Rabu, Jun 23, 2010

Cicak ekor bercabang

Salam....selamat pagi, chao san, vanekem !

Kali ni nak kongsi cerita pasal cicak. Anda pernah tengok cicak? (hee..soklan x le bla). Kalau cicak ekor bercabang? pernah tengok tak??? saya tak pernah tengok. Tu sebab saya jadi jakun sampai teruja nak post kat entri ni.

Reptilia ni saya jumpa di rumah. Dalam bulan 5..Waktu masih dalam MC selepas menjalani pembedahan. Tengah rehat,baring-baring tengok tv kt hall, tetiba terrrnampak 2 ekor cicak ni main kejar-kejar kat dinding. Mata terus terpaku & terkesima sebab salah sekor cicak ni ekornya BERCABANG 3. Ku kelip-kelip mata nak pastikan betul ke ni???? atau kepala saya ni tengah wenggg dan lalok (pening2) kesan pembedahan dan paracetamol. Apakah saya dalam halusinasi?? Lepas tu cicak2 berkenaan lari bersembunyi di sebalik langsir. Ahh..biarkan jelah. Tak kuasa nak pegi siasat. Kang selak-selak langsir tu dia melompat kat saya pulak..Haa kau !! Mau terpensan..cuak beb. Tolong laa...geli, bukan takut ye.

Seminggu lepas tu, terjumpa lagi dengan reptilia ni. Lokasi di dinding dalam bilik. Kali ni saya sudah ready, kebetulan hp di tangan. Terus snap secepat kilat. Hasilnya seperti di bawah :
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Ni la cicak ekor bercabang yg den duk jakun-jakun kan tu....hehe...


3 ulasan:

  1. selalunya biasa dengar biawak lidah bercabang...huhu

    BalasPadam
  2. try cek mudah tgk harga dia brapa..entah betul entah tidak.....

    http://www.mudah.my/Cicak+ekor+bercabang-7835786.htm?last=1

    BalasPadam
  3. saya punya cicak brcabang 2,,,,,,kira" harga ya brapa ya

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~