Isnin, Februari 20, 2012

Tak Gayat Ke ???

Assalamualaikum wbt....


Hari Sabtu tadi pergi rumah kakak. Dah janji dengan anak sedara nak bawa jalan/joging/berkelah kat tasik Taman Jaya. Tengok cuaca macam dah mendung, tapi pegi jugak sebab dah janji dengan bebudak tu. Dorang pun apa lagi tergedik-gedik la tak sabar nak pegi. Tak sabar nak naik basikal elektrik (sebenarnya basikal tu pakai bateri je).

Sampai je sana hujan pun turun. Tunggu la dalam kete. Lapar pulak hujan2 ni. Nak keluar dari kete hujan pulak. Jadi terpaksa la berkelah dalam kete je. Segala pizza,nasi lemak, buah habis dibelasah oleh kami. Lepas makan hujan pun dah reda. Bebudak ni pun dah tak sabar nak pegi taman tu. Dalam hujan renyai2 tu pun belasah lah, janji dapat pegi taman. Malangnya basikal elektrik tak dapat disewa..sebabbbb...hari HUJAN...huhuhu...nasib korang la bebudak gedik, takde rezeki nak naik. Mainlah benda lain, ada disediakan alat senaman kat tasik ni. Aku pun sempat la joging (jalan je lebih) 1 round. Muka pun habis basah dek air hujan (bukan peluh).

Balik rumah badan pun penat, dengan tak mandi terus tertidor. Pukul 12pm bangun, pegi balkoni luar, ternampak la budak berbulu ni tengah tido dengan nyenyaknya. Hujan pun dah berhenti. Selambaaa je dia tido kat situ. Kalau jatuh ke bawah mau patah riuk..Aku pun panggil budak berbulu ni "meowwww....meowwwww...bangunnn, jgn tido kat situuuu..jatuh nanti...." takde respon pon....aku panggil lagi, kali ni kuat sikit "meooowwww!!!!!! ooo meeoooowwww!!!...bangunnnn, jatuh nanti!!!!" dia angkat kepala je pandang aku..pastu sambung tido balik...cisss....

Nampak tak yang ekornya terjulur kat tiang tu.


Pastu kakak aku bagitau..."saja pun dia tu, memang suka tidoq kat situ. orang panggil dia buat tak tau ja..." hmmm....memang berani. Jiran sebelah rumah kakak aku ni pun memang suka bela stray cat. Dalam rumah dia ntah berapa belas ekor yang ada. Rumah flat je, tu yang kucing dia suka berpeleseran kat balkoni ambik angin.

5 ulasan:

  1. macam2 cara dorang nie tdo. haihhh,ni pesen bahaya

    BalasPadam
  2. huhuhuh bahaya tau...lenkali suh mak pasang buai... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aksi tidur berani..tapi memang sesetengahnya xder prasaan gayat kan

      Padam
  3. nakal betul dia kan..hehehe..
    suka tidur tempat tinggi ke dia tu

    BalasPadam
  4. Mcm kucen teman jugak.. x tskut gayat.. aish.. hu3

    Follower no. 56

    do follow me back.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/

    my 2nd blog : cat lover
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~