Selasa, September 21, 2010

Sepanjang percutian sempena hari raya

Macam-macam hal berlaku masa balik kampung hari tu. Yang paling banyak semestinya hal yang menggembirakan. Mana tak gembira, berkumpul ramai-ramai, sembang-sembang, makan-makan, jalan-jalan..setahun sekali je dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.

Mula cerita dengan kucing-kucing yang ada sekitar rumah di kampung..bilangan kucing makin berkurang sebab ada yang keluar merayap tak balik dan ada yang mati.

Gambar pembuka tirai untuk entri ini ialah ibu..kakak aku kutip dia kat kedai singer.masa tu dia baru beranak 3 ekor. aku pun turut bersubahat ketika itu..tokey kedai singer tu kata nak bela ambillah.kucing ni baik..sekarang ni tengah sarat sangat. perut dah macam belon. Ntah kali ke berapa dia beranak kali ni kami tak pasti. Yang pasti tiap kali beranak minimum 6 ekor.


Yang ni pulak anak kepada ibu..kami panggil itam je..masih dalam pantang lagi. sama macam ibu dia, kalau beranak sikit-sikit tak main la..sekali 5 ekor kauu...apa nak buat..dah keturunan dia macam tu...





Yang muka macam mintak belas ehsan ni aku panggil awang. Datang tak dijemput, taktau keturunan siapa..tup-tup dia datang ke rumah sendiri..Jangan main-main, kucing kesayangan abah aku ni. Kami semua heran sebab sebelum ni abah aku bukanlah peminat kucing. Dulu pantang jumpa kucing, siap rotan kat tangan. Sekarang ni, si awang ni la jadi pujaan hati abah aku. Bagi ikan,ayam,kuih,cokodok, untuk awang sorang je. Yang lain dia tak peduli. Semuanya untuk awang. Siap didukung awang ni duduk atas kusyen. Pendek kata dia nak awang ni 24 jam kat depan mata dia. Haha...sampai anak buah aku tanya awang ni " apakah rahsia anda dalam memikat hati tokwan kami? " ...awang buat derkk je...hehehe...well...awang adalah 'yang terpilih'....


Yang encem bermisai ni pulak ialah atuk..anak kepada ibu dan abang kepad itam tadi. dia adalah raja di kampung. kalau terserempak dengan kucing lain dia kejar sampai dapat. yang jantan kena beradu tenaga, yang betina dia ehem- ehem lah..apa nak buat...

Tapi sekarang ni atuk tak sihat. tengok muka dia pun dah tau kan. mata kuyu, dia demam tu sebabbbbb....
kat pipi dia ada lubang besar..bisul la tu...itulah, suka sangat bergaduh, jarang balik rumah. dah sakit baru tau lekat kat rumah...awek-awek semua lari taknak dekat...takut berjangkit kot...


Untuk membuktikan ke'romeo'an si atuk ni...inilah hasilnya...

amacam???? sama tak ngan daddy dia...hekhekhek...

Ada lagi gambar kucing-kucing lain yang belum diupload...tungguu....


7 ulasan:

  1. wahh byknya si comel dia kat kg...

    agaknya musim kucin beranak la skrg ni ekk, pegi blog kucin sume dpt cucus hehe

    BalasPadam
  2. alahai comelnya anak2 bulus ni...si atuk tu brutal betul muka dia..kalau jadi manusia mesti berparut2 muka dia...

    p/s : mak dan ayah sihat?

    BalasPadam
  3. mm - banyak...mereka datang dan pergi sesuka hati..hehe

    ph - tlebih brutal sampai berlubang pipi tu..
    mak abah alhamdulillah sihat sokmo..

    BalasPadam
  4. comel semuany!!! hitam putih ek kitten. aku punya 5-5 ekor hitam ekekkekeke

    BalasPadam
  5. cik tedi...pendek kata likes father likes son&doter lah...hekhek...

    BalasPadam
  6. wah tahniah


    cucu ai pun..4 ekoq 3 hitam putih dam Freeway si mummy and seko hitam putih oren..oren tu kaler daddy

    BalasPadam
  7. Hensem tol awang tu. Macam deejay skit2. Kucing ni tak yah pakai ilmu. Mereka pun memilih 'yang terpilih' jugak untuk di jinakkan... hehehe Arwah nenek saya dulu pun macam tu jugak. Hanya seekor yang berjaya melembutkan hatinya iaitu charlie. charlie mati pun dia nangis...

    Tapi Masya-Allah. Cantiknya anak2 tucen die... si ibu tu... Tahniah kerana akan menambah koleksi anak-anak... :)

    BalasPadam

~~mari mengomel ramai-ramai~~