Rabu, Februari 16, 2011

Cuti CNY, balik kampung & ibu beranak lagi



As Salam...

Hari ni nak cerita pasal cuti CNY yang lepas. *gile dah basi punya citer ni* well..you know me :P
*terhegeh-hegeh betul kau ni!*. Baiklah, sempena cuti CNY yang lepas, dapat lah aku bercuti selama 4 hari bermula dari 4-7 Feb 2011. Waa..manyak syiok hoh! Wa memang suka cuti panjang. Sebab bila cuti panjang saje wa boleh balik kampung. Setakat cuti 2 hari je..mana cukup hoh!. Seawal 8 pagi aku dah bertolak dari Subang ke Sg Way untuk pickup kakak aku. Then, 9.30 pagi kami terus bertolak balik ke kampung melalui highway Plus. Disebabkan kesesakan jalan menjelang musim perayaan ini, kami berjaya sampai ke kampung pada pukul 3.30 petang. Itu pun berhenti sekejap kat R&R Bkt Gantang. Nak berhenti kat R&R lain, ramai gilaaaa...Nak cari meja makan pun x dapat. Kebulog la kami dalam kete nun.

Sampai je kat rumah apa lagi. Makan la...Tengah duk bersila ramai-ramai sambil potpet potpet, si mak buyung ni pun ikut join sekali. Nampak perut dia dah sarat sangat. *Aikkk...lepas raya puasa tahun lepas baru je kau beranak,sekarang ni memboyot lagi. Subur betoll! * Pastu mengiaw-ngiaw je dia. Nampak gelisah ke hulu ke hilir. Naik atas rumah, turun balik ke bawah. Dalam hati aku pikir ni mesti dah nak dekat beranak ni. Sambil tu kakak ipar aku bagitau si ibu ni dah siapkan tempat untuk dia beranak. Iaitu di dalam bilik kakak aku..Hmmm..dah agak..tempat favourite tu.

-Beberapa jam sebelum bersalin-

Lebih kurang pukul 5 petang si ibu ni makin gelisah. Sambil mengiaw-ngiaw atas tangga. Aku check kat bontotnya. Dah terkeluar kantung macam belon. Alamakkk..ibu dah nak beranak ni. Cecepat aku angkat dia naik atas rumah. Then letak dia kat tempat yang dia dah siapkan tu. *ibu carik-carikkan kertas,paper & surat yang ada dalam bilik kakak aku & kumpul kat satu tempat. Pandai betul la..* Patut la masa sampai je kat rumah kakak aku heran,mana datangnya kertas-kertas ni. Dia terus sapu..masa kakak aku tengah sapu, si ibu mengiaw-ngiaw kat kakak aku. Oooo..patut la ibu marah. Penat-penat dia siapkan tempat nak beranak kakak aku sapu pulak. Huhuhu...

Sambil menunggu ibu meneran. Aku cakap kat ibu "push! push!..tarik napas dalam-dalam and push! go ibu! go! *heh..aku tipu je* Tapi kesian sangat tengok ibu beranak. 1st time dalam hidup aku tengok kucing beranak depan mata. Subhanallah...Ibu diam je waktu meneran. Kalau manusia dah menjerit-jerit. Binatang ni kalau sakit pun dia diam je. Tepat 5.11pm keluar la baby yang pertama kaler belang2 kelabu + putih bersama tangisannya yang nyaring dan halus. Ibu menjilat-jilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Beberapa minit selepas itu keluar baby yang ke-2 kaler hitam+putih. Sehingga pukul 6.30 baru 3 ekor yang keluar. Ni tak habis lagi, mesti ada lagi ni.

-Ibu sedang mengerah tenaga untuk 1st baby-

-Take a break with susu. Penat weh-

Pukul 6.30 ptg aku ngan kakak pegi Relau,Kedah. Perjalanan lebih kurang 45min dari rumah. Pukul 10.30 malam balik ke rumah terus naik ke atas nak tengok ibu. Alhamdulillah..ibu selamat melahirkan 7 ekor anak. Aku andaikan ibu baru selesai beranak sebab tengok baby yang last masih basah bulunya. Aiyarkk...5.11pm - 10.15pm. Lama giler..kesian ibu. Sebelum ni, lepas raya puasa tahun lepas pun 7 ekor yang lahir. Yang hidup 2 ekor je. Yang lain umur tak panjang. Mungkin kelemahan genetik agaknya *eh,betul ke apa yang aku cakap ni?* Si ibu ketiduran kepenatan manakala kesemua babynya gigih mencari nenen ibu. Masing-masing berebut-rebut nak menyusu. Hermmm..so sweetttt!

-Ibu kepenatan. complete 7 ekor-


-Hai cume! caye bayu kuar dari peyot ibu. cantik tak cetokin caye.ibu kate caye ikut kaler bapak caye.adik-beyadik caye pun cume ade cetokin tiut cam caye-


Nampak tak kertas-kertas koyak yang berterabur tu. Semua tu ibu yang buat. Lepas ibu beranak, aku pindahkan anak-beranak di dalam bakul. Tapi kecik la pulak. Esok pagi aku ngan kakak aku pegi pekan cari bakul yang lebih besar khas untuk ibu & anak-anaknya supaya lebih selesa.

P/S - Aku ada rakam saat-saat ibu tengah beranak. Patut tak aku upload? Rasa macam kesian pulak.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah...

    wahh sampai 7 ekor yer..mesti dah byk kali beranak nih, kesian pulak tgk si Ibu mesti letih melahirkan smpai 7 ekor tu kan..

    nak membesarkan pon 1 hal, mesti yg lemah tak cukup susu sbb kena berebut nak menyusu

    harap2 semuanya selamat..

    BalasPadam
  2. Kalau tak mau kasi dia beranak lagi sebab kesiankan, bagi lah makan ubat perancang keluarga utk kucing. RM2.50 sahaja kat kedai pets, setakatni yg jumpa murah sekali di sg petani, satu blok dgn restoran nasi kandar kayu. kalau a. star mau sampai rm5.oo

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~