Rabu, Februari 23, 2011

Kaki dia patah

Assalamualaikum...


Ni nak kongsi cerita beberapa hari yang lepas aku pergi minum kat 1 kedai mamak ni. Pelanggan boleh tahan ramainya yang keluar masuk. Aku pilih meja yang paling hujung. Open air la sikit.

"Macha, milo ais satu!"

"Wokey..."


Slurpp...sedaknya teguk milo ais waktu cuaca panas ni. Sedang asyik berbual, terasa ada 'sesuatu' landing kat kaki. Terkujat den! Aku jenguk kat bawah meja,ternampak la mamat ni dengan wajah selamba badak dia. Dia pun pandang aku.."miaww.." dengan suara yang manja. Muka comel, bulu warna oren. Saat aku terpandang kakinya, Ya Allah..kenapa jadi macam tu. Sebelah kakinya patah dan terkulai. Tapi dia masih kuat untuk berjalan ke sana sini. Sedih tengok keadaan dia macam tu. Sakit hati mengenangkan siapa la yang punya angkara. Terharu tengok dia masih kuat dan bersemangat ke sana sini mengharap sedikit makanan dari pelanggan yang datang.

Kenapa kat kaki aku juga yang kamu menempel. Kalau kamu tak menempel kat kaki aku takde la hati aku sakit bila tengok keadaan kamu macam itu. Kalau kamu boleh aku ambil bawa balik, akan aku ambil pada masa itu juga. Mengenangkan tahap kemampuan aku yang terbatas, kamu terpaksa kekal di tempat ini wahai sang kucing. Apa yang mampu aku buat, usap-usap kepala dia supaya dia rasa masih ada yang masih sayang pada dia. Belikan sekor ikan goreng bagi dia makan.

Sang kucing cepat-cepat beredar dari situ sambil menggonggong ikan goreng. Dipandang kiri dan kanan takut-takut ada yang mahu merampas ikan itu daripadanya. Hati aku makin sayu dan aku pun cepat-cepat pergi dari situ. Langsung tak pandang belakang dah. Hari itu rezekinya ikan goreng. Esok lusa apa pula? Apakah dia akan terus diseksa/diganggu oleh manusia yang tiada akal? Tapi aku percaya setiap binatang yang terbiar Allah dah tentukan rezeki mereka.




Rabu, Februari 16, 2011

Cuti CNY, balik kampung & ibu beranak lagi



As Salam...

Hari ni nak cerita pasal cuti CNY yang lepas. *gile dah basi punya citer ni* well..you know me :P
*terhegeh-hegeh betul kau ni!*. Baiklah, sempena cuti CNY yang lepas, dapat lah aku bercuti selama 4 hari bermula dari 4-7 Feb 2011. Waa..manyak syiok hoh! Wa memang suka cuti panjang. Sebab bila cuti panjang saje wa boleh balik kampung. Setakat cuti 2 hari je..mana cukup hoh!. Seawal 8 pagi aku dah bertolak dari Subang ke Sg Way untuk pickup kakak aku. Then, 9.30 pagi kami terus bertolak balik ke kampung melalui highway Plus. Disebabkan kesesakan jalan menjelang musim perayaan ini, kami berjaya sampai ke kampung pada pukul 3.30 petang. Itu pun berhenti sekejap kat R&R Bkt Gantang. Nak berhenti kat R&R lain, ramai gilaaaa...Nak cari meja makan pun x dapat. Kebulog la kami dalam kete nun.

Sampai je kat rumah apa lagi. Makan la...Tengah duk bersila ramai-ramai sambil potpet potpet, si mak buyung ni pun ikut join sekali. Nampak perut dia dah sarat sangat. *Aikkk...lepas raya puasa tahun lepas baru je kau beranak,sekarang ni memboyot lagi. Subur betoll! * Pastu mengiaw-ngiaw je dia. Nampak gelisah ke hulu ke hilir. Naik atas rumah, turun balik ke bawah. Dalam hati aku pikir ni mesti dah nak dekat beranak ni. Sambil tu kakak ipar aku bagitau si ibu ni dah siapkan tempat untuk dia beranak. Iaitu di dalam bilik kakak aku..Hmmm..dah agak..tempat favourite tu.

-Beberapa jam sebelum bersalin-

Lebih kurang pukul 5 petang si ibu ni makin gelisah. Sambil mengiaw-ngiaw atas tangga. Aku check kat bontotnya. Dah terkeluar kantung macam belon. Alamakkk..ibu dah nak beranak ni. Cecepat aku angkat dia naik atas rumah. Then letak dia kat tempat yang dia dah siapkan tu. *ibu carik-carikkan kertas,paper & surat yang ada dalam bilik kakak aku & kumpul kat satu tempat. Pandai betul la..* Patut la masa sampai je kat rumah kakak aku heran,mana datangnya kertas-kertas ni. Dia terus sapu..masa kakak aku tengah sapu, si ibu mengiaw-ngiaw kat kakak aku. Oooo..patut la ibu marah. Penat-penat dia siapkan tempat nak beranak kakak aku sapu pulak. Huhuhu...

