Ahad, April 24, 2011

Penceroboh Di Malam Hari



Assalamualaikum..selamat berhujung minggu....

Malam tadi bersantai depan tv bersama Senget & Gebu. Jam lebih kurang pukul 10.15pm. Tiba-tiba Senget mengiaw kuat,bangun dan terus menerpa ke dapur. Aku pun ikut sama bangun, nak tau apa yang Senget kejar tadi. Aku terus ke dapur,pintu dapur memang sengaja dibuka untuk Senget & Gebu senang keluar masuk. Jenguk-jenguk nampak la sekor kucing cantik, ada kolar, mata bersinar, kaler putih + oren. Memang cantik~~

Sempat aku bertentang mata dengan kucin tu sesaat dua. Lepas tu kucin tadi terus mencanak lari. Sumpah kucin tu comey. Aku agak kucin orang bela. Senget terkebil-kebil pandang aku pandang pintu. Takde pulak dia nak kejar kucin tadi. Agaknya Senget pun terperanjat,dalam hati nak kejar ke taknak,kejar taknak. Si Gebu pulak turut bangun, tapi bangun setempat je. Macam takda apa berlaku. Huh, dasar pemalas! 24jam tidorrrr je~~

Jam 12 lebih mata pun dah layu,masuk tido. Pegi toilet kejap,kuar toilet nampak Senget atas katil sambil grooming. Amboi..dia dulu.Gebu memang tido kat hall je. Sebelum ni penah bawa dia tido dalam bilik. Tutup lampu, dia takmau baring. Duduk tegak kat depan pintu mintak keluar haha...Tak lama terlelap Senget mengiaw mintak keluar, nak makan atau nak buang air. Kuarkan dia dari bilik,tengok dia terus pegi makan. Sambung tido balik~~

Esok paginya, ingatkan nak sambung tido lama-lama sikit. Maklum la hari minggu. Pukul 7 lebih, dengar bunyi kucin bergaduh kat hall. Terus melompat bangun dari katil. Dalam hati ni tak lain tak bukan Senget & Gebu la ni. Selalu kalau ada yang tak kena bergumpal la 2 ekor tu. Kuar je bilik nampak Gebu siap sedia nak terkam. Amboi ! gengster jugak kau ye Gebu. Tengok-tengok bukan Gebu bergaduh dengan Senget. Tapi dengan kucin malam tadi yang pakai kolar tu. Terperosok kucin tu kat tepi dinding. Cecepat aku tarik Gebu,gosok-gosok belakang,muka dia. Kucin pakai kolar tu pulak cecepat lari keluar ikut pintu dapur. Cantik warnanya..badan bersih,ekor kembang kaler oren (tak pasti kembang semulajadi atau sebab berkelahi)~~

Senget takde pulak, mungkin dia dah keluar pegi buang air ke,jadi kutu rayau kat luar tengah malam tadi. Air kencing bersepah merata-rata. Dah jadi 1 keje nak mop lantai. Baru malam kelmarin mop,dah kena buat lagi. Dalam hati kompius betul, macam mana kucin kolar tu berani masuk? Malam tadi dah kena hambat dengan Senget, pagi ni dengan Gebu pulak. Dia sesat ke? Kesian pulak kat dia. Rasanya dia jinak, tapi bila nampak Senget & Gebu yang buat dia jadi takut. Takpelah, kucin kolar..kalau nak datang bersantai,makan kat rumah ni datanglah...Nanti Cik Siti kaw tim dengan Senget & Gebu ok!~~

Petang semalam Senget poopoo kt dalam bilik aku..Uwaaa...pandai kau ye, biasa ko poo kt hall. Tapi sebab aku & Gebu ada kt situ ko senyap2 masuk dalam bilik aku ek. Pandai nak kaber line. Rase macam nak mintak Usop Wilcha bako je bontot kamu tu. ape kata kome??


p/s - 2 org housemate baru akan pindah masuk bulan depan. dah bagitau kat dorang, aku bela kucing..harap tak kisah la ye. masa datang tengok rumah saje aku biar budak 2ekor tu bersantai depan tv. dorang macam tak kisah. sempat belai-belai lagi budak 2 ekor tu..harap2 panas hingga ke petang la...jgn depan aku je tunjuk kasih sayang.

Sekian, wassalam... :)




Jumaat, April 22, 2011

Biodata Si Senget



NAMA SEBENAR : Tak sempat nak tanya mak dia. Maklum la anak yatim piatu.

