Jumaat, Disember 31, 2010

Aktiviti Sempena Cuti Umum Kemenangan Msia Pada Piala Suzuki AFF ~ part 1



Hari ini Hari Jumaat. Tapi suasananya macam hari minggu. Bangun awal pagi terus mula gotong-royong sorang-sorang mengemas rumah. Lipat baju,sapu sampah,mop lantai dari bilik (bilik aku je,bilik org sebelah tak kuasa nyah!), hall hingga ke dapur. Ntah berapa banyak kalori aku sudah terbakar. Sian lemak-lemak aku turut terbakar. Penat kumpul tau.

Ini Mandur Senget. Pagi-pagi lagi dia dah memekak kat luar minta pintu dibuka. Dia akan memantau kerja-kerja rumah untuk hari ini. Tengok muka dia, serius kan.



Dia memerhati setiap tugas yang aku buat dengan teliti dari atas lipatan karpet itu.


Tugas menyapu dan mengemop sudah selesai.

Mandur Senget akan memeriksa sama ada rumah bersih atau tidak.


Ok, mandur Senget berpuas hati dengan tugas yang dilaksanakan.


Boleh makan dengan senang hati.


Tapi..........lepas makan Mandur Senget duduk dalam penyodok sampah.


Apa Mandur senget dah BUANG TEBIAT???


Lantak pi kat hang lah....asalkan hang bahagia...


Wassalam....

Isnin, Disember 27, 2010

Penunggu setia, penghibur hati, penawar duka.

Balik rumah, ada yang sedia menanti.




Sian, demam ke encik senget ?


Ololololo.....macam demam kura-kura je...



Halah..halah...nak kena selimut bagai....dah makan ubat ke ni??



p/s : saje berlakon je senget ni. padahal baru lepas melantak. kenyang perut cari port nak landing baekkk munyee...contohnya seperti di bawah :



Dan juga seperti di bawah.



Selain suka cari port landing yang baekk munye..senget juga selalu berhasad dengki dengan aku. Tengah layan nak baca 'bilik asmara' boleh pulak dia landing kat atas paper tu.

Bangun la senget, kau bukan reti baca pun paper tu.


Boleh pulak dia buat muka toya...


Apa tingok-tingok..tak puas hati??

Dia yang pernah menggigit aku !

Assalmualaikum :)


Kejadian berlaku pada aidilfitri yang lepas (long time ago, baru nak post..apa daa). Pagi raya ke-2. Pegi belakang rumah nak kutip daun kesum untuk dibuat laksa. Terserempak dengan miaw kecik ni. Tapi dia lari bila nampak aku. Dia lari panjat pokok pelam kat tepi parit. Ingatkan kucin kakak aku. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.


Aku : Da! hang mai sat..ni kucin hang ka? awat dia penakut sangat. Kaler hitam coklat..

Da : Dak aih..bukan kucin aku. Kucin orang buang kot.

Aku : Ya ka..ingatkan kucin hang tadi. Tu dia lari panjat pokok tak berani nak turun.

Da : Biaq pi kat dia lah. Satgi dia lapaq dia turun la.


Puas aku pujuk suh miaw tu turun. Tapi tak mau. Mulut bising pulak tu.





Berjam-jam jugak la dia duk kat ats pokok tu. Aku letak ikan rebus kat dahan pun dia tak usik. Penakottt sungguh. Tengahari tu baru la dia nak turun. Aku hendap dia senyap-senyap. Budget nak tangkap la konon. Tapi berdesup dia lari. Kejar punya kejar dapat aku pegang belakang dia. Meawwwww...!!!!! ngapp! Perghhh..habis tangan aku dia gigit. Padan muka aku...Amikkk...Mak aku gelakkan je..Haha Nasib baik anak kucin umur 3-4 bulan. Takde la teruk sangat. Tapi bisa jugak la jari aku tu. Bengkak 3 hari. Sapu lah minyak gamat.


Lepas insiden tu, kelibat kucin tu masih kelihatan di sekitar rumah. Dengar suara dia mengiaw-ngiaw. Bila aku dekat dia lari. Aku letak la ayam,ikan,nasi kat tempat dia menyorok. Habis jugak dia makan. Jual mahal pulak dah....


Beberapa minggu lepas raya tu. Kakak aku mms gambar meaw tadi. Ayat dia berbunyi begini "NI LA KUCIN YANG PENAH GIGIT HANG DULU. LA NI DIA DAH BUAT MACAM RUMAH SENDIRI"



hampeh punya miaw...