Khamis, Ogos 12, 2010

Video senget dan adik



Salam Ramadhan...

Hari ke-2 umat Islam berpuasa. cik siti minum milo + oat je. biasa lah, duk bujang mood masak sangat kureng. kalau di kampung meriah ramai-ramai dengan mak,abah,kakak,abang,kakak ipar,abang ipar dan anak buah. selera je makan apa pun. kalau raya ~br 2hr puasa dh cakap pasal raya,adoyai~
kalau raya semua adik beradik balik mau penuh 1 rumah. di campur tolak darab bahagi jumlahnya 34 org. itu hanya adik beradik sendiri. anak buah je dah 17 org, dah boleh buat 1 team bolasepak. adik beradik 9 orang. cik siti paling last. percaya tak? percayalah...... :D

oklah, termembebelbebel lebih pulak. entri ni cuma nak post video-video pasal senget & adik yang setia menyambut kepulangan cik siti pulang dari keje. yelah, untuk mencari rejeki buat dorang jugak kan. huhuhu..

ni video senget pagi tadi. cik siti dah nak pegi keje, senget tengok je dari luar. makanan ada je kat luar pintu rumah. saje nak mintak cik siti temankan dia makan. sayu kan tengok muka dia, bunyi dia.


Malam tadi pukul 10.15. solat tarawikh kat surau belum habis. ada selitan ceramah...berselang seli dengan suara senget & adik..hehe



Suka tengok senget dan adik..adik yang melebih-lebih duk melese je kat senget..kurang kasih sayang la tu. senget pulak mungkin dah tegar hidup bergelandangan di luar. so dah lali hidup seekor2...


Sekian untuk hari ini.. selamat menjalani ibadah puasa :D

10 ulasan:

  1. Meriahnya adik beradik cik siti. mesti best kan bila berkumpul.

    Bersemangat si senget ikut cik siti balik. suka tengok dia folo... tiut.. hehehe

    BalasPadam
  2. terasa sayang kat senget bila dengar suara manja dia...

    BalasPadam
  3. samala.
    anak buah lin ada 20 orang
    adik beradik 8 orang lin yang last.
    kalo balik kg best....macam2 makan.
    kalo kat sinie..nak masak nasik pon malas
    huh.

    BalasPadam
  4. chika - meriah giler. rumah ats papan,bawah batu..sekali ank2 buah lari2 kt ats rasa nk roboh rumah dibuatnya..time raya & kenduri paling best..dan penat...hihi

    PH - tgh mlm tadi dgr suara dia nak mengawan..1 blok boleh dgr rasanya.

    lin - hee...tong gas tu dekat setahun baru refill...sume beli je...makan sensorang x best kan.

    BalasPadam
  5. ala...apsal tak leh tgk videonya nih :(

    BalasPadam
  6. Suka tengok senget tu...

    * hati jadi sayu lah pulak *

    BalasPadam
  7. dah dapat tengok!

    alolo manjanya sore senget tuh

    BalasPadam
  8. suka n sayang senget+adik.

    reowwww reowww

    BalasPadam
  9. senget tu humble orangnya..orang??
    suka mengalah dgn yg muda....setia tunggu cik siti pegi dan balik keje..tu yg cair bl dgr suara dia.

    BalasPadam
  10. hehehe..comell!!buat rendang nanti

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~