Jumaat, Mac 25, 2011

Berita Baik & Berita Buruk

BERITA BAIK

Assalamualaikum semua. Ni nak kabor la kan, Pak Gebu nampaknya dah menunjukkan perubahan positif. Tapi bukan la 100%. Cuma boleh bagi dia 60% je. Sebelum ni terbaring je dalam kotak nun. Hari ni dah boleh bangun sambil mengeliat dan melunjur kaki depan dan belakang. Alhamdulillah... Berkat minum air madu dan air kelapa sejak 3 hari yang lepas. Juga berkat doa dari kawan-kawan seperti Cik Marie, Chika, Meawmania, Cik ruby, Cik MQ dan lain-lain. Terima kasih ya :)


Seleranya ada cuma slow sikit bila nak mengunyah. Dicium berkali-kali frieskies tu sebelum dijamah. Mungkin nak ambil mood dulu agaknya.


Hi semua, saya la Pak Gebu yang comot. Walaupun saya comot, saya sangat manja dengan Cik Siti. Bila Cik Siti panggil, saya akan menggesel-gesel kepala saya di dinding, rak pinggan,lantai atau almari dapur. Cik Siti cakap saya ni tak padan dengan tua. Hehe ~~

Pagi tadi baru saya ada selera nak makan. Sebelum ni Cik Siti bagi saya minum air madu atau air kelapa je. Tu pun dia paksa saya. Banyak la dia membebel kat saya sebab taknak makan. Saya bukan taknak makan cuma takda selera je. Saya pun taktau kenapa. Tengahari tadi pulak Cik Siti bagi saya ayam rebus. Boleh la saya gagahkan diri untuk makan. Kang tak makan kecik pulak hati Cik Siti. Penat dia rebus tau ~~


Hari ni baru la saya dapat keluar dari kotak. Baring-baring kat ruang tamu dengan Cik Siti. Tapi saya masih lemah. Yelah dah berapa hari saya tak makan. Perut saya pun dah jadi ramping. Tak payah pegi Slimworld. Hmm...lomah betol den ni ha...~~


Ini la jari tangan saya yang luka tu. Sampai bernanah. Cik Siti suka picit-picit kat situ. Saya pun menjerit la sakit. Lepas tu Cik Siti pujuk balik katanya dia picit-picit sebab nak keluarkan darah & nanah kat celah jari saya tu. Apa la kamera hp Cik Siti ni. Gambar tak clear langsung. Nanti saya suruh Cik Siti beli hp yang lebih canggih manggih supaya dia dapat ambil gambar yang lebih terangggg....Ok berbalik pada luka tadi. Kaler pepel tu sebab Cik Siti spray kan ubat. Baunya saya tak suka la..saya selalu terbersin lepas Cik Siti sembur ubat tu.


Oklah, saya dah mengantuk ni. Saya nak berehat untuk mengumpul semula tenaga yang hilang. Ada masa kita jumpa di entri yang lain ya. ZZzzzZZzzzzz ~~~~


BERITA BURUK





POKOK ALOE VERA AKU PATAH. NI MESTI BUDAK-BUDAK MAIN BOLA PUNYA PASAL. NAK MAIN BOLA PEGI LA KAT PADANG NUN. NI KAT TEMPAT PARKING MOTO PULAK DIJADIKAN PADANG BOLA. PENAT AKU SIRAM DAN JAGA SELAMA NI. HANGINNN JE AKU RASA!!!! HNSSS....HNSSS....RASA MACAM API DH KUAR KAT LOBANG IDUNG NI..EEEeeeeiii !!! ~~

Rabu, Mac 23, 2011

Gebu Oh Gebu



DAHULU



Beberapa minggu yang lepas. Senget & Gebu makan & minum bersama. Gebu makan dengan berselera



Lepas makan Gebu bersihkan luka kat kaki. Sambil melese-lese kat bantal untuk tidur. Manja betul! Tapi Gebu nampak macam dah tua. Entah dari mana asalnya. Luka kat kaki Gebu aku tuang minyak gamat.


SEKARANG


Tapi Gebu sekarang dah tak macam dulu. Dia sakit. Tak pasti sakit apa. Makan takmau, minum jenuh bersuap pakai syringe. Kaki dia yang luka dulu dah bernanah.



Semalam pergi petshop beli ubat untuk luka Gebu. Mudah-mudahan luka tu cepat baik.



Dah 2 hari Gebu tidur dalam kotak ni. Bila dipanggil dia menyahut. Sayu je tengok. Tapi makan/minum pun takmau. Kencing pun kat situ jugak.



Hanya mampu suapkan air+madu. Frieskies lembut tu jenuh la nak suap dia. Tu pun dia luah balik.


