Isnin, Jun 28, 2010

Main masak-masak

Resepi Apam Gula Hangus

Assalamualaikum.....

Hari ni entri berkaitan dengan resepi...resepi apa? apam gula hangus..resepi apa? apam gula hangus...resepi apa? kau nak kena tarik telinga eh...!

Pertama kali buat resepi ni. Ok la...sedap jugak makan panas-panas...bersama teh / kopi O.

Ok, ini bahan-bahan yang diperlukan. Salin ye puan-puan !

1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan tepung gandum + 1/2 sudu bsr soda bikarbonat (diayak bersama)
4 biji telur + 1 cawan susu ( dipukul bersama. dipukul tu tak sama dengan dibelasah ye ! )
1 cawan minyak


Cara membuatnya :

  1. Masak gula atas api perlahan. Bila dah cair,masukkan air. Jaga2 tangan nanti mercik pedih woo...then, kacau dan kacau dan kacau. Ketepikan.
  2. Pukul/putar telur dan susu sampai kembang. Masukkan minyak. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat sedikit demi sedikit.
  4. Last sekali masukkan gula tadi. Kacau sebati dan sedia untuk dikukus.
  5. Kukus selama 20min
Pastikan air betul-betul mendidih sebelum dikukus.




Dah siap !


Nyum-nyum..jemput semua. Makanan orang bujang...hihi






Baru kuarkan dari pengukus. Lubang kat tengah tu sebab bekas kena cucuk dengan pisau.
Sebab apa? sebab nak tau tepung kat dalam dah masak ke belum. Nampak cacat sikit :p



Ha..ni nampak cacat banyak sebab senget naiknya. Hahaha. Sebab apa? kedudukan bekas tu bukan di tengah-tengah pengukus...nak cepat siap punya pasal..Sila jangan contohi saya !




Resepi diambil dari kak yong. Dia memang pandai masak. Adik dia ni tau makan aje :p


Tips : pakai bekas tupperware seperti di atas sebab ianya tidak melekat.
SELAMAT MENCUBA !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~~mari mengomel ramai-ramai~~