Selasa, Julai 21, 2009

Kelahiran baru

Awal pagi tadi, tengah aku bersiap nak g keje, sempat lagi aku jenguk sangkar-sangkar hamster aku. Tetiba aku tengok ada baby hamster yg masih merah (baru lahir la tu) tergolek-golek dalam sangkar tu. Cuak gak aku sebab ni 1st time ibunya melahirkan anak. Biasanya bila kelahiran yg pertama, si ibu x berapa pandai jaga babynya lagi. Dia akan makan atau x peduli & x susukan babynya. Then aku pun asingkan si bapa ke sangkar lain. Masa tu aku tengok ada 3 ekor masih hidup, sekor lagi dh mati mungkin kena makan dengan ibunya. Aku letak makanan banyak-banyak,pastu aku terus g keje.Lunch tengahari aku pun balik ke rumah sekejap nak tengok perkembangan 'diaekor'. Paling aku x tahan gelihati tengok si ibu hamster tadi letak anak-anaknya kat roller yg dia selalu main tu. Aduh,peel ape pulak la hamster aku ni. Habis la anak-anaknya pun ikut terpusing & terpelanting bila si ibu lari kt dalam roller tu. Kesian pulak aku tengok anak-anaknya tu.Aku perhati je gelagat si sibu tadi. Takde langsung dia nak susukan anak-anaknya tu. Hopefully pandai la si ibu tu jaga anak2 dia.

Pagi ni 22/7/09, semua anak2 hamster dah mati...maybe kelaparan..ibunya x pandai nak susukan anaknya kot...kesian...

xpelh mummy hamster...u should try again and learn how to feed your baby..huhu..


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~~mari mengomel ramai-ramai~~