Khamis, Julai 29, 2010

Tag mengetag

1st time aku di tag.....mula2 blurr...apa la yg org selalu tag-tag ni...bila dh kena...oooooo mcm ni...hehhehe

bermula dari meowwmania lepas tu berjangkit ke marilyn.....

syarat 1: mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda.
ok..CERITA KITA...awalan huruf C for cekodok.

syarat 2: jawapan tak boleh ulang
kalau di ulang ada denda x? in case klu pale otak dh jam :))

on your mark


get set


BLOG!

1. Nama anda
Cik siti....wah, jawapan yg amat memberangsangkan...sesuwai gitew..keh3...

2. Perkataan 4 huruf
Cair.....coklat M&M cair di mulut tidak di tangan :p

3.Nama budak lelaki
Cu dolah...tapi skg dia bkn budak lagi.

4. Nama budak perempuan
Cu ijah...yg ni pun bukan budak lagi...

5. Pekerjaan
Clerk di sebuah kompeni yg ala2 hidup segan mati tamau...huaaa..aku nk cari keje lain..

6. Warna
Cyan * err..kaler cyan ni seakan-akan biru kan...

7. Sesuatu yang anda pakai
Celak.....kussss semangat..jenuh aku nk cari jawapan ni.

8. Makanan
Cekodok pisang..makan panas2 time hari hujan, kena plk ngn teh o panas..perghhh...

9. Sesuatu yang boleh dijumpai ditandas
Chemical......bahan chemical ni byk dlm syampo,sabun,ubat gigi..hohoh..

10. Tempat
China....jgn tertipu dgn barangan made in china ni....

11. Alasan bila lewat
Cirit-birit *sambil buat muka nak tahan cirit

12. Sesuatu yang anda jeritkan
Chit podah !!

13. Tajuk film
Cuci....ini pun made by afdlin shauki...keh3...

14. Minuman
Cendol pulut....erghh..sedap dinikmati di kala cuaca panas

15. Kumpulan music
Chemical romance.....'when i was a young boy..lallalla'

16. Haiwan
Cicak, cengkenit, cipanzi, chipmunk, cat, cirafah,cuda,cambing,cerbau...mueheheh

17. Nama jalan
Cecawi..kat kota damancara ada nama Jalan Cecawi...hihi

18. Nama jenis Kereta
Celisa ku sayang......huruf C tu asalnya huruf K...boleee...huhu

19. Nama yang bakal dtag


sekian....



Rabu, Julai 28, 2010

Caca marba

Assalamualaikum...entri ringkas untuk hari ini...


Ini sayur mayur untuk piq-piq....tuan piq-piq kalau makan sayur mayur ni hari2 gerenti boleh jadi model antarabangsa keh keh keh...


Lihatlah kemesraan senget dan adik angkat. Mampos aku kalau housemate tau ku bawa masuk kucing lagi dalam umah..huhu


Si senget sudah terpensan....si adik muka ala2 alim kucing..


Pagi ini di ofis..terperanjat bewak aku ngn 2 ekor haiwan ni duk dalam sink.


Close up skit....ya ampunnn..dengan cicak memang geli bangett donkey. Apa korang buat dalam sink tu ha? kot ye pun nak berasmaradan atas siling sudah....




Last sekali..vidiyo budak hyperaktif di sini.



sekian..wabillah taufik wal hidayah..wassalamualaikum wbt....

Isnin, Julai 26, 2010

Bila JIN dah keluar

Bila sampai waktunya...setiap masa rasa nak mengunyah. bila waktu itu takde, nak makan apa pun xde selera...hari ni ntah jin apa yg keluar...rasa nak makan je...perut dah penuh ni. tapi rasa nak makan lagi..

MENU PAGI : Nasi Kerabu + solok lada + milo

MENU TENGAHARI : Pasembur + Mee




IRINGAN : Corntoz + saleted cashew nuts by tong garden



MENU PETANG DAN MALAM.....belum difikirkan lagi (ikut apa kata JIN nanti)

itulah dia bila JIN LAPAR cik siti keluar. asyik nak mentekedarah. malam karang taktau la apa pulak yg dia nak bedal...

oops...terlebih sudah...

Ahad, Julai 25, 2010

Esok hari ISNIN, hari SELASA cuti semula

ya ampunn...cepat benar masa berlalu. cuti 2 hari pun tak terasa. tup2 esok dh senin. cuba kita tukar waktu bekerja cenggini, keje seminggu,cuti seminggu dan begitulah seterusnya..bole??? mau kene pelangkung...kauingatopistubapakauyangpunya.....

