Khamis, September 23, 2010

Sepanjang percutian sempena hari raya 2



PROFILE

Nama : kuning (kaler sebenar ialah oren) rabun babun la...
Jantina : male
Umur : 1 tahun lebih
Asal : tidak tahu asal keturunan. dia datang sendiri ke dapur rumah cik siti.bila ditanya jawabnya "miaww..miaww..sahaja"
Hobi : makan, tidur, main, kencing bersepah (biasa la kucing jantan), sukat jalan, mengorat aweks.
Makanan kegemaran : nasi + ikan, priskis..kadang-kadang dia bagitau " kuning x kesah !"


KUNING : HI ALL ! NICE TO MEET YOU.... :D

pic ni diambil masa cik siti baru sampai rumah..lepas kena gomol kuning lompat lepak atas kete cik siti...hish, rimass katanya...



Tapi.......2 ekor ni tak boleh berjumpa..mesti akan bercekau punya...dasar anak jantan!
Kalau bergaduh atuklah pemenangnya...kuning tu penakut sikit..harap muka je macho. kuning sebolehnya akan amik corner jauh skit asal tak bertembung ngan atuk..haha, kelakar kalau tengok..sekarang atuk tengah sakit, slow je gayanya...



2 stooges ni pulak ialah cucu angkat kepada ibu..hitam itu menawan..hehehe..ibunya kakak aku jumpa kat klinik..amik la bawa balik tumpang menyusu ngan ibu..suka-suka je lepak dalam kete aku, pantang pintu terbukak...2 beradik ni tersangat rapat..main,makan,tido mesti sama-sama..dan masih menyusu lagi walaupun dah tua bangka..lepas gian la tu...



Yang ni bukan JJ...tapi cukup untuk mengubat rindu pada JJ..kucing patient kakak aku masa ikut dia buat on call...memang sebijik cam JJ kan...


pin ni serupa JJ ! cuma mata kurang sloopy...

adik beradik JJ tadi...


ini ??? BAPAK AYAM...terpaksa dikuarantin sebab nyaris dibaham anjing liar.. kalau tengok kucing dia trauma...(tak,aku tipu jek...) hehe....

Rabu, September 22, 2010

Makan sama-sama, jangan tamak.

Sila fokus di minit 1:00....



SENGET COOL JE KAN..GENTLE ABIS..LADIES 1ST..

Selasa, September 21, 2010

Sepanjang percutian sempena hari raya

Macam-macam hal berlaku masa balik kampung hari tu. Yang paling banyak semestinya hal yang menggembirakan. Mana tak gembira, berkumpul ramai-ramai, sembang-sembang, makan-makan, jalan-jalan..setahun sekali je dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.

Mula cerita dengan kucing-kucing yang ada sekitar rumah di kampung..bilangan kucing makin berkurang sebab ada yang keluar merayap tak balik dan ada yang mati.

Gambar pembuka tirai untuk entri ini ialah ibu..kakak aku kutip dia kat kedai singer.masa tu dia baru beranak 3 ekor. aku pun turut bersubahat ketika itu..tokey kedai singer tu kata nak bela ambillah.kucing ni baik..sekarang ni tengah sarat sangat. perut dah macam belon. Ntah kali ke berapa dia beranak kali ni kami tak pasti. Yang pasti tiap kali beranak minimum 6 ekor.


Yang ni pulak anak kepada ibu..kami panggil itam je..masih dalam pantang lagi. sama macam ibu dia, kalau beranak sikit-sikit tak main la..sekali 5 ekor kauu...apa nak buat..dah keturunan dia macam tu...





Yang muka macam mintak belas ehsan ni aku panggil awang. Datang tak dijemput, taktau keturunan siapa..tup-tup dia datang ke rumah sendiri..Jangan main-main, kucing kesayangan abah aku ni. Kami semua heran sebab sebelum ni abah aku bukanlah peminat kucing. Dulu pantang jumpa kucing, siap rotan kat tangan. Sekarang ni, si awang ni la jadi pujaan hati abah aku. Bagi ikan,ayam,kuih,cokodok, untuk awang sorang je. Yang lain dia tak peduli. Semuanya untuk awang. Siap didukung awang ni duduk atas kusyen. Pendek kata dia nak awang ni 24 jam kat depan mata dia. Haha...sampai anak buah aku tanya awang ni " apakah rahsia anda dalam memikat hati tokwan kami? " ...awang buat derkk je...hehehe...well...awang adalah 'yang terpilih'....


