Ni nak kongsi cerita beberapa hari yang lepas aku pergi minum kat 1 kedai mamak ni. Pelanggan boleh tahan ramainya yang keluar masuk. Aku pilih meja yang paling hujung. Open air la sikit.
"Macha, milo ais satu!"
"Wokey..."
Slurpp...sedaknya teguk milo ais waktu cuaca panas ni. Sedang asyik berbual, terasa ada 'sesuatu' landing kat kaki. Terkujat den! Aku jenguk kat bawah meja,ternampak la mamat ni dengan wajah selamba badak dia. Dia pun pandang aku.."miaww.." dengan suara yang manja. Muka comel, bulu warna oren. Saat aku terpandang kakinya, Ya Allah..kenapa jadi macam tu. Sebelah kakinya patah dan terkulai. Tapi dia masih kuat untuk berjalan ke sana sini. Sedih tengok keadaan dia macam tu. Sakit hati mengenangkan siapa la yang punya angkara. Terharu tengok dia masih kuat dan bersemangat ke sana sini mengharap sedikit makanan dari pelanggan yang datang.
Kenapa kat kaki aku juga yang kamu menempel. Kalau kamu tak menempel kat kaki aku takde la hati aku sakit bila tengok keadaan kamu macam itu. Kalau kamu boleh aku ambil bawa balik, akan aku ambil pada masa itu juga. Mengenangkan tahap kemampuan aku yang terbatas, kamu terpaksa kekal di tempat ini wahai sang kucing. Apa yang mampu aku buat, usap-usap kepala dia supaya dia rasa masih ada yang masih sayang pada dia. Belikan sekor ikan goreng bagi dia makan.
Sang kucing cepat-cepat beredar dari situ sambil menggonggong ikan goreng. Dipandang kiri dan kanan takut-takut ada yang mahu merampas ikan itu daripadanya. Hati aku makin sayu dan aku pun cepat-cepat pergi dari situ. Langsung tak pandang belakang dah. Hari itu rezekinya ikan goreng. Esok lusa apa pula? Apakah dia akan terus diseksa/diganggu oleh manusia yang tiada akal? Tapi aku percaya setiap binatang yang terbiar Allah dah tentukan rezeki mereka.
Salam,
BalasPadamdi mana lokasi kucing ini kamu nampak?
Terima kasih!
sedih.....
BalasPadamtedi: cik timah area subang...eh bto ke? agak la kawasan tu xpun area damansara yg dah hala ke subang.
ya Allah!!
BalasPadamsdihnya anis bca...smoga dia trus dilindungi...
area subang bestari cik tedi...
BalasPadammarie - subang ada byk jenis kt sini, subang bestari,subang impian,subang mahsing,subang telinga...opss..terlebeyyy sudah.
anis - saya yg melihat lagi sedeh..tak terdaya nk tolong dia.hanya mampu bg makan.
siannye si comel...:'(
BalasPadamcian nye die.. =(
BalasPadamsedihnya tgk keadaan si comel tu :(
BalasPadamsmoga dia dilindungi oleh-Nya, amin...
Sedihnya tengok si comel ni.. Alhamdulillah dia jumpa cik siti. dpt makan ikan goreng...
BalasPadam:(
sedih betul.. waaaaa
BalasPadamSalam Cik Siti,
BalasPadamAlhamdulillah, Mmg rezki dia jumpa Cik Siti dpt lah sikit makan.
Nanti kalau boleh atau kalau jumpa lagi Cik Siti ambil dia hantar lah kesini, simpati sgt tgk keadaan dia. Kalau boleh lah...
terima kasih cik Siti...
Aduhai sedihnya, kalau ikutkan hati mungkin kak Kim ambik dia, tp kak kim tahu Siti punya sbb tertentu. Apapun t/kasih byk2 sudi bagi dia makan, Alhamdulillah....
BalasPadamYe kawan2..Berat mata kita yg memandang. berat lagi kucing tu memikul kesakitan..kalau boleh taknak jumpa binatang2 yg daif macam ni.tapi nak buat macam mana kan klu dh terjumpa.
BalasPadamPM, Insyaallah klu terjumpa nti saya akan bawa dia ke rumah PM.