Esok hari isnin, lepas tu selasa..wah, selasa 27/7/10. ku ada appointment med checkup utk ke sekian kalinya...ntah bila nak abis checkup ni ntah...checkup tak lama mana. tapi nak minta MC...kehkehkeh...mujur Dr Fadzilah baik..siap tanya.."awk nak MC ke" eh, mestilah nak..lagi ditanya pula...yg membuatkan masa diambil terlalu lama, masa nak cari parking,kalau dtg lambat tpaksa double park,masa menunggu..menunggu utk daftar, menunggu utk rawatan, menunggu untuk mengambil ubat...itulah hospital kerajaan...berbaloi dengan kos ubat-ubatannya. terima kasih pada pihak kerajaan untuk kos rawatan yg murah ini (jabatan lain no komen,mungkin ada terlebih dan terkurang)

harap2 lepas ni tak perlu ke sana semula...

Khamis, Julai 22, 2010

Dia buat hal lagi

Terbakar hati aku bila balik lunch hour tadi. senget dan adik2 kecik mengejar aku dan mengiau dengan sangat kuat...lapar macam sehari tak makan. Bila sampai depan pintu rumah. Ini yang aku nampak...patut la budak2 ni lapar sangat.


Hancur,sedih hati aku tengok biskut ni kembang dalam pinggan. Hampir menitis air mata. Sedangkan pagi tadi aku baru je refill biskut tu. Siapa yang tergamak buat macam ni??? SIAPA? KENAPA??? apa salah aku? apa salah kucing2 tu? aku tak kotorkan simen tu..aku akan sapu mana2 biskut atau biji nasi yg tumpah ke simen tu. aku tak menghalang laluan orang. pinggan tu masih berada dalam kawasan rumah aku.

Ini adalah kali ke-2 'org tu' siram air dalam pinggan kucing ni. Apa pendapat dan pandangan korang?? apa motif dia buat macam tu?? aku tak mintak duit kt org untuk bagi makan kt kucing2 ni. kenapa perlu nak khianat dan aniaya kami macam ni?? Nasihat seorang insan yg rapat dengan aku "awk kena fhm, skrg ada org di situ tak suka kt awk dalam diam..so hati2 dan beringat lah ya..cuba tak payah bagi selama seminggu utk meredakan keadaan."

Kalau tak diberi makan, apa yg budak2 kecik tu nak makan? usianya masih menyusu.sudah la ibu tak dibuang bersama. dibiar merempat tanpa makanan.malang sungguh nasib kamu. Sabar la hati......

Nasi banjir, manusia khianat

Ini bukan bubur nasi, bukan juga kuah sup banjir.



Tapi ini nasi kucing yg ku tinggal selepas lunch hour tengahari semalam utk kucing2 di luar rumah. Ada tangan2 jahat yg curah air minum kucing dalam pinggan ni. Dengki khianat punya manusia. Ya, mungkin dalam pinggan nasi tu ada semut. Kenapa tidak dikuis saja semut2 tu. Mungkin ini perbuatan budak2 yg tidak cukup akal lagi.Salah ibu bapanya yg kurang menerapkan nilai2 murni dlm diri anak2.Aku takmau tuduh sesiapa lagipun tiada bukti. Kalau ku nampak sapa yg buat, akan ku sembur cukup2. Sebak hati aku tengok nasi banjir camtu. Si senget dan adik2 mesti kelaparan......tapi mereka langsung tidak merungut.Hanya aku saja yg membebel dalam hati..

" orang yang ingin membuat kebaikan akan sentiasa diuji "

Rabu, Julai 21, 2010

Parrot bagi salam

Video diambil beberapa tahun yg lepas di taman pertanian bukit cahaya seri alam, shah alam..tiap kali pegi sana mesti cik siti melawat burung ni...

sekarang dah jarang dapat pegi sana sebab sibuk dengan keje.



Bunyi unik piq-piq



Piq2 ni cik siti letak dalam sangkar di dapur.
salah sekor penyambut selain si senget bila cik siti balik keje.
kalau cik siti buka lampu dapur dia dah start bunyik.
bertambah kuat bunyik dia bila cik siti buka pintu peti ais..macam tau2 je cik siti nak amik salad/karot bagi dia makan.
salad fav dia yg 1st...waktu ni tengah bodek mintak salad la tu...

