Jumaat, Oktober 01, 2010

2 kisah berbeza, 1 makhluk yang sama

Cerita 1...

1 Oct 2010
Jumaat
1.30pm

Aku sampai ke rumah selepas keluar makan tengahari. Hujan yang lebat sebelum itu kembali reda. Senget dan putih mengiaw sakan, ku kira bukan kerana lapar tetapi ingin meminta perhatian barangkali. Ku biarkan senget dan putih masuk ke dalam rumah. Sempat berborak dengan diaekor. Miaww..miawww bunyinya..Terdetik di hati tingkap bilik tidak ditutup. Risau kena tempias hujan. Setelah diperiksa alhamdulillah tak basah. Eh, macam ada sesuatu yang pelik atas tilam. Rupa-rupanya seekor kucing kurap sedang tidur di situ dalam keadaan yang amat daif sekali. Tersentuh hati aku. Mendengar suara senget yang nyaring, si kurap tersentak dan tersedar dari tidur. Tapi tidak pula cuba untuk melarikan diri. Aku keluarkan putih dari rumah. Maklum lah, putih tu 'garing' sikit kalau nampak kucing asing. senget tak apa, dia cooool.

Aku cuba dekati si kurap. Dia kelihatan tenang dan nyaman di atas sejadah di atas tilam.


si kurap

Normalnya bila terjumpa kucing kita sering kali berbual dengan mereka dalam bahasa kucing.
Meawww..meawww. aku menyapa si kurap. Kurap tenang sahaja, hampir langsung tidak kedengaran suaranya bila dia membalas sapaanku.

Kelihatan tubuhnya yang kurus kering. Kurap tebal di telinga dan yang paling menyayat hati, anda boleh perhatikan ekornya. KUDUNG. Ya, ekornya kudung..

Disyaki kurap masuk ke bilik aku dari tingkap yang terbuka ini.


p/s : anda boleh abaikan suara senget yang nyaring itu.

Kurap tak takut, dia manja. Bila aku usap kepalanya, dia makin manja. Terharu,kesian,sedih,marah..semua perasaan tu ada dalam diri aku.

Ku beri makan pada kurap. Dia makan sedikit sahaja. Waktu yang selebihnya dia melese-lese di tangan dan kaki aku. Mengharap perhatian dan kasih sayang mungkin..Kelihatan darah cair menitik dari luka di ekornya. Kurap langsung tidak mengiaw. Sayu....

Ku capai minyak gamat panas. Hanya itu yang aku ada pada masa itu. Minyak gamat biasa sudah habis. Ku titik di ekor si kurap. Dalam hati berharap si kurap tahan pedih. Kurap nampak tenang, masih lagi melese di kaki ku.

Aku biarkan si kurap di dalam rumah sementara aku ke kedai untuk membeli minyak gamat yang biasa. Balik ke rumah, malangnya...si kurap telah pergi. Dia keluar ikut pintu dapur yang terbuka. Aku marah pada diri sendiri atas kealpaan itu. Terkilan.....anda boleh tahu kenapa aku terkilan...

Kuping dan darah dari ekor si kurap terlekat di sejadah, juga di atas cadar. Sikit pun aku tak marah. Sekurang-kurangnya si kurap dapat merasai nikmat tidur di atas tilam daripada berpanas,berhujan dan dianiaya oleh manusia di luar sana.

Aku berharap dapat menemui si kurap lagi.


CERITA 2...

29 Sept 2010
Rabu
8.15pm

Hujan renyai-renyai di luar kedai. Kedengaran suara anak kucing tak berhenti mengiaw. Hati aku dah tak keruan. Tekad..keluar cari anak kucing itu.

Jumpa....dia kebasahan ,kelaparan, kebingungan dan ketakutan dan rupanya agak comot...ku pujuk-pujuk lantas ku bawa masuk ke kedai. Ku beri makanan basah...dia makan dengan lahap. Kesian....


Puas makan, dia tidur dengan nyenyak sekali. Damai...

Terlepas dari basah air hujan dan kelaparan...mana ibunya?? aku pun tak tahu..

Bangun dari tidur, dia sudah ceria, sudah mahu bermain. Tapi masih mengiaw-ngiaw mencari ibu barangkali. Terhibur melihat keletahnya.


10.00pm...

Aku tak boleh terus menjaganya. Tidak boleh di bawa balik. Ku lepaskan dia keluar kedai. Dia mengiaw-ngiaw kebingungan. Menyorok di bawah rimbun pokok bunga. Hati aku sakit....

11.00pm...di rumah..

Aku bertanya pekerja pasar mini keadaan anak kucing tadi. Dia beritahu anak kucing tersebut pergi ke kedai makan berhampiran, ada kucing besar di sana. Ibunya barangkali..Hati aku sedikit lega....

Berharap supaya semua kucing di luar sana sentiasa dilindungi olehNya...

8 ulasan:

  1. sedihnya tgk si Kurap, menyedihkan sekali keadaannya :(

    terima kasih cik siti kerana prihatin kpd kcg2 terbiar ini

    sy doakan smoga Allah sntiasa melindungi cik siti dan smoga rezeki cik siti diperluaskan senantiasa, amin...

    BalasPadam
  2. nangis anis bca sal kurap..
    smoga kurap sntiasa dlm lindunganNya n rezeki Cik Siti dipermudahkan...

    BalasPadam
  3. SATU KISAH YANG AMAT MENARIK DAN BAGUS UTK DIJADIKAN PENGAJARAN SUPAYA KITA INSAF...GAYA PENULISAN CIK SITI ADA POTENSI...KEEP IT UP....

    BalasPadam
  4. ='))
    mulia hati awk..
    semoga Allah memberkati kehidupan awk
    amin

    BalasPadam
  5. Tali Rafiah7/10/10 10:34 PG

    Kucing sy pun lebih kurang sama keadaannya, tp skrg dia dh sembuh sepenuhnya. Sy selalu bersyukur kpd Allah krn menganugerahkan sy hati yg baik dan ikhlas terhadap kucing... dan awk juga patut bersyukur. Tidak semua manusia mempunyai hati yg bersih.

    BalasPadam
  6. 3 hari yg lalu saya ke kedai beli cat food tetiba nmpk kitten agak2 umur 3/4 bulan tapi kurus kering dan kurap. Saya turun kereta terus cari dia tengah nyorok kat rimbunan daunan. Bila nak ambik siap bunyi "hissing" lagi, takut. Bawa balik letak dlm cage & bagi mkn. Cdgnya nk lap dan ubat apa yg boleh tapi atas kealpaan saya, mlm tu bagi mkn letak kat belakang dgn anak2 lain dan saya terus buat kerja. Akibatnya anak kucing tu hilang tah ke mana. Esok paginya pergi cari kat belakang sepanjang2 rumah jiran semua tapi tak ketemu.
    Marah dgn diri sendiri tak habis....apa lah bodoh sgt biar dia di luar cage!Kesian dia, mana peginya??

    BalasPadam
  7. sedih tengok si kurap... si anak kucing mengembalikan kenangan pada si Jess yang juga kami ambil kerana dia datang ke rumah... Malang dia hidup sebentar saja... namun kami puas menjaganya kerana dia amat menguji kesabaran kami...

    BalasPadam
  8. terima kasih semua. Sy doakan kamu semua juga sentiasa dberi keberkatan dan dmurahkn rezeki. Kita ada perasaan yg sama. Hati cepat tsentuh bl tgk binatang yg tbiar dan teraniaya.. -cik siti-

    p/s-tiada nama dipapar kerana update dari hp.

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~