Sambil menunggu ibu meneran. Aku cakap kat ibu "push! push!..tarik napas dalam-dalam and push! go ibu! go! *heh..aku tipu je* Tapi kesian sangat tengok ibu beranak. 1st time dalam hidup aku tengok kucing beranak depan mata. Subhanallah...Ibu diam je waktu meneran. Kalau manusia dah menjerit-jerit. Binatang ni kalau sakit pun dia diam je. Tepat 5.11pm keluar la baby yang pertama kaler belang2 kelabu + putih bersama tangisannya yang nyaring dan halus. Ibu menjilat-jilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Beberapa minit selepas itu keluar baby yang ke-2 kaler hitam+putih. Sehingga pukul 6.30 baru 3 ekor yang keluar. Ni tak habis lagi, mesti ada lagi ni.

-Ibu sedang mengerah tenaga untuk 1st baby-

-Take a break with susu. Penat weh-

Pukul 6.30 ptg aku ngan kakak pegi Relau,Kedah. Perjalanan lebih kurang 45min dari rumah. Pukul 10.30 malam balik ke rumah terus naik ke atas nak tengok ibu. Alhamdulillah..ibu selamat melahirkan 7 ekor anak. Aku andaikan ibu baru selesai beranak sebab tengok baby yang last masih basah bulunya. Aiyarkk...5.11pm - 10.15pm. Lama giler..kesian ibu. Sebelum ni, lepas raya puasa tahun lepas pun 7 ekor yang lahir. Yang hidup 2 ekor je. Yang lain umur tak panjang. Mungkin kelemahan genetik agaknya *eh,betul ke apa yang aku cakap ni?* Si ibu ketiduran kepenatan manakala kesemua babynya gigih mencari nenen ibu. Masing-masing berebut-rebut nak menyusu. Hermmm..so sweetttt!

-Ibu kepenatan. complete 7 ekor-


-Hai cume! caye bayu kuar dari peyot ibu. cantik tak cetokin caye.ibu kate caye ikut kaler bapak caye.adik-beyadik caye pun cume ade cetokin tiut cam caye-


Nampak tak kertas-kertas koyak yang berterabur tu. Semua tu ibu yang buat. Lepas ibu beranak, aku pindahkan anak-beranak di dalam bakul. Tapi kecik la pulak. Esok pagi aku ngan kakak aku pegi pekan cari bakul yang lebih besar khas untuk ibu & anak-anaknya supaya lebih selesa.

P/S - Aku ada rakam saat-saat ibu tengah beranak. Patut tak aku upload? Rasa macam kesian pulak.

Jumaat, Februari 11, 2011

Santai-santai Si Senget

Assalamualaikum.....

Hai hai hai


Layankan aje video-video dan gambar-gambar encik senget ni ye. Dia makin mengada. Nak makan mesti berteman. Nak baring-baring pun mesti berteman. Kalau aku ke dapur dia mengekor, aku ke bilik dia mengekor, aku ke toilet pun dia mengekor. Dengan mulut bising nya....reowwww!! Bergema 1 rumah...




Yang ni paling mengada-ngada. Waktu ni tengahari, kat luar hujan. So cuaca sejuk. Senget datang terus tido kat atas kaki aku dengan selamba bewak. Siap mengerekot pulak tu. Saja je tau..




Haa...yang ni pulak kekasih baru senget. Ntah dari mana mai pun cek taktau. Tapi dia gemuk sikit dari senget. Senget pulak slim..Gemuk pun takpa la senget. Janji comeyy... :D



Cecececeh...temankan kekasih makan tu...


Macam ni la ghopenye kalau tunggu aku balik keje.


Buruk benor ghope kamu cenggini senget oii..


Nak tido je mesti beralas. Tak kira la alas kaki ke, surat khabar ke, bantal ke, atas baju ke. Janji beralas. Sungguh demand ini kucing tau!


As Salam...

Rabu, Februari 02, 2011

Awek Baru & Bantal Busuk Senget

Pagi nak pegi keje, nampak kucing baru (stray cat) dekat bawah tangga. Bila aku dekat dia hiss. Bila senget dekat aku halang, takut berkelahi nanti. Tapi kucing baru tu tak hiss kat senget. Bila senget datang dekat dia, senget cium dia. Walawehh, komfom awekssss nih. Patut makanan cepat habis. Rupanya senget bawa awek datang makan sekali.


Bantal busuk senget. Aku ambil dari kereta.


Nampaknya senget suka.



Masuk ke rumah terus tuju ke bantal busuk dia.



Tidur dengan penuh asyik.