Hujan lebat, wet food syedap


Tepat 5.30 petang semalam. Jam punchcard pun berbunyi. Disertakan hujan lebat,angin, petir dan kilat. Seram betul. Air hujan tempias hingga ke kaki lima bangunan ofis. Duk berkira-kira nak lari masuk kete atau naik lepak dulu kt ofis..malas pulak nak naik, lari2 anak masuk dalam kete..abisss, basah...

Jalan dah kelabu asap dengan hujan lebat..semua driver pasang lampu terang.termasuk cik siti..ditambah dengan masalah kerabunan tahap tak berapa serius. Sejak beberapa hari lalu, dh berjanji dengan diri sendiri nak belanja wet food kat anak2 angkat di rumah. Tapi time hujan2 lebat ni la kau teringat nak beli. time cuaca cerah sempurna kau tak teringat pulak nak beli. tapi cik siti selalu ikut kata hati...DEGIL,kena sambar petir tau la...singgah pasar mini SAVE MORE...(takde la save sgt pun, harga biasa2 je)... masuk kete dan abissss..lenjun dah (takpe,dh nk balik umh pun,nampak selekeh xde hal).....di luar petir dan kilat saling bersahutan.

Sampai di rumah, si senget menyambut. Ya Rabbi, tengah hujan lebat tu dia boleh duduk bawah kete, nape tak lari berteduh bawah apt ni?? Bila nampak cik siti baru dia lari kuar dari bawah kete tu. Hujan lebat pun diredah...kamu memang setia la senget.. ku geleng2 kepala...cik siti terharu nih..sob..sob..dah berapa lama kamu duduk berteduh bawah kete tu ye...dengan hujan,angin,tempias...kesian kt kamu ye senget...xpe, cik siti bagi makan sedap2 malam karang ek..

Malamnya....mari kita makan....yang ni untuk senget dan adik2 ye...

Sedap betul bau..mcm sardin cap ayam je....

sangat teruja dengan bauan ikan sampai paket kosong dalam bakul sampah ditarik keluar.

Baca doa makan dulu ....

OK....bon appetite (dlm bhs perancis)...dalam bahasa melayu (selamat melantak) muhehehe...

Menu cik siti pulak pada malam tu ialah sandwich telur + baked bean aje.... pun sedap juga...

Burp..alhamdulillah......

Pagi tadi, pinggan tersebut licin berkilat...

Isnin, Julai 19, 2010

Hari ni cik siti sentap !

Salam, camat pagi...

Mood cik siti pagi2 ni tak berapa baik. Marah,sayu,sedih,kesian sume ada...arghh..susah btl nk jaga hati semua org. Alkisahnya....

Petang semalam cik siti balik keje kul 4 ptg (cik siti buat keje part time). Datang la si senget ngn adik2 angkat. Mcm biasa cik siti bg makan,then biar dorang main kejar2, meneroka umah cik siti.wahh..serondoknye kamu semua dapat main ye. cik siti pun join sekali lah..ambil lidi penyapu,ikat kertas kecik kt hujung lidi lepas tu gerak-gerakkan lidi tu bg adik2 kejar..(korang pun mesti penah buat mcm ni kan) si senget tengok je..dia nk join jugak tapi mcm malu-malu kucing je..maklum la dah tua..satgi kena gelak plk ngn adik2.. :D dan seorang housemate cik siti pun dtg join main ngn budak2 ni jgk. Geram tgk kelincahan mereka bermain.

Lepas main, mata masing2 dh layu, ditambah dgn hari hujan. si senget amik port kt dapur. 3 beradik kenit tido kt almari kecik...hmm, nikmat btl tido hujan2 ni kan...sampai bertukar2 posisi kamu bertiga ni tido..


Lenanya 3 beradik ni tido

Sampai bontot jatuh ke lantai

Tukar posisi pulak.....

Si senget suka tido kt dapur dan mesti beralas, tak kira ats tikar,ats kain buruk,ats paper..yelah,lantai kan sejuk..tak bagus tuk kesihatan..


Lebih kurang pukul 7.00ptg, sorang lagi housemate cik siti balik keje. dia nampak kucing2 yg tgh tido ni " eee....ada kucing..." oklah, cik siti igt dia x kisah kucing tumpang tido sekejap. bkn cik siti nk bela terus dlm umah ni..menjelang senja, semua kucing cik siti keluarkan..tak boleh tido dalam rumah la..

