Isnin, Mac 07, 2011

Manusia Berhati Syaitan

Assalamualaikum..
Publish Post


Pagi-pagi ni menyirap darah aku mengenangkan kes si pengkid durjana di bawah. Hanya buat surat maaf?? semudah itu?? lepas tu siap buat report polis pasal dapat sms ugutan. Tau pulak takut..kenapa kau takut ha pompuan?? Mana sifat 'kejantanan' kau yang tak berapa nak jantan tu?? Elok-elok jadi pompuan nak jadi macam jantan pulak. Aku rasa macam nak cakar-cakar je muka kau pakai kuku si Senget tau tak. Kau rasa megah sangat ke buat macam tu kat makhluk yang tak berdaya tu?? Kau rasa hebat/stylo sangat ke?? Dengan kucing boleh la..cuba kau buat macam tu kat anak singa atau harimau, aku nak tengok! Aku rasa nak pijak-pijak, nak sepak-sepak je kau macam yang kau dah buat kat anak kucing tu.


Tapi aku tak sekejam tu. Aku masih ada perasaan belas. Kau ado??? nan ado!!! Sebab Kalau kau ada sifat tu kau tak akan buat macam tu kan. Setakat buat surat maaf langsung tak memadai untuk kami semua yang tak puas hati dengan tindakan kau juga untuk anak kucing yang dah mati tu dan ibu kucing yang kehilangan anaknya akibat tindakan kejam kau.

Aku rasa pompuan ni patut diberi hukuman. Hukuman yang dapat mengajar dia untuk jadi perempuan sejati yang lebih bertamadun. Jangan sebat, rotan ke apa. Bagi dia buat kerja amal. Letakkan dia kat mana-mana pusat perlindungan haiwan yang ada di Malaysia. Suruh dia cuci, bersihkan semua sangkar/kandang. Suruh dia bagi makan, bagi mandi, bagi ubat dan semua kerja yang berkaitan lah. Dengan syarat kena pantau la. Kang dia sepak, dia pijak lagi kang naya je. Moga-moga terbit perasaan belas dan insaf dari dalam diri dia. Dan yang paling penting, moga-moga dia dapat hidayah dari-Nya untuk sayang/kasihan pada binatang.

7 ulasan:

  1. jijik sy tengok pompuan tu...tengok ke video tu? sy tak sanggup nak tengok :(

    memang dia berhati syaitan..bukan berhati binatang..binatang tak bunuh anak..syaitan layaknya dia..

    BalasPadam
  2. sy pon jijik!

    tp sy bimbang jika dia terus dimusuhi dia akan terus melakukan perkara terkutuk itu, mungkin sehingga sanggup melakukan secara sembunyi2 kerana dendam amarahnya..

    sama-sama lah kita berdoa smoga pompuan ni betul2 kesal dgn apa yg berlaku dan semoga semua ini dpt merubah sikap yg tdk boleh dimaafkan itu

    tiap kali sy baca psal pompuan ni air mata pasti bergenang mengingatkan anak kucing tersebut :(

    Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengasih lagi maha Penyayang, lindungilah haiwan-haiwan yang tidak berdosa ini ya Allah...

    BalasPadam
  3. habsah - sy tengok tapi tak habis. tak sanggup nak tgk smpi hbs.syaitan pun gerun tengok perangai jijik dia.

    MM - Aminn.. harap2 begitulah. moga dia kesal & insaf atas segala perbuatan dia.

    BalasPadam
  4. mmg pun..kalau membunuh tu bukan dosa mmg den nak bunuh jer pompuan ni..grr

    BalasPadam
  5. tak terkata apa..kut ye pun tak suka jgn buat mcm tu..dorg tak usik dia pun..

    BalasPadam
  6. keji punya pompuan.

    bidio tu post je kat fb tp tak tengok sbb sangat tak sampai hati...

    BalasPadam
  7. Sekarang dia susah hati sbb kene ugut bunuh, bisnes mak dia tak laku, org caci maki, facebook kene tutup, kawan2 dah tak suka... hah! itu baru sikit. Klu report plak, denda yg tak seberapa atau penjara 6 bulan. baik la ko pegi spca buat keje amal dek. org pun tanak kawan. kau belajar la berbaik ngan binatang pula. semoga sifat kasih sayang yg ada pada binatang boleh didik kau jadi manusia semula..

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~