NAMA SAMARAN : Senget (sebab kepala dia senget, tak boleh betul semula)

UMUR : 3 tahun lebih (mula pindah ke sini tahun 2008.)

TEMPAT TINGGAL DAHULU : Merata-rata..selalu berpindah randah. Kejap kat tempat parking kete, parking motor, rumah sampah, bawah tangga.

TEMPAT TINGGAL SEKARANG : Rumah Cik Siti. Bantal bucuk disediakan. Tak payah mintak, Cik Siti dah sediakan makanan. Syukurr...

NO IC : Err..belum daftar lagi. Sebab tu Senget tak berani jalan jauh. Nanti polis tangkap.

MAKANAN KEGEMARAN : Senget tak kisah. Apa yang Cik Siti bagi, Senget makan je...

MINUMAN KEGEMARAN : Air sejuk. Kadang-kadang air milo.

HOBI : Menyendeng dengan Cik Siti. Makan tido makan tido.

CITA-CITA : Nak jadi wonderpets tapi kena reject awal-awal sebab kepala senget.





Ngeeeee~~~ pipi kembung sebelah. Bisul baru pecah.


Syokk oo titow dalam umah


Sampai meleleh air liur basi...


Mimpi pun indah-indah

Handbag pun boleh jadi bantal


TEMAN WANITA : Dulu ada, tak sempat nak kenal lama dia dah pergi. Sempat la sarapan & makan malam bersama selama 2 hari 2 malam.

PERKARA YANG TIDAK DISUKAI : Kena kacau/sergah dengan budak-budak nakal. Kena dukung, kena mandi, nyamuk/lalat kacau waktu tido. Kadang-kadang tak puas hati dengan Gebu. Kenapa la dia gebu sangat. Senget kuncup je.

SEJARAH KESIHATAN : Selalu bisul di pipi, peha. Deman sikit-sikit. Selsema jarang-jarang. Calar balar lepas bergaduh. Yang paling penting guli masih ada. Ehehehe~~~



Jumaat, April 01, 2011

2 Ekor Bodyguard Saya

Assalamualaikum....


Ni nak 'setori' pasal keadaan kesihatan Pak Gebu. Alhamdulillah dia dah sembuh sepenuhnya. Dah boleh makan/minum sendiri. Melompat,berlari,terjun tiruk semua dah boleh buat sendiri. Berbanding keadaan sebelumnya mak aii, nak buka mulut bagi minum pun payah. Cuma sekarang ni badannya agak kurus. Dapat rasa tulang kat bontot dia yang sekeping tu. Alahai..nak babab pun rasa tak sampai hati. ~~




Waktu ni Pak Gebu dah boleh bangun. Dah boleh grooming diri sendiri. Makan still tak berselera sangat.




Esoknya paksa dia makan banyak sikit. Selalu sua mangkuk frieskies kat depan dia. Sampai dia naik menyampah kat aku. Hahaha....



Ini pulak masa dah sembuh sepenuhnya. Duk tunggu la depan pintu mintak nak kuar. Dah bagi kuar 2hari tak balik umah. Lepas 2 hari dia datang balik makan dengan gelojoh. Mentang-mentang kamu dah sihat. Satu blok kamu nak jelajah ye.

psstt : Senget memang anti sikit dengan Pak Gebu. Tu yang asyik leher panjang kalau Pak Gebu sondol dia. Hehehe



Ini rekod malam tadi lepas bagi makan kat 2 anak angkat ni. Happy tengok pak gebu dah boleh makan, dah boleh grooming, dah boleh berjalan lenggang lenggok kak limah....hilang semua penat keje siang tadi. Si Senget pulak bukan nak bercampur dengan Gebu, tempat tidur mesti high kelasss...ngada-ngada betul...menci ai...




Bantal busuk takde, handbag aku pun jadi bantal dia.


Macam ni la rutin harian aku. Pergi keje disambut dengan Senget & Gebu kat luar pintu. Waktu balik keje pun disambut kat tempat parking. Macam anak-anak tunggu ibu balik. Memasing mengekor je aku dari belakang. Hahaha..kadang-kadang malu jugak jiran-jiran tengok. Tapi sayang & kesian punya pasal..ku relakan jua....


BODYGUARD LA SANGAT. KENA JERKAH DENGAN BUDAK-BUDAK MENCICIT LARI KAT AKU JUJAK...

Sekian......wassalam....