Malamnya...(huk..huk..sedih) cik siti buat nasi goreng. panggil semua housemate. yg sorang lagi tu buat bodo je cik siti panggil makan...xpelah, kami makan berdua jelah...masa tgh makan tu lah housemate yg sorang ni bgtau,

"Siti, markonah (bkn nama sebenar) bgtau aku, dia tak suka ko bw masuk kucing dalam rumah. dr dulu lagi dia tak berapa suka ngn kucing ni , tu dia merajuk xnk makan, kuar bilik...ko jgn la terase plk..aku just tolong bgtau je..lg 1 psl tahi pig-pig ni.dia tak suka bau tu..kurang menyenangkan (lebih kurang camtu la bunyinya)" yg sorang ni nampak cam serba salah nk bgtau..cik siti faham situasi dia..

mula-mula terkedu dan terkesima gak la..pastu cik siti jawab " yeke..ermm, xpelah..x terasa lah.." padahal lam ati memang aku terasa!! waa..hipokrit btl aku..isk..isk..kesian kamu wahai kucing dan pig-pig yg tak berdosa..org tak suka kamu nk buat camane ... tunggulah aku ada rumah sendiri nanti !!

Malam tu jugak cik siti text ruby " b, ko nk bela tak piq-piq aku ni.aku dh x bole bela sbb housemate ku tak suka, yelah ngn bau dia tu...susah la ngn housemate tak sebulu ni.."
Diringkaskan......ruby reply "xpelah, bila ko senang nanti ko bw pig-pig tu bg aku, umah ko ngn aku pun bkn jauh sgt..nanti boleh dtg lawat joy & pig-pig..kalau ko mampu nk byr sewa umh tu sorang2 just let them go.." tp memang aku x mampu nk byr sewa umh tu sensorang..thanks ruby..sayang ko..

Pagi ini, monyok je..bila tengok muka budak2 kecik ni rasa pilu je..apa salah mereka org tak suka..pembawa penyakit? cik siti ada sinus, doc penah advice tak digalakkan bela binatang yg berbulu dlm rumah. Tapi cik siti bela gak..alhamdulillah kesihatan skrg takde masalah..masa akn datang walla hu 'alam...hingga sekarang cik siti masih sentap lagi !

Susah kan nak puaskan hati semua orang.


Ahad, Julai 18, 2010

Tido pun kepala senget



Si senget ni a.k.a penyambut tetamu time aku balik keje. Lepas makan malam tadi, (sekarang dah pandai,nak makan pun suh cik siti tengok/temankan).

Lepas makan dijilat2 bulunya..cik siti tengok tv pulak. Mata dah layu, cik siti lupa si senget masih di dapur. Bila nk off lampu ternampak si senget ni enak dibuai mimpi. Alahai...muka kamu ni memang la sangat innocent. Tak sampai hati nak kejutkan..snap-snap la dulu.

Nyenyak nya si senget tido. Tapi kaki dan tangan tergedik2..mimpi apa agaknya tu.

Tido pun kepala senget gak. Sayu hati ku tengok gambar ni..Takpe,bagi kamu peluang tido sekejap dlm rumah ye.

Tak sampai 5min bunyi sms masuk. si senget terjaga & terus melompat bangun disertakan dengan ngiauannya yang nyaring..alololo...shorry la senget buat kamu terjaga. Ku gosok2 kepala dia " kamu x boleh la tido dalam rumah, kena tido kt luar ye, esok pagi datang lagi tau" dan si senget menjawab " meaww..meaww..". ku buka pintu dan senget berjalan keluar...

Celamat malam senget !!

Jumaat, Julai 16, 2010

Si kepala senget dah pulang dan gambar terbaru piq-piq

Assalamualaikum & selamat pagi..

Lega betul hati ni bila balik keje malam tadi.....dengar ngiauan si kepala senget yang lantang tu.
Ntah mana dia lepak sebelum ni. Haishh...risau teman dibuatnya..kemana la kamu pegi lepak semalam ha?? risau teman kamu tau dak..."miaw..miaw..." si kepala senget jawab. Ini bermakna 1 hari 1 malam si kepala senget takde depan mata aku.

