


Mengkarung kah......



Cicak tokek kah.....



Biawak kah........



Ce mengkome bagitau..Awok pun taktau le ape bende coraknye tu....

Isnin, Julai 11, 2011

Tidur Berirama





Aku suka ambik gambar budak 2 ekor ni waktu diaekor tengah tido. Nampak tenang je muka masing-masing. Aku rasa macam nak join tido sama. Hmmmm...


Sebenarnya Gebu & Senget tak boleh dekat-dekat. Kang ada yang menyembur...Kalau nak tengok diaekor ni duk dekat-dekat time tido jelah. Masa tu kan memasing dah sampai ke alam lain. Bom meletup kat sebelah pun tak sedar gamaknya. ~Ceh..nampak benor nipu nye... Ehehehe....














Ni gaya apa? Gaya siap sedia nak bukak langkah silat...

Senget : Kau undur lagi seinci aku sepak ngn kekuda laut aku !
Gebu : Diamlah kau Senget! nak tido pun tak senang...

Sabtu, Jun 25, 2011

Laksa - Resepi ikut suka...



Hari ni projek buat laksa la pulak. Tekak teman ni teringin benor ngan laksa. Malam tadi dah siap plan, esok pagi bangun awei nak pegi kedai beli ikan. Kalau lambat nanti ikan habis. So pukul 8.20 dah terpacak kat kedai.

Sampai je rumah terus sinsing lengan untuk sesi mengecah dapur. Tengah siang ikan..tup-tup teringat...Allah!!! Asam keping & bunga kantan tak beli. Ape keheyy nye teman ni. Lupe bebenor...Udah nak buat laksa kene le ade bunga kantannye yong!!... nak taknak teman pun keluor le balik ke kedai....


Ni ha udoh nak siap...tunggu laksa tengah rebus. Kuah tengah menggelegak.


Udoh siap potong-potong sayur-sayur semua ni. Moh le kite makang....



Pukul 11.30pagi dah siap..Pakej ni...bfast + lunch + dinner...
Makan sampai lebam la kamu yong~~

Publish Post











Ahad, Jun 19, 2011

Baking Membaking

Assalamualaikum...
Hallu..hallu..selamat pagi..

Kali ni taknak cerita pasal Senget & Gebu. Masing-masing dah besar panjang & buat hal sendiri. Lepas makan je terus menghilang pergi merambu/merewang dan sebagainya. Maklum la, anak jantan kan.....~~




Awal bulan hari tu beli oven. So, semangat nak guna oven baru mestilah berkobar-kobar kan. Dalam kepala duk fikir nak masak itu, nak masak ini. Yang paling teruja mesti la nak buat kek. Yelah..sebelum ni buka internet asyik tengok resepi kek je. Memang teringin sangat nak buat kek. Tapi nak bakar atas apa. Takkan nak bakar atas dapur gas pulak kan. So sambar la sebiji oven ni...~~


Resepi pertama yang merasmikan oven baru ni ialah KEK COKLAT.
Tadaaa.....ni la ghopenye bila dah siap untuk dimakan. Yang menariknya kek ini tidak memerlukan marjerin/mentega. Hanya guna minyak je =) so, takde la lenguh sangat tangan aku nak pukul marjerin/mentega sampai kembang. Ok la kan untuk percubaan yang pertama. Boleh dimakan, perut pun tak sakit. Ini membuktikan tiada keracunan makanan berlaku selepas itu =)



Link untuk resepinya ada di sini. Selamat mencuba =)




Resepi yang kedua pulak ialah Ciskek (cheese kek). Resepinya pun mudah tapi agak sukar bagi aku yang pakai mixer manual (tangan)sampai naik muscle mak kat lengan ni tau.. Sebab, apabila cheese & krim tidak cukup kembang maka hasilnya juga kurang memuaskan seperti gambar di bawah. Walaupun rupa amat kurang sempurna tetapi rasanya ok juga. Tiada tanda-tanda sakit perut selepas memakan kek ini. Ini membuktikan tiada keracunan makanan berlaku di situ. Dan akibat membakar sambil leka menonton tv, anda perlu terima kenyataan bahawa kek anda telah hangus sedikit. Kuang..kuang..kuang..


Link untuk resepinya ada di sini. Selamat mencuba =)


Akhir sekali, inilah kek yang baru keluar dari oven malam tadi. Selak-selak buku resepi zaman sekolah dulu. Jumpa la resepi kek marble ni. Yang ni memang sangat mudah & ringkas. Teksturnya gebu & lembab. Tapi belangnya tak berapa nak menjadi la pulak. Aiyakk....potong markah!


Resepinya ada lah seperti berikut :

150gm tepung bluekey/tpg naik sendiri
150gm gula kastor
150gm mentega/marjerin
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
pewarna -coklat, merah/hijau/oren (terpulang pada belang kaler apa yang anda suka.nak corak kuda belang pun boleh juga)


Cara-caranya :

*Panaskan oven suhu 170'

1. Putar mentega & gula hingga kembang - i pakai tangan je..lenguh tangan mak...
2. Masukkan telur satu persatu - pukul lagi sampai sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit -kacau sebati
4. Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan dicampurkan dengan pewarna ikut citarasa memasing.
5. Tuang dalam loyang yang telah disapu mentega.
6. Kacau dengan hujung sudu dengan gerakan memutar untuk mendapatkan belang yang cantik.
7. Bakar dengan suhu 170' dalam masa 40 - 45 min.

Selamat mencuba =)



Inilah 2 ekor model oven yang baru dibeli tu.
Model tak berbayar...camne nak bayor..asyik membuto yo...~~~