Hai la Pak Gebu. Kamu sakit apa ya. Bukan aku takmau bawa kamu pegi jumpa vet. Kekangan masa & kos buat aku tak berkesempatan bawa kamu ke sana.


Tengahari tadi balik rumah. Beli air kelapa, suapkan Gebu boleh la gagah dia menelan. Harap-harap mujarab la air kelapa tu untuk mengubati penyakit kamu Pak Gebu.

Selasa, Mac 22, 2011

Gebu Sedang Sakit



Gebu sakit. Makan takmau, minum pun takmau. Patut la lama tak nampak batang hidung. Rupanya kamu melepek kat dalam bilik peti surat tepi rumah. Pagi semalam aku letak wet food langsung kamu tak usik. Tengahari semalam tengok kamu tak ada. Malam tadi balik keje cari-cari jumpa kamu di bawah tangga. Muka pucat, tido memanjang. Bawa kamu masuk dalam rumah. Suapkan air, suapkan makanan takmau jugak. Sampai terkencing Gebu kat lantai. Nak berjalan pun macam tak larat. Malam tadi bagi tido dalam kotak letak dekat yard. Sakit hati betul kalau kucing sakit depan mata :(

Selasa, Mac 15, 2011

Senget & Gebu Bergaduh



Lunch tadi balik rumah. Macam biasa Senget & Gebu dah tunggu depan pintu. Bagi masuk dorang makan gilir-gilir. Lepas makan masing-masing menjulur kaki. Yelah, dalam rumah kan lantainya sejuk & licin. Bergolek sakan la dorang ni. Tak macam kat luar lantainya kotor,kasar & panas. Si Senget mengiaw nak manja-manja. Datang Si Gebu disondol-sondol muka senget. Bajet nak manja-manja la dengan Senget. Sebab Gebu ni memang manja. Sekali Senget tarik muka. Dah start la tu....


Kali ke2 Gebu gesel muka kat Senget, Senget meradang lah. Senget tenung Gebu dengan pandangan tak puas hati. Aku dah agak lepas ni mesti Gebu kena terkam. Tak sampai 2 saat dorang dah bergelut. Si Gebu ok je, Senget je lebih-lebih tak puas hatinya. Entah apa yang dengki sangat kat Gebu tu. Bulu masing-masing dah berterbangan. Cepat-cepat aku cekak belakang leher Senget. Tarik dia letak kat luar semula. Yang Gebu menggelabah panjat tingkat dapur nak cari jalan keluar. Macam boleh keluar je sebab tingkap bertutup. Kesian Gebu, trauma. Tak lama lepas tu aku lepaskan Gebu ikut yard belakang. Kang bergaduh pulak kalau lepas kat pintu depan.

Tapi Senget pun kesian jugak. Selama ni dia sekor je yang aku tumpahkan kasih sayang. Datang Gebu yang manja terlebih. Jeles la dia....adoii, masing-masing dah tua. Yang sekor kepala senget, yang sekor bulu dah season/gugur. Buat apa nak gaduh-gaduh. Aku sayang 2 2,aku bagi makan sama rata. Kalau aku dah tak ada, pindah ke mana-mana sapa la nak jaga kamu berdua ekor ni.
Hmmm....



*sekadar meluahkan perasaan*

Jumaat, Mac 11, 2011

Jepun Dilanda Tsunami



Scale Richter : 8.9
Jumaat 12/3/2011 05.30 waktu Malaysia





Ampunkan segala kesalahan dan dosa-dosa kami Ya Allah. Engkau yang Maha Mengetahui. Lindungilah kami dari malapetaka & bencana ini. Amin Ya Rabb..

Rabu, Mac 09, 2011

Tidur Tidur Tidur & Tidur

Macam budak kecik, tido celah ketiak



Bantal takde, handbag pun jadi


Kepalamu dikakiku


Kakiku di kepalamu



Macam mat gian je



Last sekali, yang ni muka merajuk sebab kena tinggal 4hari sempena CNY.





Selasa, Mac 08, 2011

Happy Womens Day


It's Your Day!It's Your Day! Wish a special day to a special woman!

Woman is blend of beauty and brains,who can put all things right!Happy Womens Day..








Saya Menang Rm10,000

Tut...tut...

Bunyi sms masuk dalam inbox hp aku.

Pengirim : +60178397314

Congratulations!
Nombor Hotlink anda tlh berjaya mendapatkan hadiah utama wang tunai RM10,000. dari AIR ASIA SDN BHD. Sila hubungi: (0142803451)
Terima Kasih.


Aku reply balik : ANAK IKAN BERENANG-RENANG, TAK SENANG!

