Jumaat, Mac 25, 2011

Berita Baik & Berita Buruk

BERITA BAIK

Assalamualaikum semua. Ni nak kabor la kan, Pak Gebu nampaknya dah menunjukkan perubahan positif. Tapi bukan la 100%. Cuma boleh bagi dia 60% je. Sebelum ni terbaring je dalam kotak nun. Hari ni dah boleh bangun sambil mengeliat dan melunjur kaki depan dan belakang. Alhamdulillah... Berkat minum air madu dan air kelapa sejak 3 hari yang lepas. Juga berkat doa dari kawan-kawan seperti Cik Marie, Chika, Meawmania, Cik ruby, Cik MQ dan lain-lain. Terima kasih ya :)


Seleranya ada cuma slow sikit bila nak mengunyah. Dicium berkali-kali frieskies tu sebelum dijamah. Mungkin nak ambil mood dulu agaknya.


Hi semua, saya la Pak Gebu yang comot. Walaupun saya comot, saya sangat manja dengan Cik Siti. Bila Cik Siti panggil, saya akan menggesel-gesel kepala saya di dinding, rak pinggan,lantai atau almari dapur. Cik Siti cakap saya ni tak padan dengan tua. Hehe ~~

Pagi tadi baru saya ada selera nak makan. Sebelum ni Cik Siti bagi saya minum air madu atau air kelapa je. Tu pun dia paksa saya. Banyak la dia membebel kat saya sebab taknak makan. Saya bukan taknak makan cuma takda selera je. Saya pun taktau kenapa. Tengahari tadi pulak Cik Siti bagi saya ayam rebus. Boleh la saya gagahkan diri untuk makan. Kang tak makan kecik pulak hati Cik Siti. Penat dia rebus tau ~~


Hari ni baru la saya dapat keluar dari kotak. Baring-baring kat ruang tamu dengan Cik Siti. Tapi saya masih lemah. Yelah dah berapa hari saya tak makan. Perut saya pun dah jadi ramping. Tak payah pegi Slimworld. Hmm...lomah betol den ni ha...~~


Ini la jari tangan saya yang luka tu. Sampai bernanah. Cik Siti suka picit-picit kat situ. Saya pun menjerit la sakit. Lepas tu Cik Siti pujuk balik katanya dia picit-picit sebab nak keluarkan darah & nanah kat celah jari saya tu. Apa la kamera hp Cik Siti ni. Gambar tak clear langsung. Nanti saya suruh Cik Siti beli hp yang lebih canggih manggih supaya dia dapat ambil gambar yang lebih terangggg....Ok berbalik pada luka tadi. Kaler pepel tu sebab Cik Siti spray kan ubat. Baunya saya tak suka la..saya selalu terbersin lepas Cik Siti sembur ubat tu.


Oklah, saya dah mengantuk ni. Saya nak berehat untuk mengumpul semula tenaga yang hilang. Ada masa kita jumpa di entri yang lain ya. ZZzzzZZzzzzz ~~~~


BERITA BURUK





POKOK ALOE VERA AKU PATAH. NI MESTI BUDAK-BUDAK MAIN BOLA PUNYA PASAL. NAK MAIN BOLA PEGI LA KAT PADANG NUN. NI KAT TEMPAT PARKING MOTO PULAK DIJADIKAN PADANG BOLA. PENAT AKU SIRAM DAN JAGA SELAMA NI. HANGINNN JE AKU RASA!!!! HNSSS....HNSSS....RASA MACAM API DH KUAR KAT LOBANG IDUNG NI..EEEeeeeiii !!! ~~

6 ulasan:

  1. wah incik Gebu bertambah sihat...moga bertambah sihat ye

    BalasPadam
  2. marie - alhamdulillah...mencabar gak la jg kucin sakit ni..bersobar jelah :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...berkat usaha cik Siti gebu dah semakin pulih

    Gebu cepat sembuh ye sayang..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... suke sgt baca. Gebu pun hensem mcm senget juga ye. rest well k... nomi kirim salam peluk cium

    BalasPadam
  5. MM & Chika - syukur...tp risau gak kot melarat penyakitnya..maklum la dorang be2 ni kan memasing dh tuo...si senget tu plk jelesnya blh tahan..

    chika-nomi & gebu nmpk mcm sepadan je..hik3...

    BalasPadam
  6. owhh..luka rupanya padan la tak sihat dan takde mood takde selera semuanya.. sian dia. harap cepat sembuh ye. bab nak bagi ubat tu mesti bertarung tu agaknya. hehehhe.. all the best to pak gebu.. get well soon ye so boleh main lompat2 lagi.

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~