Yang encem bermisai ni pulak ialah atuk..anak kepada ibu dan abang kepad itam tadi. dia adalah raja di kampung. kalau terserempak dengan kucing lain dia kejar sampai dapat. yang jantan kena beradu tenaga, yang betina dia ehem- ehem lah..apa nak buat...

Tapi sekarang ni atuk tak sihat. tengok muka dia pun dah tau kan. mata kuyu, dia demam tu sebabbbbb....
kat pipi dia ada lubang besar..bisul la tu...itulah, suka sangat bergaduh, jarang balik rumah. dah sakit baru tau lekat kat rumah...awek-awek semua lari taknak dekat...takut berjangkit kot...


Untuk membuktikan ke'romeo'an si atuk ni...inilah hasilnya...

amacam???? sama tak ngan daddy dia...hekhekhek...

Ada lagi gambar kucing-kucing lain yang belum diupload...tungguu....


Isnin, September 20, 2010

Kembali bertugas seperti biasa



Assalamualaikum & selamat pagi..

Tak lupa juga ucapan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini terutamanya kepada ANIMAL LOVER.

Cerita kelmarin....

9.45 am....Ahad

Pergi rumah ruby amik hamster dan piq-piq....thanks to ruby sebab sudi jaga budak-budak tu..

10.30 am....

Sampai je rumah dengan penuh semangat, perkara pertama yang aku paling dan ingin lihat ialah SENGET dan farmville aku. Malangnya semangat aku telah luntur,punah,ranah sama sekali. Senget takde, yang ada putih je. Puas cari di kawasan sekitar, senget tidak kelihatan. Nampaknya hanya bagi makan pada putih je. Putih makan dengan lahap. Bekas air dah kering..Kesian diaekor...entah apa yang dimakan sepanjang 12 hari ketiadaan aku..putih makan sekor-sekor (sorang-sorang) la nampak gayanya...

10.40 am....

Angkat beg & barang kat kete...segala macam yang ada semua mak aku suruh angkut balik sini..antaranya ialah...

Pisang - 3 tandan..haa..amik kau..nasib baik kete x muat..1 tandan lagi tinggai kat rumah..tapi aku amik 2 sikat je bw balik umah, yg selebihnya dah diagihkan pada kakak2 kat sg way..

Kuih-muih, biskut raya, kek, daun sireh (utk cuci mata katanya, kt sini mana nak cari daun sireh..hehe). Nasib baik la rambutan & durian tak berbuah...kalau tak..haruuuuu....

Dan yang paling best, dapat tapau tapai pulut yang mak aku buat...ermmm..mabeless ~~


10.55 am....

Macam mana pulak dengan FARMVILLE? hancur punah ranah jugak le jawabnya. Nasib baik la ros kuning masih segar seperti biasa. Berbunga banyak, banyak pucuk baru dah kuar. Pokok-pokok lain seperti daun kari, pokok cili, lidah buaya dan kaktus ada yang mati kekeringan..huh, kesian..



Tapi, bunga 5 tahun maintain lagik....hahaha




2.45 pm....

Masa aku nak keluar untuk pergi beraya, terdengar suara senget mengiaw..nampak dia kat bawah kete kancil, panggil-panggil tak kuar pun..last-last aku pergi dekat kete tu, ku tarik kaki senget..senget macam takut-takut dan blurr... Agaknya dia dah tak kenal & cam bau dan suara aku kot. Maklum la dah lama tak jumpa kan..kesian senget...terus aku bagi senget makan dan lepas tu......haishh..ni yang tak best ni...leher senget ada 2 lubang bisul yang dah pecah..luka bisul tu masih basah dan masih ada nanah. Teringat masa pagi sebelum balik kampung hari tu, nampak ada 1 lubang bisul baru pecah, sempat aku tekan-tekan bagi nanah tu kuar then letak ubat. Banyak nanah & darah kuar..Lepas tu aku tak boleh tunggu lagi, terus aku balik kampung bersama 3 anak buah yang lain. Berdoa je semoga luka senget tu cepat sembuh.