Intai-intai juga bawah tangga...budak2 tu pun takde...si kepala senget dah tunggu kat dalam rumah..nampak kebulur tahap gaban giler. makan macam tak cukup nafas. bukan dikunyah,terus ditelan..pelan-pelan la yang..nanti kamu sakit batu karang sebab takut makanan yg kamu telan tak hadam, boleh menyebabkan batu karang. (teringat sekor kucing yg pernah dibedah sebab ada penyakit yang sama). kucing pun ada penyakit batu karang ye....kesian...



Sehari semalam apa yang dia makan? kekadang nampak dia selongkar tong sampah. Dulunya dia ni agak liar, selalu sepahkan sampah kat yard rumahku. Lapar la tu..lepas tu malam2 ku letak makanan dalam pinggan, so dia tak sepahkan sampah lagi. Dia start jinak & manja masa peha nya kena bisul. masa tu memang kurus kering..nak berjalan tak boleh, hanya mampu mengesot.bisul pun dah pecah. sayu hatiku tengok keadaan dia masa tu.. Dah jadi rutin aku sebelum dan selepas kerja, ku bagi makan, sapu luka. Alhamdulillah dia dh boleh berjalan semula. Sampai la sekarang, bila nampak batang hidung aku je dia lari datang kat aku dengan kepala yang senget :) terhibur la juga balik keje ada orang sambut. Hilang letih...:)


Lepak-lepak sebentar dlm rumah cik siti....







Ini pula gambar terbaru piq-piq..semakin besar, badan panjang, perut bulat, makan pun kuat.
Dia makan palet, carrot, salad, kacang panjang, ulam raja dan segala mak nenek sayuran hijau..ala2 vegetarian lah...mintak mahap le, pic lupa nak rotate :P





Bulunya memang cenggitu...serabut...banyak pusarnya...*tau kan apa itu pusar*



Sekian untuk hari ini ~~~


Khamis, Julai 15, 2010

Si kepala senget dan adik2 angkat sudah hilang dan luka dia makin besar

Updated : 16/7/2010

Baru tahu apa penyebab luka pada badan kucing ni . Dari info member ofis, badan kucing tu di simbah air panas oleh tuan kedai makan sebelah ofis ku kerana kucing tu melarikan SEEKOR AYAM...seekor ayam je pun !! bukan dia gigit semua ayam tu. Kau potong la mana yg dia dh gigit tu bagi dia makan. Tak payah nak simbah dia dengan air panas pulak..goblok !!

Assalamualaikum..selamat pagi,

Kembali bersiaran :)

Kali ni entri berkaitan si kepala senget dan adik2 angkatnya. Malam tadi aku balik umah rasa sunyi je.. biasanya si kepala senget akan menyambut ketibaanku dengan ngiauannya yang lantang. Adik2 angkatnya pulak suka main-main bawah tangga tepi rumah aku. Sunyi je..mana si kepala senget, mana adik2 ?? ku cari jugak sekitar blok,bawah kereta, tempat buang sampah. semua takde..kotak untuk adik2 pun kosong dan melepek je..Ishh..mana la dorang ni pegi. Ku tanya housemate, masa balik keje tadi ada nampak tak budak2 tu? dia pun cakap tak nampak. Heran betul...dan standby sepaket priskis baru beli.

Pagi ini, buka kunci grill..bunyi pintu grill pun biasanya akan buat si kepala senget berlari-lari anak dari jauh datang ke rumah aku untuk mintak makan. Tapi...takde jugak..adik2 angkat dia pun takde..Hati rasa semacam dah..Macam2 yang aku fikir..kena langgar ke,tapi xde bangkai pun. orang ambik ke, tapi sapa nak ambik si kepala senget yang comot dan kotor tu..kalau adik2 angkatnya mungkin la kot. Sedih la pulak. dah berbulan2 ku bagi makan, kecuali adik2 angkat tu baru 2 minggu berkenalan..dia pun dah kenal aku, tup2 hilang macam tu je. Mintak2 la dorang selamat walau di mana pun mereka berada. Mintak2 la dorang berjumpa dengan manusia yang penyayang terhadap binatang. Amin...

Entri berkaitan si kepala senget di sini.

Entri berkaitan adik angkat si kepala senget di sini.

