Isnin, Disember 27, 2010

Dia yang pernah menggigit aku !

Assalmualaikum :)


Kejadian berlaku pada aidilfitri yang lepas (long time ago, baru nak post..apa daa). Pagi raya ke-2. Pegi belakang rumah nak kutip daun kesum untuk dibuat laksa. Terserempak dengan miaw kecik ni. Tapi dia lari bila nampak aku. Dia lari panjat pokok pelam kat tepi parit. Ingatkan kucin kakak aku. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.


Aku : Da! hang mai sat..ni kucin hang ka? awat dia penakut sangat. Kaler hitam coklat..

Da : Dak aih..bukan kucin aku. Kucin orang buang kot.

Aku : Ya ka..ingatkan kucin hang tadi. Tu dia lari panjat pokok tak berani nak turun.

Da : Biaq pi kat dia lah. Satgi dia lapaq dia turun la.


Puas aku pujuk suh miaw tu turun. Tapi tak mau. Mulut bising pulak tu.





Berjam-jam jugak la dia duk kat ats pokok tu. Aku letak ikan rebus kat dahan pun dia tak usik. Penakottt sungguh. Tengahari tu baru la dia nak turun. Aku hendap dia senyap-senyap. Budget nak tangkap la konon. Tapi berdesup dia lari. Kejar punya kejar dapat aku pegang belakang dia. Meawwwww...!!!!! ngapp! Perghhh..habis tangan aku dia gigit. Padan muka aku...Amikkk...Mak aku gelakkan je..Haha Nasib baik anak kucin umur 3-4 bulan. Takde la teruk sangat. Tapi bisa jugak la jari aku tu. Bengkak 3 hari. Sapu lah minyak gamat.


Lepas insiden tu, kelibat kucin tu masih kelihatan di sekitar rumah. Dengar suara dia mengiaw-ngiaw. Bila aku dekat dia lari. Aku letak la ayam,ikan,nasi kat tempat dia menyorok. Habis jugak dia makan. Jual mahal pulak dah....


Beberapa minggu lepas raya tu. Kakak aku mms gambar meaw tadi. Ayat dia berbunyi begini "NI LA KUCIN YANG PENAH GIGIT HANG DULU. LA NI DIA DAH BUAT MACAM RUMAH SENDIRI"



hampeh punya miaw...

4 ulasan:

  1. wakakakakakakka
    dia mempermainkan hati cik siti :)

    BalasPadam
  2. time bagi makan lajuuuu je dia datang.. time kita nk dukung,peluk2 berdesupppp dia lari...tak elok tu.....

    BalasPadam
  3. Hahaha bagusla kalu reti buat cam rumah sendiri... pandai2 la cari port sendiri kat umah tu ye comel... hehehe

    BalasPadam
  4. hahahahaha....

    ayat cik siti kurang power kot :D

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~