Lepas senget habis makan, ku dukung masuk dalam rumah, belek-belek leher dia. nanah kering melekat kat bulu berkuping-kuping jadinya..bisul tu kat bawah leher..macam mana senget nak menjilat..cuci-cuci sikit pastu letak minyak gamat..senget diam je, senang keje aku. Badan senget nampak kurus sikit.. 12 hari kauuu.. kalau kita tak makan 12 hari tak mati kebuluran ke namanya..



Ok, settle...baru boleh teruskan misi pergi beraya....

11.30 pm....

Balik dari beraya, baru park kete dah dengar suara senget yang nyaring tu .. " ngeawwww....!! ngeawww....!! dan kami berjalan seiring dan sejalan menuju ke muka pintu rumah...

12.15 am....

Dan aku pun dapat tidur dengan senang hati.. ~~

Nota buku lali - berat naik 2kg, start posa ganti dan posa 6 lah....

Cerita semalam....

10.20 pm....Isnin

Tengah bagi makan kat senget & putih, datang pulak sekor ni..aku ingatkan adik sebab wana bulu lebih kurang sama..bila perhati betul-betul ternyata bukan adik..kucing lain ni..ada stokin kontot kat kaki..badan pun besar sikit.. comel la pulak muka dia.

Tengok dia menyembur kat sapa tu? Haha..


Yang ni putih...jalan stail lenggang lenggok mak limah..bila disentuh badan dia terus terjelepok...alahai..macam patah pinggang pulak..tu tengah duk usha kucing baru datang tadi..garing pulak tu...


Terima kasih sebab sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ni. Banyak lagi kisah menarik mengenai kucing-kucing terbiar kat kampung. Insyaalllah ada masa akan di update sikit-sikit..sabar ye :)

sekian.....

Isnin, September 06, 2010

Senget oh senget ! adik tak muncul-muncul...



Assalamualaikum semua...

Ada yang tak puasa hari ni? pagi tadi bangun sahur tak? hehe...

Senget pose yang yuk...pagi, petang, malam dia mintak makan.

Tak caye?? tengok video ni..pagi-pagi cik siti buka pintu nak pegi keje, dia dah datang...




Ni pulak waktu malam..lepas makan lepak dalam rumah kejap..video ni diambil selepas cik siti selesai mencuci 'beberapa ketul hadiah' pemberian senget yang semerbak baunya..hantu la ko senget...patut la aku dengar ko mengiaw sakan masa aku dalam toilet..rupanya ko pun nak u'uk jugak eh...lepas tu macam biasa, dia bersenang hati dalam rumah cik siti..dipanggil buat don't know je, diangkat buat badan lembik...masa ni la gelihati, gelak sensorang lagik...





Nampak tak kuping luka kt mata senget? lubang bekas nanah dah kering....waktu picit nanah tu kuar, letak ubat, senget duk diam tak menggelupur..senang keje, luka pun cepat baik...good boy !!


Yang kat bawah ni video & gambar kenangan adik..belum muncul lagi selepas seminggu hilang entah ke mana...dia tak ingat jalan ke rumah cik siti kot...

Sarapan beramai-ramai...krup krap krup krap bunyinya...




Suka tengok video ni bila teringat kat adik. manja betul dia dengan abg senget. Masa ni baru buka pintu kete, dorang dah datang serbu...ermmm...terharu betul..macam anak2 sambut mak balik rumah...sekarang adik dah menghilang... :(


Banyak lagi gambar kenangan adik yang nak diupload..tapi tak leh upload pulak..ish..tensionn...

Jumaat, September 03, 2010

Senget letih puasa la....

Entri pendek hari ini...senget baring-baring...baru lepas makan tu...

Dipanggil tak menyahut..mata buat-buat pejam..dah celik tak terkelip langsung..dia buat bodo jew...bila diangkat dia buat badan lembik..haii la senget..sabarr jelah...

layankan aje video dia ni...






Oh ya ! senget baru baik dari bisul...kat sebelah mata kiri..sampai mata jadi sepet sebelah..nanah dah buang semua. letak minyak gamat cepat je baik...

ADIK??? ermmm..dah beberapa hari adik tak muncul...entah mana dia merayau...rindu kat dia.. :(

takmo ingat sangat lah..

sedih tengok keadaan dorang yg bergelandangan di luar rumah..tido bawah kete..takpe,kalau nak makan datang je kt rumah cik siti ye...