Isnin, Jun 28, 2010

Main masak-masak

Resepi Apam Gula Hangus

Assalamualaikum.....

Hari ni entri berkaitan dengan resepi...resepi apa? apam gula hangus..resepi apa? apam gula hangus...resepi apa? kau nak kena tarik telinga eh...!

Pertama kali buat resepi ni. Ok la...sedap jugak makan panas-panas...bersama teh / kopi O.

Ok, ini bahan-bahan yang diperlukan. Salin ye puan-puan !

1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan tepung gandum + 1/2 sudu bsr soda bikarbonat (diayak bersama)
4 biji telur + 1 cawan susu ( dipukul bersama. dipukul tu tak sama dengan dibelasah ye ! )
1 cawan minyak


Cara membuatnya :

  1. Masak gula atas api perlahan. Bila dah cair,masukkan air. Jaga2 tangan nanti mercik pedih woo...then, kacau dan kacau dan kacau. Ketepikan.
  2. Pukul/putar telur dan susu sampai kembang. Masukkan minyak. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat sedikit demi sedikit.
  4. Last sekali masukkan gula tadi. Kacau sebati dan sedia untuk dikukus.
  5. Kukus selama 20min
Pastikan air betul-betul mendidih sebelum dikukus.




Dah siap !


Nyum-nyum..jemput semua. Makanan orang bujang...hihi






Baru kuarkan dari pengukus. Lubang kat tengah tu sebab bekas kena cucuk dengan pisau.
Sebab apa? sebab nak tau tepung kat dalam dah masak ke belum. Nampak cacat sikit :p



Ha..ni nampak cacat banyak sebab senget naiknya. Hahaha. Sebab apa? kedudukan bekas tu bukan di tengah-tengah pengukus...nak cepat siap punya pasal..Sila jangan contohi saya !




Resepi diambil dari kak yong. Dia memang pandai masak. Adik dia ni tau makan aje :p


Tips : pakai bekas tupperware seperti di atas sebab ianya tidak melekat.
SELAMAT MENCUBA !!

Jumaat, Jun 25, 2010

Selembar Bulu Mata

Tazkirah Jumaat- selembar bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

Wallahualam. .

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."



Dipetik dari web sahabat...terima kasih.

Khamis, Jun 24, 2010

Kepala dia senget

Sejak aku pindah ke sini tahun 2008, selalu ternampak makhluk ni. Tiap-tiap pagi mesti bakul sampah kat yard tunggang terbalik dikerjakan dia. Sampah bertaburan...1 malam aku mengendap, sape punya keje ni..........................................ok..dah tau...kau lapar ye....

Sejak tu kalau ada sisa-sisa makanan,ku simpan untuk makhluk ni. Mula-mula dia takut kalau nampak aku. Lama-lama dah boleh di bawa berbincang . "lain kali kalau nak makan,jgn sepah-sepahkan sampah ni ye. makan yang dalam pinggan,yang tu sedap sikit." makhluk tu cakap "miawww..." (ok,dia paham la kot)

Kadang ku bagi nasi+ikan,biskut kering,kuih...tak memilih la..semua dia bedal..kalau ada priskis tu sedap sikit la dia makan. Bukan kedekut, sejak bubu & kuning di hantar balik kampung,aku dah tak beli makanan kucin. Makhluk ni pun ntah dari mana datang. Kesiann....dia pun ada perut juga, laparrr...


Satu hari tu, dia datang rumah lagi. Astaghfirullah !! kepala dia senget...sape punya keje ni !!!! ...dia jawab " miawwww....miawww...." (itu jelah yang kau tau sebut)...dalam hati rasa nak 'hujan' duk pikir kenapa kepala dia jadi macam tu...orang sepak ke, atau bergaduh ke...hmmm...kesiannyaa....bagi makan dia makan, aku tekan-tekan kat leher dia takde respon,ok je macam tak sakit...makan laju jugak. Lepas kenyang dia keluar,berjalan dengan kepala sengetnya "miaww...miawwww..." aku jawab dalam hati "sama-sama.."

Bila dia dah mula kenal aku, hmmm..malu la orang tengok miaww....aku balik keje,baru park kete, belum buka pintu kete pun,dia cam no plat aku kot...hehehe.. dia dah datang dari jauh....dengan kepala sengetnya"miawwww...miawwww..." datang kat aku mintak makan la tu..ikut aku sampai ke pintu, tak dijemput pun dia terus melulu masuk...dengan orang lain kau tak ikut pulak....orang yang ada kat situ pun pandang aku,pandang makhluk tu (aku tau la kucin tu comot,kotor,byk kutu)...hmm..ada aku kesah (dalam hati segan jugak) dia pun ada perasaan tau..aku cuma boleh buat yang termampu je..dulu dia kurus kering sebab peha dia bisul sampai pecah aku sapu minyak je..alhamdulillah dah sembuh bisul tu.

