Selasa, Ogos 10, 2010

Mereka datang & pergi sesuka hati

Perkembangan terkini kucing-kucing terbiar di sekitar rumah dan ofis.

Gambar pagi tadi, si putih...entah dari mana datangnya..rasanya dah seminggu lebih dia kat sini. jalannya terhoyong hayang..mungkin tulang bontot terseliuh agaknya. makan laju je..kalau dia dah lapar sangat, tak peduli senget dan adik. dia akan menakluk pinggan biskut itu. kalau senget dan adik dekat, dia akan tampar...ishh..'garing' betul kamu ni..errr, sampai sekarang cik siti tak dapat pastikan jantina si putih ni. tak teringat pulak nak mengintai..tak kisahlah, janji dia tak kelaparan di luar sana.



Masa cik siti buka kunci grill, adik yang pertama menerpa, si senget akan terdengar lah suara nya yang nyaring dari kejauhan. kalau tak berbunyi pintu grill tu, diaekor2 ni tak kan datang.so, tak payah cik siti susah-susah panggil diaekor lagi untuk datang makan. Disebabkan adik datang dulu, maka dia telah menakluk pinggan biskut ni. si putih nak join sekali dia "grrrrrrrrr" kat putih. tak baik la adik ni, makan sama-sama lah, dengan abg senget adik tak marah pun. owh, sebab abg senget suka melayan kerenah adik, jilat-jilat bulu adik,so adik rasa tak tersisih ye...


Terpaksa la cik siti asingkan. jauh sikit takpe, asalkan jangan makan sekali dalam pinggan. kalau tak, diaekor ni akan main tampar-tampar....~sigh
Eh, mana senget?

Haa..senget ni memang suka mengalah. dia tau putih & adik selalu menang. dia akan tunggu yang lain habis makan dulu, baru dia pegi kat pinggan tu.nasib la kalau ada berbaki. kali ni dia merajuk, tunggu kat parking kete cik siti. dalam kete ada spare smartheart. boleh la bagi dia makan kat bucu parking ni. guard di pondok sebelah parking tu senyum je tengok.


Ini pulak kucing di kaki lima bawah ofis. kejap ada kejap takde..macam biskut. tinggal 2 beradik ni je..sekor lagi yang badannya luka kena simbah air panas ntah ke mana dia pegi. luka kat badan makin kering. cuma tak dapat tengok luka tu sembuh sepenuhnya. harap-harap selamat lah dia walau kat mana dia merayau.yang cik siti geram pasal kucing-kucing ni. bila didekat dia lari, bila cik siti buat taktau dia datang dekat..tau je cik siti nak bagi makanan..ishh geram, rasa nak peluk-peluk kuat-kuat.





5 ulasan:

  1. terubat rindu kat incik senget.

    moga rejeki kak siti lebih murah. AMIN

    BalasPadam
  2. baiknya si senget

    amin....(sambil aminkan doa cik marie ;)

    BalasPadam
  3. amboi mereka sedang berkenduri.
    moga rezeki kamu murah.
    amin

    BalasPadam
  4. atas permintaan cik marie, cik siti update psl senget dan adik2.. :)

    sbnrnya geram ngn 'manusia' yg suka bt khianat..skg ni still lg ada org siram air dlm pinggan tu.sabarrrr jelah..

    MM : aminnn (aminkn doa marie jgk :)

    cik lin : tiap2 pagi dan malam diaekor ni kenduri..hihi

    BalasPadam
  5. senget mcm tiffanie la...
    klu da kucing len tgh mkn, mst dia merajuk..
    kna bg dlm pinggan len kt tempat yg special skit..
    klu x, dia x nk mkn...ngada...

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~