Isnin, Ogos 09, 2010

Ramadhan & bisnes

Assalamualaikum tawan2....

Hadoiii..penyakit malas nak update kembali menawan hati cik siti. dah berminggu-minggu belog terbiar sepi. seronok duk baca belog orang lain je. perkembangan senget dan adik pun dah lama terbengkalai...yang pasti senget dan adik sentiasa diberi makan setiap hari.. heee

Nak bercerita bahawasanya walaupun cik siti malas nak update entri baru, tapi cik siti ter rajin buat mende lain pulak. cik siti sedang berniaga secaara kecil-kecilan. penat memang penat. siang keje ofis hour. pukul 6.00 petang dah masuk keje part time sampai pukul 10.00 malam.

Balik part time baru la dapat buat mende alah tu..mende alah tu sebenarnya POPIA NESTUM. cik siti nak cuba jual bulan puasa ni. mana la tau berkat bulan puasa ni ada rezeki lebih kan. cik siti berharap juga supaya tak lalai dengan bisnes ni sehingga melupakan apa yang sepatutnya dilakukan pada bulan yang mulia ni.

Cik siti nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. diharapkan semoga Ramadhan pada tahun ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin dan apa jua yang kita lakukan beroleh keberkatan dariNya. Di samping itu, cik siti juga ingin memohon sejuta keampunan jika cik siti ada terkasar bahasa, terasa hati, silap tutur kata, kepada semua pembaca belog ini. cik siti hanya manusia biasa. Yang baik semuanya datang dari Allah. yang buruk semuanya datang dari cik siti sendiri.

Oklah, sehingga bertemu lagi di entri yang akan datang. akan masukkan gambar-gambar kuih yang akan dijual pada bula puasa ini.

Sekian, wassalam,

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

5 ulasan:

  1. wahh berniaga yer..rajinnya ;D

    Selamat Berpuasa! saya suka sahur wee~~

    BalasPadam
  2. heee....suka2 je..saja nk test market.
    tgk jgk la badan ni larat ke tak nk bt semua tu...

    sahur dgn family best la..kite ni sensorang di perantauan..huuuu

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa...semoga bisnes bulan puasa ni maju dan berjaya

    BalasPadam
  4. bagus nya..saya nie jgn harap la nak keje lebih. balik terus ngadap mende nie..bukak posa..ngadap benda nie..sahur tgh mlm terus tdo.

    moga cik siti murah rezeki dbulan yang mulia yang bakal muncul ye. AMIN

    BalasPadam
  5. PH - aminnn..mudah-mudahan

    marie - itulah, kalau dh start melepek kt tilam..dh malas nk bangun dh...moga cik marie juga murah rezeki...aminn

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~