Sejak 2-3 hari lepas, aku balik keje je, dia ikut sampai ke pintu. Bagi biskut kering macam selalu, dia jamah sikit je..tengahari semalam bagi nasi+ikan pun dia jamah sikit je..donut,karipap pun tak jalan....aikkk...makin kekwat nampak...dulu itu la yang kau makan sampai tak cukup nafas...malam tadi bagi bontot ayam (beli kat pasar malam) dia makan la sikit..tu pun macam tak bernafsu je...badan pun makin kurus, tak pejal macam dulu.."kau sakit ke?" tanya aku....dia jawab "miawww...miawwww..."...ermm...kesian la pulak...

Pagi tadi bagi priskis, ok...laju je dia makan...err....hari-hari kau nak makan priskis ke miaww...biskut kering kat rumah tu sape nak makan?? haiyyooo....





Pagi-pagi nak pegi keje, dia dah tunggu kat park kete.



Pagi tadi....




"saya comot..."





kakak aku cakap " kalau nampak dia mai, bagi la makan.kesian kat dia...mana la tau kot2 hang balik gheja nanti tengok2 dia mati kena langgaq ka, orang pukui ka apa..."...... aku jawab " aaaa.......ok2, hari2 aku bagi dia makan..." isk, tersentuh sungguh hati aku....



Ni kakak aku...dengan si kuning gemok..


Kuning menguap dengan penuh perasaan...macam baboon..hahaha



cikmot kata : kepala miaww tu sengetnya dah tak ketara...mungkin dia ada buat senaman pusing-pusing leher kot...kalau perhati betul-betul,sengetnya masih ada.ok, kena rajin buat senaman tu lagi ye miaww..

Rabu, Jun 23, 2010

Cicak ekor bercabang

Salam....selamat pagi, chao san, vanekem !

Kali ni nak kongsi cerita pasal cicak. Anda pernah tengok cicak? (hee..soklan x le bla). Kalau cicak ekor bercabang? pernah tengok tak??? saya tak pernah tengok. Tu sebab saya jadi jakun sampai teruja nak post kat entri ni.

Reptilia ni saya jumpa di rumah. Dalam bulan 5..Waktu masih dalam MC selepas menjalani pembedahan. Tengah rehat,baring-baring tengok tv kt hall, tetiba terrrnampak 2 ekor cicak ni main kejar-kejar kat dinding. Mata terus terpaku & terkesima sebab salah sekor cicak ni ekornya BERCABANG 3. Ku kelip-kelip mata nak pastikan betul ke ni???? atau kepala saya ni tengah wenggg dan lalok (pening2) kesan pembedahan dan paracetamol. Apakah saya dalam halusinasi?? Lepas tu cicak2 berkenaan lari bersembunyi di sebalik langsir. Ahh..biarkan jelah. Tak kuasa nak pegi siasat. Kang selak-selak langsir tu dia melompat kat saya pulak..Haa kau !! Mau terpensan..cuak beb. Tolong laa...geli, bukan takut ye.

Seminggu lepas tu, terjumpa lagi dengan reptilia ni. Lokasi di dinding dalam bilik. Kali ni saya sudah ready, kebetulan hp di tangan. Terus snap secepat kilat. Hasilnya seperti di bawah :
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Ni la cicak ekor bercabang yg den duk jakun-jakun kan tu....hehe...


Selasa, Jun 22, 2010

Durian


Malam tadi balik rumah hidung terbau kuah laksa. Wah, sedapnya bau..menusuk ke hidung. Lepas bagi makan budak-budak kenit (hamster & piq-piq) baru tanya housemate "korang masak laksa ke?" . "Mana ada laksa la...." jawab housemate aku.

"wei, jom makan durian!" ajak housemate aku. Laaa...bau macam laksa tadi tu durian rupanya. Mungkin hidung aku ada masalah deria bau. Huhuhu...durian kampung beb! sedap jugak. Buahnya comel2 ada 3 biji. Yang membaham semua sekali pun 3 org. Memang x cukup. Tapi benda yg sikit tu la yang sedap bila dikongsi bersama kan :)

Bangun pagi tekak rasa perit. Aduh..penangan durian la ni + tak minum banyak air. (tapi aku dah ikut petua orang2 tua minum air dlm kulit durian tu, korang penah buat macam aku tak?). Tambah sekarang ni cuaca tak menentu. Hujan panas...memang kena minum banyak air kosong. Dan pagi ni, dah standby 2 botol besar air masak pegi ofis. :)



Durian memang sedap !!



Isnin, Jun 21, 2010

CERITA PIQ-PIQ

Salam....

Rumah apt sememangnya mempunyai kawasan yang amat terhad. nak bercucuk tanam pun payah. kena beli pasu & tanah sendiri. lain la kalau kau duduk kawasan kampung. boleh tanam apa jua yang kau suka. ni yang leceh duk bandar..nak bela binatang pun x boleh lepas sesuka hati. kang mat bangla,vietnam,myanmar tangkap buat lauk baru kau tau. (ini cerita benar yg berlaku kt kawasan rumah aku yg dibanjiri pendatang asing tanpa izin/ dengan izin). tapi tak semua dorang macam tu..

