Sejak bertukar ke ofis baru ni, penggunaan internet amatlah terhad. Menci..! Masuk part time petang dah takde mood nak online. Ditambah pula dengan masalah kesihatan dan masalah sampingan yang lain. Makanya blog ini pun terbiar dalam jangkamasa yang lama. Award dari cik ME dan cik Chika pun belum update lagi. Ampunkan daku wahai sahabatku. Huk huk.
Bulan lepas memang dugaan betul. Tetiba housemate cakap nak pindah. Ok fine, bagitahu nak pindah last minute tanpa beri aku peluang untuk cari orang baru. Sungguh kamu punya hati perut yang 'wangi'. Tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab selepas ini senget akan jadi peneman di kala aku keseorangan. Nak tido bergolek-golek pun dah tak kisah. Sayang senget.
Tentang senget.. Dia semakin manja, mengada-ngada dan sangat galak. Apalagi jika digosok belakangnya yang penuh kutu itu. Putih dah jarang datang ke rumah. Entah ke mana dia pergi. Hanya senget yang masih setia hingga ke hari ini.
Entri hari ini tiada gambar. Kenapa tiada gambar? Jawapnya hanya satu perkataan....
MALAS
Bila agaknya penyakit itu mahu pergi jauh-jauh....
wah... berwajah baru. hope cik siti cepat dpt housemate. sementara tu, bermaharajalela la si senget kat umah...
BalasPadamxper cik siti ada peneman yg setia, senget jaga kakak siti kamu tu leklok yer... :)
BalasPadam