Gambar2 kenangan si kepala senget bersama adik2 angkatnya :



Bawah tangga tepi rumahku. Ada orang buang budak2 kecik ni. Pandai pulak letak kotak untuk budak2 tu tido. Jiranku cakap ibunya kucing siam.Mesti cantik..tapi budak2 ni macam kucing biasa je. Mungkin anak2 nya tak cantik.. Si tuan takmau bela...apalah nasib korang..bulu tak cantik kene buang. Nampak si kepala senget tu. Tak puas ati aku bg makan kt budak2 kecik tu dulu..hehe..pandai beralah ye...


"cepat la skit makan, abg pun dh lapar ni.."



sepatutnya ada 4 beradik. yg lagi sekor mana dia pegi ntah.. mula2 jumpe 2 ekor je..dorang ni suka main2 bawah kete. kecut perut aku tengok kete lalu lalang. dah la badan tu kenit...

Malam tadi hingga ke pagi ni, tak jumpe batang hidung dorang....
Hanya gambar kenangan yang tinggal....

Kami tumpang berteduh sebentar ye....


Aikk...ni spesis apa dik?
Ntah la abg, adik pun taktau...


Hamster ku bela...spesis winter pearl..tapi ini bukan yg jatuh lubang itu hari.


Lepas main mata mula lah layu.......hmmm...


Dan terus terlelap.....zzzzzzz......*____*


Cerita di ofis pulak......entri sebelumnya.....

2 hari lepas tak jumpe budak2 ni...pagi ni jumpe balik..tengah main2 kt pokok mangga dengan riangnya. ku panggil2 mencicit lari datang kt aku...eh,kali ni ada kawan baru..hitam warnanya, jantan..badan mokmok...

Mesra alam nampaknya dia ni...


Amboii..selumber betoi hang naik kat seat kete aku na...
x bleh2...makan kat luar sudah...


Yg ni jinak2 merpati...bila dipanggil dia datang..bila nak dipegang dia lari..
xpe..makan2..hari ni cik siti belanja priskis...tengok badan dia..mokmok kann..

Ni yang masalah...hari tu lukanya kecik je. Ni macam dh melarat. Tapi nampak kering dah luka tu..ku tuang minyak gamat panas..kesian dia, pedih lagiii...sampai terbehenti makan sekejap. Dia merengek2 kat aku..pedih la tu..aku gosok2 badan dia..pujuk2 supaya dia sambung makan..ku dukung dia menggelupur pulak, sakit ke takut ntah la...tapi makan laju je.

Tengoklah luka dia..malang betul nasib kamu..kamu jangan la merayap merata2 ,nanti pagi2 cik siti datang boleh sapu ubat hari2 then luka kamu boleh cepat baik oke...


Khamis, Julai 08, 2010

Belas terhadap binatang mengatasi rasa belas terhadap manusia

Sejak dua tiga menjak ni....bila ternampak atau terdengar pasal penganiayaan terhadap binatang hati aku rasa sangat sedih dan geram. Binatang mana ada akal, bukan tau bercakap. Kenapa mesti dipukul dan dianiaya?? Dia cuma tau makan, tidur, main, mengawan. Nabi pun sayangkan kucing.Kalau la kucing pandai bercakap habis laa....(binatang dikurniakan keistimewaan untuk melihat benda ghaib ) pernah dengar pasal ni tapi tak pasti betul ke tidak. Sila rujuk kepada mereka yang lebih arif.

Kadang-kadang perasaan belas terhadap binatang lebih mengatasi perasaan belas terhadap manusia. Salahkah aku berfikiran sebegitu?? kerana manusia sudah tiada nilai kemanusiaan lagi dalam dirinya . Kes buang anak, penderaan kanak-kanak secara seksual, fizikal dan mental..aku tak pernah tengok binatang buang anak sendiri, dera anak sendiri. Semuanya disayang-sayang, dibela sampai besar.

Pagi tadi sampai je ofis, buka pintu kete, budak-budak ni memang akan serbu kat aku mintak makan. Yang ada stok roti je...cubit kecik-kecik bagi depa makan. Terperasan ada luka macam kulit tersiat kat budak ni :


Rasanya luka ni baru lagi. Kulitnya macam dihiris...pedih owh..Tak mungkin sebab bergaduh. Mungkin kena langgar...entah la. Ku sapu minyak gamat panas..mungkin dia rasa pedih skit. Jalan pun senget-senget. Sorry la ye, minyak tu je yang ada dalam kete. Tak kan nak sapu minyak cap kapak pulak kan...


Bagi roti je...tengahari ni nak kuar beli priskis...





Kesian..muka sedih tahan pedih kat luka tu.