Oleh kerana tak boleh lagi bela binatang yang lepas bebas. maka dengan berbesar hati menatang ni menjadi ahli baru dalam rumahku syurgaku ini di samping hamster2 yang sedia ada...heh..heh..

Tadaa......
>
>
>
>
>
>
>

mana 1 kepala, mana 1 ekor ????




haikk..pandai posing...senyum pulak tu...





Good boy...




Haiwan di atas dipanggil arkus (dlm bahasa melayu) atau spesis abyssinian guinea piq dalam bahasa saintifik. tuannya letak nama manchester..bila sampai ke tangan aku, ku panggil piq-piq aje....menatang ni kacukan hamster & arnab..agaknya la kot..dah orang bagitau kat aku macam tu...kalau dorang tipu, aku pun tipu korang..piq-piq ni ada 1 bunyi yang aku fikir sangat unik..nanti ada masa aku upload video dia.

Babai...

CERITA IBU,MOMOT & POPOT

3 beranak ni diambil dari plan. kotor,habuk,debu,kutu semua ada. si ibu ekor kembang,mungkin kacukan parsi tapi dh x cantik bulunya..serabuttt..


Mula-mula sampai rumah. si ibu cool je..sepanjang masa susukan anak2.





momot & popot...comot giler...muka suci je..:P



Dah pandai jalan, main-main...tapi si popot ni masih takut2 dengan aku. dia tengok muka aku ni garang kot.




kita minum dulu..."shushu ibu shangat shedap"





perut popot..masyaAllah !!




bubu suka mengusik & nak berkawan, momot & popot pulak takut dengan bubu..kelakar betul




main time !!




popot dah besar..tangkap lipas...cayalah! bersih rumahku...





Tapii...3 beranak ni sekarang tak lagi aku bela...disebabkan masa terhad,keje pagi balik malam,diorang pulak terkurung dalam rumah, kesiann..nak taknak terpaksa aku lepaskan kat 1 kawasan kampung.harap-harap ada insan yg baik hati amik dorang jadi anak angkat. dorang pun dah besar dan insyaAllah boleh cari makan sendiri.dari aku kurung dlm rumah.rumah plk jenis apartment.

memang sedih masa tu...sempat aku bekalkan nasi tuk dorang..aku dah tak pandang belakang.mengenangkan muka2 dorang yg cuak bila sampai tempat baru..mmg aku xleh nak tengok. ishhhhh....

KUCING DAH BESAR

Baru-baru ni balik kampung, banyak kucing yang dah mati, tak balik ke rumah. Antaranya si bubu yang dah hilang sejak beberapa minggu lalu. Anak-anaknya pun dah mati secara misteri (berjangkit dari yang lain). Si kuning pulak dah jadi romeo kat kampung. Mentang-mentang ekor kau kembang. Tapi selalu tewas dengan kegagahan & kejantanan si atuk. Bila nampak atuk je kau lari ye...penakut betul..dulu kecik-kecik elok je korang makan sebesen,tido sebantal, berak sedulang..hmmm...


ni namanya kuning...dulunya anak kucin sesat datang rumah mintak makan. sekarang dh besar panjang & jadi teruna idaman di kampung...heh heh..tapi bila besar bulunya bertukar jadi oren...hmmmm





Ni pulak si comel..bukan kucing aku pun..ada orang mintak tolong jaga kan sebab tuan nya balik kampung kejap..kuning nak try ngorat la tuh !



Si itam...nampak mata je...dia ni humble skit...



Ni comot....kucin betina. ada tahi lalat kat pipi kanan..sekarang dia dah takde..ntah lari dari rumah atau mati...ntah la....:(



Si atuk..si jantan yg selalu bertelagah ngan kuning...pantang bersua muka,masing2 melengkung badan tanda nak bergaduh.. hish!! tapi atuk ni hensem kan..ada misai dan janggut...heh heh..



Ni pulak namanya adik.jantan... kakak aku jumpa kat mana tah..kecik lagi masa tu.pastu mcm biasa bawa balik umah.buat kawan dengan yang lain-lain. adik ni pondan skit. bila jalan tu lemah gemalai nyaaa...adik pun dah hilang tak balik-balik...



Si cicak,jantan juga....ni pun humble tapi gagah & pejal badannya...




adik & cicak menghantar kepulangan aku ke KL . "babai ucu, nanti balik kampung lagi jenguk kami tau !"





Gambar-gambar di atas diambil sekitar raya haji tahun lepas...bukti menunjukkan tuan punya belog amat sibuk untuk kemaskini :P

Selasa, Jun 15, 2010

KESIAN BLOG CIKMOT

Rasanya dah berbulan blog ni dibiar sepi. Kesian...disebabkan kesibukan tuan nya. Siang malam keje cari sesuap nasi. huhu...apa-apa pun tuan blog ni dah punya semangat baru untuk update balik blog cikmot ni. Insyaallah :)