Isnin, Mac 07, 2011

Mati Sudah



LESEN SAYA SUDAH MATI 3/3/2011. HARI NI BARU TERPERASAN. MULA MENGGELABAH BEWAK NAK CARI PEJABAT POS :P


Manusia Berhati Syaitan

Assalamualaikum..
Publish Post


Pagi-pagi ni menyirap darah aku mengenangkan kes si pengkid durjana di bawah. Hanya buat surat maaf?? semudah itu?? lepas tu siap buat report polis pasal dapat sms ugutan. Tau pulak takut..kenapa kau takut ha pompuan?? Mana sifat 'kejantanan' kau yang tak berapa nak jantan tu?? Elok-elok jadi pompuan nak jadi macam jantan pulak. Aku rasa macam nak cakar-cakar je muka kau pakai kuku si Senget tau tak. Kau rasa megah sangat ke buat macam tu kat makhluk yang tak berdaya tu?? Kau rasa hebat/stylo sangat ke?? Dengan kucing boleh la..cuba kau buat macam tu kat anak singa atau harimau, aku nak tengok! Aku rasa nak pijak-pijak, nak sepak-sepak je kau macam yang kau dah buat kat anak kucing tu.


Tapi aku tak sekejam tu. Aku masih ada perasaan belas. Kau ado??? nan ado!!! Sebab Kalau kau ada sifat tu kau tak akan buat macam tu kan. Setakat buat surat maaf langsung tak memadai untuk kami semua yang tak puas hati dengan tindakan kau juga untuk anak kucing yang dah mati tu dan ibu kucing yang kehilangan anaknya akibat tindakan kejam kau.

Aku rasa pompuan ni patut diberi hukuman. Hukuman yang dapat mengajar dia untuk jadi perempuan sejati yang lebih bertamadun. Jangan sebat, rotan ke apa. Bagi dia buat kerja amal. Letakkan dia kat mana-mana pusat perlindungan haiwan yang ada di Malaysia. Suruh dia cuci, bersihkan semua sangkar/kandang. Suruh dia bagi makan, bagi mandi, bagi ubat dan semua kerja yang berkaitan lah. Dengan syarat kena pantau la. Kang dia sepak, dia pijak lagi kang naya je. Moga-moga terbit perasaan belas dan insaf dari dalam diri dia. Dan yang paling penting, moga-moga dia dapat hidayah dari-Nya untuk sayang/kasihan pada binatang.

Sabtu, Mac 05, 2011

Kawan Baru Senget

Assalamualaikum....


Selamat hari Sabtu. Saya suka hari Sabtu. Hari Sabtu pun suka saya. Hahaha...

Semua orang pun mesti suka hari Sabtu sebab hari cuti, boleh bersantai-santai, melepak-lepak, bangun lambat, kemas rumah, shopping & macam-macam lagi. Pagi ni bangun lambat pukul 9. Sorang-sorang kat rumah, housemate tak ada. So, kite enjoice!

Teringat kat senget. Mesti dia tengah tunggu kat luar pintu. Nampak je kelibat aku berjalan dari bawah pintu mula la mengiaw sakan. Nak masuk la tu.

HAI ! GOOD MORNING..KENAPA MUKA MONYOK TU...haha


Ooo..senget bawa kawan ye. Panggil masuk sekali, tapi senget tak mesra alam dengan kawan baru ni. Kawan baru senget bulu gebu tapi comot. Bulu pun banyak gugur. Nampak gemuk, bila pegang rasa tulang. Jantan pula tu. Patut la senget monyok. Kalau betina mesti senget terkinja-kinja.

Senget tak suka duduk dekat dengan kawan baru. Tapi diorang ok sebab tak gaduh. Cium-cium sikit tapi tak menyembur pun. Bagus!


Tak apa lah kalau senget takmau kawan dengan saya. Saya taknak bergaduh. Saya cuma perlukan sedikit makanan dan perlindungan sebab saya tak sihat. Saya selsema dan kaki saya cedera.


Saya sangat haus






Saya sangat lapar sampai termengah-mengah bila makan.


Aku rasa kucing ni dulu orang bela. Bulunya kembang dan cantik. Jinak pulak tu. Langsung tak takut bila aku pegang. Mungkin bila dah tua, tak cantik, berpenyakit..kena buang. Tapi kenapa rumah aku yang dituju? Dari mana dia datang?

Tak kisahlah, nanti bila kamu lapar atau sakit. Datang je ke rumah aku. Makanan sentiasa ada. Kalau kamu sakit, kamu duduk la depan pintu rumah aku. Senang aku nak tengokkan.


Lepas bagi makan kat 2 ekor ni, aku teruskan keje mengemas. Macam biasa, senget akan jadi mandur bila aku tengah sapu & mop lantai. Takde pulak dia nak main kejar-kejar dengan penyapu atau mop. Mungkin dia segan sebab dah tua. Hihihi ^__^