Selasa, Mac 15, 2011

Senget & Gebu Bergaduh



Lunch tadi balik rumah. Macam biasa Senget & Gebu dah tunggu depan pintu. Bagi masuk dorang makan gilir-gilir. Lepas makan masing-masing menjulur kaki. Yelah, dalam rumah kan lantainya sejuk & licin. Bergolek sakan la dorang ni. Tak macam kat luar lantainya kotor,kasar & panas. Si Senget mengiaw nak manja-manja. Datang Si Gebu disondol-sondol muka senget. Bajet nak manja-manja la dengan Senget. Sebab Gebu ni memang manja. Sekali Senget tarik muka. Dah start la tu....


Kali ke2 Gebu gesel muka kat Senget, Senget meradang lah. Senget tenung Gebu dengan pandangan tak puas hati. Aku dah agak lepas ni mesti Gebu kena terkam. Tak sampai 2 saat dorang dah bergelut. Si Gebu ok je, Senget je lebih-lebih tak puas hatinya. Entah apa yang dengki sangat kat Gebu tu. Bulu masing-masing dah berterbangan. Cepat-cepat aku cekak belakang leher Senget. Tarik dia letak kat luar semula. Yang Gebu menggelabah panjat tingkat dapur nak cari jalan keluar. Macam boleh keluar je sebab tingkap bertutup. Kesian Gebu, trauma. Tak lama lepas tu aku lepaskan Gebu ikut yard belakang. Kang bergaduh pulak kalau lepas kat pintu depan.

Tapi Senget pun kesian jugak. Selama ni dia sekor je yang aku tumpahkan kasih sayang. Datang Gebu yang manja terlebih. Jeles la dia....adoii, masing-masing dah tua. Yang sekor kepala senget, yang sekor bulu dah season/gugur. Buat apa nak gaduh-gaduh. Aku sayang 2 2,aku bagi makan sama rata. Kalau aku dah tak ada, pindah ke mana-mana sapa la nak jaga kamu berdua ekor ni.
Hmmm....



*sekadar meluahkan perasaan*

7 ulasan:

  1. salam akak .
    bukan nak komen ape2 pon .
    hik3.
    cuma nak gitau warne pepel kat entry tu macam menenggelamkan ayat dalam wallpaper kat belakang .
    eh tak reti nak cerita sorry .
    tapi nak gitau , saya takleh nak baca sangat kalu akak pakai warne pepel . warna putih , kuning , oren mungkin boleh ?

    BalasPadam
  2. Salam dik, itulah akak pun terperasan tadi.kabur la plk bila pilih kaler pepel ni. main hentam keromo je...dh post x reti nak edit plk..huhu...

    BalasPadam
  3. haha, senget sah2 jeles ok...
    cian gebu menjadi mngsa...

    BalasPadam
  4. tak padan tua. hehehehe

    Senget, jgn le risau, kak Siti punya kasih sayang tak kurang

    BalasPadam
  5. alohhh pandai jeles pulak si senget nih hehe...

    BalasPadam
  6. senget oh senget... kalau cik siti pindah, nak ikut tak? hehehehe

    BalasPadam
  7. Anis - jeles tandanya sayang kan..huhu
    marie - tua x sadar diri tu..haha
    mm - itu la tu..ngada2 pun kuat jgk.
    chika - oh,mesti bawa dia klu pindah. tp kn tgk jenis umah jgk. klu blh nak stay je kt situ.

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~