Jumaat, Oktober 08, 2010

Anjing kurap itu, security guard, ofis baru....



Hari pertama aku masuk ofis baru ialah pada 4/10/2010. Jam 8.50 pagi aku hampir tiba ke ofis tersebut untuk mendaftar. Kelihatan anjing 2 beranak ( seekor ibu dan seekor anak) sedang melepak di tengah jalan. Kereta yang lalu di jalan tersebut semuanya terpaksa mengelak dari terlanggar 2 beranak tersebut. Termasuk aku, sambil perlahankan kereta sempat aku melihat keadaan mereka. Kurus, berkurap, kulit/bulu mereka berwarna pink. Macam sopak je aku tengok. Si ibu melayan anaknya bermain. Aku tersenyum simpul melihat keletah mereka. Di depan ofis terjumpa seekor lagi anjing. Yang ini amat daif. Kurus kering,pinggang ramping sekali bak kerengga. Dan berkurap. Aku sempat menatap matanya. dan dia membalasnya dengan pandangan yang sayu. Hmmm..kesiannya kamu...aku tak boleh tunggu lama, harus segera masuk ke ofis.

Hari kedua, senario yang sama berlaku di waktu pagi. Terhibur dengan keletah anak dan ibu anjing tersebut. Waktu petang, aku lihat si ibu memberi anaknya makan dari sisa tong sampah.

Hari ketiga.. aku bawa baki kuih raya 3 bekas. Kalau di rumah takde siapa yang nak sentuh. Masih bergam selotape lagi. Sampai di ofis tak sampai sehari dah habis separuh. Alhamdulillah, tak membazir. Petang itu, habis waktu kerja,terserempak si anjing kurap di guard house. Aku pandang dia, dia pandang aku. Sayu pandangannya, bagai mengharap sesuatu dari aku.Bersyukur kerana aku dianugerahkan perasaan belas terhadap binatang seperti itu, aku berpatah balik ke ofis untuk mengambil sedikit baki kuih raya tadi. Aku mencari port sesuai dulu, segan jugak kot staf lain nampak. Yelah aku ni kan staf baru...aku panggil dia..cit..cit..cit..(macam bunyi kita panggil kucing tu,sebenarnya aku tak tau nak panggil anjing macam mana)dalam jarak lebih kurang 3 meter, aku campak 3 ketul kuih raya. Aku bagi lagi beberapa ketul..habis juga. Boleh dengar bunyi lahap dia. Selang 2 bangunan ofis, terserempak pula si ibu anjing sedang tidur bawah kereta. Anaknya tak tahu ke mana. Aku berhenti dan campak beberapa ketul pada dia. Dia makan, aku senang hati.

Hari keempat. Pagi itu aku beri separuh bekas kuih raya lagi kepada guard india di guard house. Aku cakap tolong bagi pada anjing kurap itu.

aku : u tolong kasi ini kuih kat anjing tu ye. kesian tengok dia kurus kering.

guard : ok2..nanti saya kasi sama itu anjing.

aku : ini penutup bekas u letak la sikit air. nanti dia tercekik.

guard : ok2..terima kasih kakak.

Hari kelima (hari ini) petang tadi, ada baki kuih sarapan pagi tadi belum habis. Aku keluar ke guard house. Minta guard india semalam bagi pada anjing kurap itu. Kelihatan anjing kurap itu sedang baring di tengah jalan. Aku pun taktau la kenapa dia suka lepak tengah jalan. Guard india panggil anjing kurap itu (bunyi macam bersiul,dalam hati..ooo,macam tu ke kalau panggil anjing. Anjing kurap ni aku tengok lain macam sikit. Dia tak garang, tak kejar orang. Aku sempat bertanya kepada guard india tadi kenapa anjing tu jadi macam tu. Dia jawab dulu anjing itu ada orang terlanggar. Mungkin kesan perlanggaran tersebut membuatkan si anjing 'short', pergerakan jadi slow, pandang orang dengan pandangan sayu, kepalanya ada bekas luka. Selesai bagi makan..

guard : terima kasih banyak-banyak la kakak bagi makan sama dia. kakak buat saya mau nangis (sambil dia mengesat air mata.aku tengok mata dia merah)

aku : (eh, biar betul macha ni nangis) kenapa u mau nangis pulak. saya cuma kesian kt anjing tu kurus kering tada makan.

guard : yela..dalam lebih 70 orang staf kat sini kakak sorang saja yang kasi makan sama itu anjing. saya betul-betul bangga la kakak.

aku : tak ada la, saya kesian saja. cuba kalau kita tada makan 1 hari mesti lapar kan. tengok dia entah berapa hari tada makan. mesti la kesian. badan pun kurus kering.

guard : lagi pun kakak baru saja kerja sini. kenapa dulu awal-awal kakak tada kerja di sini?

aku : saya pun baru tau ada kerja kosong kat sini.

guard : ye la kakak. terima kasih la sekali lagi.

aku : ok, nanti ada makanan lebih lagi saya bawa lah.

Tak putus-putus guard india tu bagi ucapan terima kasih kat aku. Aku juga berterima kasih pada dia sebab dia beritahu kadang-kadang ada bawa nasi,tulang ayam,tulang ikan untuk diberi pada anjing kurap itu. Moga dia dimurahkan rezeki.

Hati aku tersenyum riang. Dapat memberi kesenangan kepada makhluk Tuhan walaupun ianya sekecil kuman.

Aku menceritakan kisah ini bukan untuk riak dan bangga diri. Tetapi atas sifat belas terhadap makhluk Tuhan. Walaupun hanya seekor haiwan yang kotor dan berkurap. Bagi sesetengah manusia, dia dipandang hina. Tapi aku pandang mulia terhadap dia. Kerana dia tidak ada dosa dengan manusia dan Tuhan berbanding aku, berbanding kita semua yang bergelar manusia.

4 ulasan:

  1. terima kasih cik siti

    tak ramai di antara kita yg mmpunyai sikap yg prihatin mcm cik siti terutamanya kpd anjing kan, smoga cik siti dimurahkan rezeki oleh-Nya

    BalasPadam
  2. wah, se bek ada cik siti...
    x la klprn anjing tu....
    tq bg phak dia...hehe

    BalasPadam
  3. Bergenang gak airmata baca. Apa la macha ni... huk huk huk.. Time kasih Cik Siti. Baik hati Cik Siti.

    Semoga Cik Siti di murahkan rezeki dan dirahmati oleh-Nya. Amin...

    BalasPadam
  4. MM - bersyukur sgt2 kita ada perasaan camtu kan.
    anis - sama2...klu sape2 tgk dog tu mesti kesian punya lh.
    chika - same2 chika...sedey gak ni tgk dia camtu.

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~