Makan banyak-banyak supaya luka cepat sembuh tau.


Dah berani masuk ke ofis...tak boleh la yang..nanti kamu berak bos marah pulak. Lain lah kalau 'baja' kamu tu harum seperti ambi pure.


Sepatutnya 3 beradik...ibunya dan lagi sekor hilang ntah ke mana.
Yang putih ni aku syak tengah bunting. Dulu masa kecik-kecik yang belang ni kurus kering. Bila nak dipegang/dibelai semua lari kecuali ibunya. Bila letak makanan baru la jinak-jinak merpati datang nak makan. Kelakar....

Rabu, Julai 07, 2010

Misi menyelamat ibu hamster



Tarikh kejadian : Mei 2010
Tempat kejadian : Apt Sri Bintang, Sek U5



Cerita bermula....

Tengahari tu seperti biasa rutin hujung minggu kena bersihan sangkar hamster. Ada 3 sangkar semuanya. Salah satu sangkar tu ada ibu hamster bersama 5 ekor anak. Ku keluarkan dorang semua untuk tukar habuk kayu yang baru. Si ibu macam biasa bersiar-siar seketika. Anak-anaknya merah dan belum tumbuh bulu lagi. Tergolek-golek di situ.Lepas sabun, dan keringkan bekas tu, nak masukkan balik dorang dlm sangkar. Ehhh...!! mana si ibu? cari punya cari tak jumpa..Ah sudah...mana pulak pegi ni. Sebelum ni yang jantan pernah hilang tapi boleh balik sendiri.

Tetiba terdengar bunyi sesuatu yang pelik di yard (ruang sidai kain di sebelah dapur rumah apt). si ibu hamster berada DI DALAM LUBANG.. lubang tersebut mengalirkan air dari singki terus ke main hole...Ya Allah...macam mana ni..Ku kuis-kuis dengan batang penyapu dengan harapan si ibu hamster dapat panjat batang penyapu tu. Tapi hampa...aku dah nak menangis ni. ku panggil-panggil suruh jugak dia panjat (macam dia paham je cakap aku) tapi dia tak reti..bulunya dah lenjun & kotor gila babun kena air limbah.

Lepas tu si ibu dah tak nampak bayangnya lagi...dia dah masuk ke dalam lagi...inilah rupa lubang yard tu...tak tercapai dek tanganku..dalam gila..


Cuba bayangkan macam mana keadaan dia kat dalam lubang ni...busuk pulak tu.

Dan aku mula pasrah. Memang tak akan selamat dia dalam tu. Macam mana nak survive??
Kesian kat anak-anak yang masih merah sebesar jari kelingking dan belum tahu makan sendiri. Tergolek-golek kelaparan mencari susu ibu. Sedih giler beb...boleh ke budak-budak ni survive?
Jawapannya tak boleh.

Malam tu tak boleh tido terkenangkan si ibu tadi dan anak-anaknya yang kelaparan. Ku intai-intai juga dalam lubang tu kot-kot si ibu masih ada..tapi takde pun..si anak makin lemah...

Esok pagi, sebelum pegi keje, sekor mati....tinggal 4. itu pun belum tau sampai bila hayat dorang. Ku intai lagi lubang tu, takde bayang si sibu....hampa..... :'(

Tengahari aku balik rumah kejap untuk lunch. Hati tergerak nak intai lubang tu....Subhanallah..si ibu masih ada di situ. Ku panggil-panggil dia supaya dia tak masuk ke dalam..sambil tu kepala aku ligat berfikir camne nak naikkan si ibu ni???? aduhhh...masalah betul...itu la, suka sangat jalan merata-rata..kan dah masuk lubang..tapi salah aku jugak la kan sebab biarkan dia terlepas.

Yess..idea dah datang....ku ambil kayu, tali, senduk, lampu suluh....dan ini yang aku buat....


Ikat senduk kat batang mop.....hihihi..bergeliga tak otak den ???




Apa ni ?? macam momok pulak.....itulah...tak reti duk diam-diam (kesian kat hang )



Baru lepas mandi dan syampo...menggigil sejukkkkk...memang kesiannnn...




Akhirnya...ibu dan anak bersatu kembali...fuhh lega dan gembira sungguh hati ini :D



Berakhir sudah misi menyelamat ibu hamster...alhamdulillah...masih berpeluang lagi si anak untuk membesar....

Aku happy :D