Khamis, Ogos 12, 2010

Video senget dan adik



Salam Ramadhan...

Hari ke-2 umat Islam berpuasa. cik siti minum milo + oat je. biasa lah, duk bujang mood masak sangat kureng. kalau di kampung meriah ramai-ramai dengan mak,abah,kakak,abang,kakak ipar,abang ipar dan anak buah. selera je makan apa pun. kalau raya ~br 2hr puasa dh cakap pasal raya,adoyai~
kalau raya semua adik beradik balik mau penuh 1 rumah. di campur tolak darab bahagi jumlahnya 34 org. itu hanya adik beradik sendiri. anak buah je dah 17 org, dah boleh buat 1 team bolasepak. adik beradik 9 orang. cik siti paling last. percaya tak? percayalah...... :D

oklah, termembebelbebel lebih pulak. entri ni cuma nak post video-video pasal senget & adik yang setia menyambut kepulangan cik siti pulang dari keje. yelah, untuk mencari rejeki buat dorang jugak kan. huhuhu..

ni video senget pagi tadi. cik siti dah nak pegi keje, senget tengok je dari luar. makanan ada je kat luar pintu rumah. saje nak mintak cik siti temankan dia makan. sayu kan tengok muka dia, bunyi dia.


Malam tadi pukul 10.15. solat tarawikh kat surau belum habis. ada selitan ceramah...berselang seli dengan suara senget & adik..hehe



Suka tengok senget dan adik..adik yang melebih-lebih duk melese je kat senget..kurang kasih sayang la tu. senget pulak mungkin dah tegar hidup bergelandangan di luar. so dah lali hidup seekor2...


Sekian untuk hari ini.. selamat menjalani ibadah puasa :D

Rabu, Ogos 11, 2010

Bunga 5 tahun

Salam 1 Ramadhan....

Sebelum ni ada terbaca kat blog misz pinkie pasal bunga tahan 5 tahun yang telah di'lebur'kan oleh anak-anak bulus die...bunga ini boleh didapati di cameron. minggu lepas cik siti terima bunga ni dari seorang kawan. dia juga berkata ah so jual bunga tu bagitau bunga ni tahan 5 tahun tanpa perlu siram dengan air..mari kita perhatikan apakah telahan itu benar ataupun tidak.


Hari ke-9 selepas turun dari cameron. dari segi fizikalnya, bunga ini masih bertahan,teksturnya keras. jika dipegang seolah-olah seperti bunga kering. sporanya masih ada ~haaaachommm!!
walaupun batang dan daun telah kering,namun bunga ini sentiasa kembang mekar ~


Cik siti letak bunga ni dalam gelas mekdi, taruk kat toilet. nampak la sedikit berseri toilet cik siti..hehe~ tapi bunga tahan 5 tahun ni tidaklah wangi...


Nampak tak kenapa bunga tu menunduk ke bawah. disarankan supaya bunga ini dikeringkan dengan menggantung ke bawah terlebih dahulu.so, nanti dia akan jadi lurus dan tegak, takde la terkulai camtu. walaupun batang dan daun dia layu, bunganya tetap utuh di situ..kita tengok berapa lama ia akan bertahan...~ cik siti rasa mcm tak sampai 5 minggu je dapat bertahan..~





Selasa, Ogos 10, 2010

Mereka datang & pergi sesuka hati

Perkembangan terkini kucing-kucing terbiar di sekitar rumah dan ofis.

Gambar pagi tadi, si putih...entah dari mana datangnya..rasanya dah seminggu lebih dia kat sini. jalannya terhoyong hayang..mungkin tulang bontot terseliuh agaknya. makan laju je..kalau dia dah lapar sangat, tak peduli senget dan adik. dia akan menakluk pinggan biskut itu. kalau senget dan adik dekat, dia akan tampar...ishh..'garing' betul kamu ni..errr, sampai sekarang cik siti tak dapat pastikan jantina si putih ni. tak teringat pulak nak mengintai..tak kisahlah, janji dia tak kelaparan di luar sana.



Masa cik siti buka kunci grill, adik yang pertama menerpa, si senget akan terdengar lah suara nya yang nyaring dari kejauhan. kalau tak berbunyi pintu grill tu, diaekor2 ni tak kan datang.so, tak payah cik siti susah-susah panggil diaekor lagi untuk datang makan. Disebabkan adik datang dulu, maka dia telah menakluk pinggan biskut ni. si putih nak join sekali dia "grrrrrrrrr" kat putih. tak baik la adik ni, makan sama-sama lah, dengan abg senget adik tak marah pun. owh, sebab abg senget suka melayan kerenah adik, jilat-jilat bulu adik,so adik rasa tak tersisih ye...


Terpaksa la cik siti asingkan. jauh sikit takpe, asalkan jangan makan sekali dalam pinggan. kalau tak, diaekor ni akan main tampar-tampar....~sigh
Eh, mana senget?

Haa..senget ni memang suka mengalah. dia tau putih & adik selalu menang. dia akan tunggu yang lain habis makan dulu, baru dia pegi kat pinggan tu.nasib la kalau ada berbaki. kali ni dia merajuk, tunggu kat parking kete cik siti. dalam kete ada spare smartheart. boleh la bagi dia makan kat bucu parking ni. guard di pondok sebelah parking tu senyum je tengok.


Ini pulak kucing di kaki lima bawah ofis. kejap ada kejap takde..macam biskut. tinggal 2 beradik ni je..sekor lagi yang badannya luka kena simbah air panas ntah ke mana dia pegi. luka kat badan makin kering. cuma tak dapat tengok luka tu sembuh sepenuhnya. harap-harap selamat lah dia walau kat mana dia merayau.yang cik siti geram pasal kucing-kucing ni. bila didekat dia lari, bila cik siti buat taktau dia datang dekat..tau je cik siti nak bagi makanan..ishh geram, rasa nak peluk-peluk kuat-kuat.





Isnin, Ogos 09, 2010

Ramadhan & bisnes

Assalamualaikum tawan2....

Hadoiii..penyakit malas nak update kembali menawan hati cik siti. dah berminggu-minggu belog terbiar sepi. seronok duk baca belog orang lain je. perkembangan senget dan adik pun dah lama terbengkalai...yang pasti senget dan adik sentiasa diberi makan setiap hari.. heee

Nak bercerita bahawasanya walaupun cik siti malas nak update entri baru, tapi cik siti ter rajin buat mende lain pulak. cik siti sedang berniaga secaara kecil-kecilan. penat memang penat. siang keje ofis hour. pukul 6.00 petang dah masuk keje part time sampai pukul 10.00 malam.

Balik part time baru la dapat buat mende alah tu..mende alah tu sebenarnya POPIA NESTUM. cik siti nak cuba jual bulan puasa ni. mana la tau berkat bulan puasa ni ada rezeki lebih kan. cik siti berharap juga supaya tak lalai dengan bisnes ni sehingga melupakan apa yang sepatutnya dilakukan pada bulan yang mulia ni.

Cik siti nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. diharapkan semoga Ramadhan pada tahun ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin dan apa jua yang kita lakukan beroleh keberkatan dariNya. Di samping itu, cik siti juga ingin memohon sejuta keampunan jika cik siti ada terkasar bahasa, terasa hati, silap tutur kata, kepada semua pembaca belog ini. cik siti hanya manusia biasa. Yang baik semuanya datang dari Allah. yang buruk semuanya datang dari cik siti sendiri.

Oklah, sehingga bertemu lagi di entri yang akan datang. akan masukkan gambar-gambar kuih yang akan dijual pada bula puasa ini.

Sekian, wassalam,

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....